You’ll Never Walk Alone: Lagu Keramat Liverpool FC

“Fans Liverpool sangat hebat, satu perasaan dan momen yang saya sentiasa ingin rasakan ketika bertandang ke Anfield adalah ketika perasaan tersentak melihat mereka berdiri dan mulai menyanyikan You’ll Never Walk Alone. I love it”. – Thierry Henry

Itulah pujian daripada lagenda Arsenal, King Henry kepada penyokong Liverpool dan momen mendengar lagu You’ll Never Walk Alone berkumandang.

Beberapa tahun yang lalu, Henry tetap menyatakan perkara yang sama ketika perlawanan amal Steven Gerrard. Beliau berkata:

“Dah banyak kali saya cakap, mereka (fans LFC) luar biasa. Apabila mereka menyanyikan You’ll Never Walk Alone, ia sangat hebat.”

 YNWA

Lagu keramat yang sinonim dengan Liverpool yang menjadi popular di seluruh dunia. Antara anthem bola sepak yang memiliki pengaruh tersendiri dalam arena bola sepak.

Asalnya lagu ini hanya dipersembahkan oleh kumpulan muzikal bernama Rodgers & The Hammerstein di Broadway. Tajuk asalnya adalah Carousel.

Versi yang ada pada hari ini adalah lagu yang dirakam semula oleh Gerry And The Pacemakers pada 1963 dengan tajuk You’ll Never Walk Alone.

Kali pertama lagu ini dinyanyikan oleh fans Liverpool di stadium adalah pada era 1960-an.

Pada 1963, lagu YNWA ini memasuki senarai top 10 carta Inggeris. Pada Oktober 1963, dalam perlawanan menentang WBA, ramai yang menulis, itulah perlawanan pertama fans Liverpool menyanyi berama-ramai lagu ini di stadium.

Anda rujuk link ini

Namun begitu, Gerry Marsden dan rakanya mendakwa mereka merakamkan versi YNWA lebih awal daripada Gerry And The Pacemakers.

Pertikaian itu dianggap agak lemah. Tetapi ada beberapa sumber yang menyokong Gerry Marsden. Beberapa fans Liverpool magakui mereka menyanyikan laigu YNWA versi Marsden, 6 minggu lebih awal daripada tarikh Gary And The Pacemaker masuk carta.

Sumber ini menyatakan, fans LFC menyanyikan lagu ini kali pertama pada 27 April 1963 ketika menentang Leicester City dalam Piala FA di Hillsborough.

Lupakanlah soal ini dahulu, kita masuk ke skop lain.

Kau Tak Akan Pernah Berjalan Keseorangan

Lagu YNWA ini sangat sesuai dengan suasana bola sepak di dalam stadium. Untuk memberitahu pemain dan pasukan yang anda tidak berjalan keseorangan di sana.

Anfield antara stadium terawal di Eropah menmiliki DJ mereka sendiri di stadium. DJ inilah yang memainkan lagu ini dan terus menjadi tradisi kelab Liverpool.

Budaya yang terus menjadi trend di Eropah selepas era 1960-an. DJ akan memainkan beberapa lagu dengan menekankan ada satu ‘anthem’ khas untuk dinyanyikan bersama-sama ataupun koir dalam stadium.

Selain lagu YNWA, serta lagu-lagu Gerry and The Pacemaker, Anfield juga menjadi tempat yang memainkan lagu-lagu artis dari Liverpool seperti The Beatles, dan Cilla Black.

The Beatles dan lagu YNWA antara 2 perkara yang sangat sinonim dengan kebangkitan Liverpool sebagai kuasa bola sepak di Eropah pada era 1960-an.

The Beatles asalnya adalah kumpulan Silver Beatles.

Kini zaman moden, dengan lagu lebih terkini menghiasai playlist dj di stadium namun lagu keramat YNWA terus mendayu di Anfield dan no.1 di carta hati fans Liverpool.

Istanbul 2005 dan Anfield 2019

Antara detik yang paling diingati fans Liverpool macam saya ni. Lagu YNWA terus berkumandang ketika pasukan ketinggalan 3-0 di tangan pasukan serba lengkap AC Milan.

Kebangkitan LFC diiringi dengan nyaringnya lagu YNWA.

Seterusnya dalam kebangkitan luar biasa Liverpool ketika menang 4-0 ke atas Barcelona di Anfield untuk mengatasi agregat 3-0 lawan.

Jose Mourinho dan Arsene Wenger sendiri mengambil masa untuk menghayati detik itu walaupun sedang bertugas mengulas.

Dan mereka menyatakan, atmosfera seperti itu sukar nak dijelaskan. Menjadikan Anfield tempat paling dibenci lawan untuk bertandang pada malam Eropah.

Perhimpunan Terbesar YNWA

Pada suku akhir UEL 2015/16, Liverpool diundi menentang Borrusia Dortmund. Dua kelab yang memainkan anthem yang sama di dalam stadium mereka.

Selain daripada memiliki lagu yang sama, penyokong Dortmund memberikan solidariti kepda kepada perjuangan Liverpool dalam memperjuangkan keadilan untuk 96 mangsa Hillsborough.

Pada tahun 2014, DFB Pokal, BvB vs Wolfsburg, Dortmund sendiri pernah menganjurkan upacara khas nyanyian dengan desbile tinggi di Signal Iduna Park untuk menyatakan sokongan mereka kepada mangsa tragedi hillsborough pada ulangtahun ke-25 peristiwa tersebut.

Berbalik kepada koir di Anfield pada 2016, koir besar-besaran ini menarik perhatian seluruh dunia. FIFA menganugerahkan detik itu sebagai penerima Anugerah Penyokong FIFA dalam FIFA Best Award 2017.

FIFA ni bingai sikit, korang kena pergi youtube dia nak tengok link bawah ni:

Ianya dipilih kerana semangat solidariti kemanusiaan yang menjadi mesej dalam koir gergasi tesebut.

YNWA terus segar

Jika anda merasakan ia sekadar lagu yang dinyanyikan sambil menunggu wisel permulaan. Anda silap besar! Ia adalah simbol kepada pasukan Liverpool.

Daripada carta top 10 Inggeris, You’ll Never Walk Alone mememengi carta no.1 FIFA.

Selain daripada Liverpool, banyak lagi kelab lain yang menyanyikan lagu ini sebagai anthem ataupun dalam senarai setlist stadium mereka.

Borussia Dortmund, FC Kaiserslautern, VfL Osnabrück and FC St Pauli, Ajax Amsterdam, Celtic, dan banyak lagi.

Ajax memainkan lagu YNWA ini ketika majlis perpisahan dengan Luiz Suarez.

Dalam upacara mengenang kematian Robert Enke, seorang kanak-kanak telah menyanyikan lagu You’ll Never Walk Alone di Stadium Hanover.

Tak lupa juga, dalam acara memperkenalkan presiden Obama sebagai Presiden baru USA, lagu ini juga berkumandang dinyanyikan Renee Fleeming.

Baca yang lain