Xavi Sindir Unai Jangan Ganggu Tugas Pengadil

Barcelona akhirnya berjaya menikmati kemenangan pertama di tempat lawan dalam aksi liga domestik pada musim ini.

Ianya apabila skuad bimbingan Xavi Hernandez dengan bergaya menumbangkan Villareal di Estadio de la Ceramica, dalam aksi liga perlawanan ke-13.

Barca menang dengan bergaya sekali dengan jaringan 1-3 untuk membawa pulang 3 mata dari tempat lawan.

Xavi akhirnya berjaya juga menamatkan badi pasukan Barcelona di tempat lawan pada musim ini. Diharap ia akan menjadi pemangkin semangat dan motivasi mereka.

Seperti kebiasaanny, Barcelona sentiasa mengawal permainan dan dominan di atas padang. Mereka terus mengasak Villareal sejak minit pertama, walaupun Xavi menurunkan ramai pemain muda dalam perlawanan ini.

Malah, tidak sampai 10 minit, Cules mendapat dua peluang besar menerusi Memphis Depay, Abdessamed Ezzalzouli dan Gavi. Namun, ia tidak dapat disempurnakan.

Pada minit ke-47, Frenkie De Jong akhirnya membantu pasukan pelawat mendahului.

30 minit kemudian, tuan rumah membalas dan menyamakan kedudukan pada minit ke-76 selepas rembatan first timer Samu Chukwueze gagal diselamatkan oleh Ter Stegen.

Blaugrana kembali mendahului menerusi aksi cemerlang Memphis Depay 3 minit sebelum wisel penamat, sebelum Philipe Coutinho memastikan kemenangan Catalan menerusi sepakan penalti.

Namun, sesuatu yang menarik berlaku selepas perlawanan ini berakhir.

Ini apabila Unai Emery dan CEO Villareal mengkritik pengadil kerana tidak memberikan penalti kepada tuan rumah.

Insiden yang dimaksudkan mereka adalah ketika sepakan Arnaut DDanjuma dihalang oleh yang Gerarrd Pique kelihatan bola terkena tangannya.

“Handball Pique benar-benar tidak dapat difahami. Saya tidak faham bagaimana VAR tidak memberikan penalti. Sesiapa sahaja boleh melihatnya, tidak ada perbincangan” kata Ketua Pegawai Eksekutif Villareal.

Unai Emery turut membidas keputusan pengadil VAR yang dianggap tidak adil. Bekas pengurus pasukan Arsenal itu berkata:

“Kami berasa tidak dihargai. Saya tidak faham bahawa VAR tidak menyatakan penalti. Terdapat satu lagi penalti untuk Albiol, tetapi handball Pique itu adalah penalti 99 peratus”.

Mendengar rungutan daripada CEO dan pengurus Villarreal itu, Xavi tidak berdiam diri. Ketika ditanya wartawan, bekas jurulatih Al Sadd itu cuba mempertahankan pasukannya dengan membalas komen jurulatih dan CEO kelab yang digelar The Yellow Submarine itu.

“Kemungkinan penalti untuk Villareal? Saya tidak akan bercakap tentang pengadil. Ia kerja yang sukar. Saya tidak di sini untuk menilai sama ada bola tangan atau tidak.”

Xavi menasihati Unai Emery dan CEO Villareal agar tidak mengganggu tugasan pengadil dan menghormati mereka.

Pengurus muda itu turut menyindir Ubai Emery, bahawa sebagai pengurus dia tidak dibayar gaji untuk menilai keputusan pengadil ataupun menilai sama ada sesuatu insiden itu adalah penalti atau tidak.

Sebaliknya mereka dibayar gaji untuk melatih pasukan dan menyediakan taktikal untuk memenangi perlawanan.

Xavi juga mengingatkan bahawa pengail turut dibantu oleh VAR. Xavi menambah:

“Sukar untuk menjadi pengadil, yang paling penting sila hormati mereka. Suatu hari nanti mereka boleh membantu anda dan yang lain pula akan menyakiti anda,” kata Xavi Hernandez.

Xavi berharap pasukannya akan mengekalkan momentum kemenangan. Selepas permulaan yang sangat buruk ditunjukkan oleh Barcelona pada awal musim ini.

Itulah sebabnya kenapa bekas pengurus mereka Ronald Koeman dipecat daripada jawatannya.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.