YouTuber Terkenal Singapura Yang Menodai Remaja Dan Kanak Kanak Lelaki Dipenjara 32 Minggu

Bekas YouTuber sensasi Singapura, Dee Kosh yang menikmati populariti mendadak pada 2011. Dia telah menjadi selebriti yang turut menjadi DJ.

Dia berjaya menjana sehingga puluhan ribu ringgit sebulan pada era kegemilangannya. Namun kini, YouTuber berusia 33 tahun itu telah dijatuhi hukuman penjara 32 minggu sahaja kerana serangan seksual ke atas remaja lelaki.

Dee Koshk atau nama sebenarnya, Darryl Ian Koshy, mendengar hakim menjatuhkan hukuman berat itu pada Jumaat 8 Ogos 2022.

CNA melaporkan bahawa Kosh telah melakukan kesalahan itu berkali kali. Hakim menyimpulkan bahawa Dee Kosh sebagai seorang penjenayah bermusim dan seorang binatang memburu mangsanya.

Kosh pada awal kemunculannya, sangat menarik perhatian netizen. Kerana video santai dan menghiburkan. Salah satu video dia yang paling popular adalah parodi Gangnam Style yang berjaya menarik tontonan sebanyak 3 juta tontonan.

Selepas itu, dia melebarkan kariernya menjadi dj radio pada April 2012 di 98.7 FM.

Pada 2014, dia meninggalkan Mediacorp untuk menyertai Power 98, radio yang dimiliki oleh SAFRA. Dia bekerja di sana secara separuh masa untuk slot sebelah malam.

Pendakwaraya berjaya membuktikan bahawa Kosh melakukan kesalahan pertamanya pada 2016 dan 2017. Di mana dia merakam aksi tak senonoh dia melakukan hubungan luar tabii menerusi kamera tersembunyi. Kemudian mangsa mendakwa dia dipaksa dan tanpa rela melakukannya.

Kemudian, ada juga beberapa mangsanya yang dijemput melepak di rumah Kosh dan melakukan hubungan kelamin sama ada secara berbayar dan tidak berbayar dari 2016 hingga 2020.

Seorang lagi mangsa memberitahu Kosh dia berumur di bawah 18 tahun ketika mereka mula-mula melakukan hubungan pada 2017.

Kosh bertanya kepada mangsa soalan yang bersifat seksual, dan kemudian memberitahunya bahawa dia ada cadangan yang tak senonoh untuk mangsanya itu.

Kosh kemudian menawarkan mangsa S$400 untuk melakukan melayannya, kemudian menaikkannya kepada S$2,000 selepas mangsa berulang kali menolak.

Perbualan mereka dirakam dalam video oleh rakan sebilik mangsa.

Mangsa ketiga berusia di bawah 16 tahun apabila dia mula bercakap dengan Kosh pada 2018.

Kosh mencadangkan mengalihkan perbualan mereka ke “sembang rahsia” di Telegram, di mana dia menawarkan mangsa S$100 hingga S$250 sebagai pertukaran untuk perkhidmatan memuaskan nafsunya.

Mangsa secara beransur-ansur berhenti melayan dan menamatkan percakapan dengan Kosh, selepas dia membuat satu lagi tawaran wang untuk seks.

Ketiga-tiga mangsa telah dihampiri oleh Kosh di media sosial. Dan kesemua mereka menyatakan takut menyinggung perasaan seorang selebriti dengan pengikut yang ramai, sebagai alasan mereka tidak melaporkan kesalahan Kosh kepada polis dengan segera.

Keadaan berubah pada tahun 2020 apabila pengguna Instagram menyiarkan tentang dirinya telah diganggu secara seksual oleh Kosh, dan berkongsi tangkapan skrin pertukaran mesej.

Lebih ramai mangsa tidak lama kemudian tampil untuk berkongsi pertemuan peribadi mereka dengan Kosh, dan apabila mereka menyedari mereka tidak bersendirian dalam berdepan dengan seorang jantan tak guna seperti Kosh. Sekurang-kurangnya empat laporan polis telah dibuat selepas itu.

Kosh telah menafikan semua dakwaan. Malah salah seorang mangsa menerima amaran untuk menghentikan penyebaran berita tentang perkara tersebut, daripada peguam Kosh. Mereka menghalang mangsa daripada menerbitkan sebarang hantaran lagi di mana-mana platform.

Tetapi beberapa hari kemudian dia menulis nota maaf yang panjang lebar, mengakui terdapat “kebenaran untuk beberapa perkara yang diperkatakan sekarang”.

Kosh telah ditangkap oleh pegawai polis pada Oktober 2020 di rumahnya, di mana sejumlah 25 video lucah ditemui pada peranti elektroniknya.

Dia didakwa di mahkamah pada Ogos 2021 atas pelbagai kesalahan termasuk percubaan eksploitasi seksual terhadap seorang anak muda dan membuat filem lucah.

Majikan Kosh, Power 98, menggantungnya daripada tugas selepas itu.

Pada Mei tahun ini, dia mengaku melakukan kesalahan seksual melibatkan dua remaja lelaki bawah umur.

Kosh mengaku bersalah kerana cuba mendapatkan perbuatan tidak senonoh daripada orang muda dan berkomunikasi dengan kanak-kanak bawah umur untuk mendapatkan perkhidmatan seksual.

Dia juga mengaku bersalah atas pertuduhan ketiga kerana membuat filem lucah.

Pada hari Rabu, seorang pendakwa raya menyifatkan kelakuannya sebagai sangat dirancang dan berterusan. Pendakwa raya berhujah bahawa dia memanfaatkan status selebritinya dan menggunakan wang untuk memanipulasi mangsa.

Pemeriksaan psikiatri yang diperintahkan mahkamah juga mendapati bahawa Kosh tidak mengalami gangguan pedofilik dan risikonya untuk melakukan kesalahan semula adalah rendah.

Ini menyebabkan peguamnya memohon hukuman penjara dua setengah bulan – lebih pendek daripada tempoh lima hingga lapan bulan yang diminta oleh pihak pendakwaan.

Pada hari Jumaat, hakim menyimpulkan bahawa Kosh menggunakan internet dan media sosial untuk memburu mangsanya. Akhirnya hakim membuat keputusan menjatuhkannya hukuman penjara 32 minggu.

Pagi itu, Kosh menyiarkan di Instagram – buat kali pertama sejak permohonan maafnya pada 2020 – bahawa dia sedang dalam perjalanan ke penjara.

“Sudah tiba masanya untuk membayar harganya,” tulisnya.

Ada juga merasakan hukuman itu terlalu ringan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di