Xavi: Kau Tahu Orang Tu Tak Tau Pasal Bola Apabila Dia Tak Senaraikan Busquets Dalam Best XI

Xavi Hernandez benar benar mengagumi bekas rakan sepasukan dan bekas pemain di bawah bimbingannya, Sergio Busquets.

Pemain itu mengumumkan untuk meninggalkan Barcelona selepas musim 2022/23. Di mana legenda tersebut membantu Barca kembali menjuarai La Liga.

Xavi menganggap Busquets sebagai pemain tengah defensif / DM terbaik pada generasinya.

Dan Xavi membidas mana mana pihak yang tidak meletakkan nama Busquets dalam senarai BEST XI sebagai tidak tahu apa apa pasal ilmu bola sepak.

Xavi berkata: “Kamu akan sedari bahawa seseorang itu secara praktikalnya, tidak tahu langsung pasal bola sepak apabila dia tidak menyertakan nama Busquets dalam kesebelasan terbaik pilihan mereka.”

 

Xavi benar benar runsing mencari pengganti Busquets yang dianggapnya sebagai pivot terbaik dalam generasinya. Begitu juga dengan pemergian Jordi Alba.

“Pivot dan bek kiri terbaik dalam sejarah Barcelona akan meninggalkan kelab ini,” kata Xavi merujuk kepada 2 pemain legenda itu.

“Mereka telah membantu kelab ini memenangi segalanya. Mereka adalah contoh kepada generasi baharu, sebagai pemain mereka harus mencontohi Buquets dan Alba untuk berjaya.”

Sebelum ini Vicente Del Bosque pernah menganggap Busquets sebagai sistem kepada bola sepak.

“Jika anda melihat perlawanan bola sepak anda tidak akan melihat Busquets,” kata Del Bosque merujuk kepada peranan Busquets yang sentiasa dipandang mudah / tidak didendang.

“Namun jika kami melihat Busquets sahaja, kamu akan melihat keseluruhan permainan,” tegas Del Bosque lagi pada masa itu.

Xavi berjaya mengembalikan Barcelona sebagai juara La Liga.

Dia masih lagi menunggu kebenaran La Liga untuk mendapatkan beberapa pemain baharu. Ini termasuk Lionel Messi.

Baca yang lain