Peminat Tak Senang Dengan WWE Rancang Tamatkan Karier Mysterio Dengan Plot Kejam

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kontrak Rey Mysterio dengan WWE telah berakhir walaupun Mysterio terus bekerja untuk syarikat tersebut.

Berdasarkan laporan tersebut, Mysterio telah menandatangani perjanjian 2 tahun pada tahun 2018 dan tidak mencapai sebarang kesepakatan dengan WWE untuk kontrak baharu.

Sebab di sebalik Mysterio tidak menandatangani kontrak baru adalah kerana Vince McMahon telah menolak untuk memberinya gaji seperti yang dimintanya.

Rey Mysterio dilaporkan tidak meminta gaji yang terlalu tinggi tetapi McMahon masih menganggap permintaan itu tidak selari dengan nilai yang mereka letakkan.

McMahon ketika ini sedang berusaha untuk memotong gaji beberapa penggusti lain lagi kerana impak ekonomi daripada covid.

Dave Meltzer dari WON telah menyatakan bahawa Rey Mysterio secara teknikal adalah ejen bebas dan boleh muncul di mana-mana rancangan yang dia mahukan.

Namun, itu tidak akan berlaku kerana Rey Mysterio masih rapat dengan Vince McMahon. Dan beliau masih sayangkan WWE walaupun kontraknya sudah tamat dan kini dia bergelar penggusti kontrak bebas.

Walaupun begitu, WWE pada awalnya merancang untuk menghapuskan Rey Mysterio dengan skrip dan plot cerita kejam dari WWE sekiranya dia tidak menandatangani lanjutan kontrak dengan syarikat itu berdasarkan syarat mereka inginkan.

Menurut The Observer melaporkan WWE mahu menamatkan karier Mysterio di WWE dengan  kehilangan penglihatan. Seth Rollin diarahkan untuk menewaskan Rey Mysterio dalam pertandingan ‘Eye for a Eye’ di Horror Show di Extreme Rules.

Pertarungan ini dilaporkan akan menjadi pertarungan sinematik dan hasilnya kemungkinan akan menunjukkan apa yang akan berlaku kepada Rey Mysterio.

Sekiranya Mysterio memenangi pertandingan, maka kemungkinan dia akan tetap bersama WWE sedangkan dia kalah bererti dia akan dihapuskan daripada WWE selepas ini.

Menurut Dave Meltzer, Rey Mysterio akan menandatangani promosi yang menawarkan wang paling lumayan kepadanya.

Dia mengatakan bahawa kemungkinan Mysterio dapat memperoleh perjanjian di arena lain, di mana dia boleh bekerja untuk AEW dan NJPW.

Namun ramai peminat WWE mahukan pengakhiran yang terbaik untuk legenda yang sudah mengabdikan diri untuk WWE itu.

Mereka mahu Rey Msyterio diberikan salam perpisahan dengan sebaik mungkin.

Rey Mysterio pernah cedera teruk dan berehat panjang. Namun beliau tetap kembali semula ke ring demi WWE dan peminat.

Baca yang lain