Wow! Jota No.1 Dunia Carta FUT โ€“ FIFA 21 โ€“ Konsol PS Dengan Formasi Diamond

Diogo Jota sebelum ini pernah menang cabaran FIFA 20 untuk EPL. Di mana ianya adalah pertandingan melibatkan pemain yang mewakili kelab EPL.

Pertandingan tersebut diadakan ketika kuarantin mula mula dulu. Di mana Jota dengan selamber menggunakan Wolves menewaskan Trent Alexander Arnold yang menggunakan Liverpool yang memiliki rating lebih kuat.

Dan terbaru, bakat Diogo Jota dalam permainan FIFA terus teserlah apabila menjadi no.1 dunia dalam peraminan tersebut dalam FIFA 21 untuk konsol Playstayion.

Dengan rehat kecederaan yang dilaluinya ketika ini, beliau berpeluang menumpukan perhatian untuk memperbaiki pasukan FUT beliau.

Dalam pasukannya turut ada kad dia sendiri dengan rating 99. Selain daripada Kylian Mbappe dan Ronaldo Brazil di serangan.

Di tengah Jota ada Patrick Vieira dan Ruud Gullit. Paling menarik Jota meletakkan Jurgen Klopp sebagai pengurusnya dalam FIFA 21. Beliau menggunakan sistem 442 diamond.

Rekod semasa Diogo Jota dalam FIFA 21 kini sangat luar biasa dengan streaks kemenangan 30-0. Itu yang membuatkan Jota berada di ranking teratas untuk pemain konsol PS pada ketika ini.

Jota berkongsi perkara itu menerusi laman sosial kelab e-sukan beliau.

Jota menerusi media sosialnya berkata: โ€œDah kata yang aku akan berhenti selepas kalah.โ€ Dengan rekod barunya yang tak kalah kalah lagi, bermakna Jota terus bermain. Dia sendiri agak geli hati mengenangkannya kerana selepas ini beliau akan kembali menjalani latihan berpasukan.

Diogo Jota menjadi nadi penting Liverpool sejak beliau menyertai The Reds. Jota beberapa kali muncul sebagai penyelamat dan pembaik pulih keadaan apabila diperlukan.

Jota memiliki penyudah yang sangat baik di hadapan gol.

ย 

Baca yang lain