10 Peraturan Xavi: Baru Hari Kedua, Dembele Sudah Didenda Sebab Lewat 3 Minit

Pengurus baharu Barcelona, Xavi Hernandez tidak mahu memberikan kelonggarn kepada mana mana pemain yang melanggar peraturan baharu yang ditetapkan beliau.

Dan pemain pertama yang dihukum adalah Ousmane Dembele. Ini kerana pemain antarabangsa Perancis itu lewat selamat 3 minit datang ke pusat latihan.

Xavi yang baru menjadi pengurus Barcelona, pengganti kepada Ronald Koeman yang dipecat. Dan Xavi sudah mengumumkan 6 peraturan pada hari pertama beliau tiba. Kemudian dilaporkan menambah 4 lagi, menjadikannya ada 10 peraturan khas yang baru untuk mengawal disiplin para pemain.

Ini adalah ringkasan 10 peraturan baru Xavi di Barca.

1. Pemain harus berada di perkarangan kompleks latihan 90 minit lebih awal

2. Staf harus berada di pekarangan latihan 2 jam lebih awal

3. Pemain harus makan di dewan makan kelab pada hari latihan

4. Sesiapa yang ingkar akan didenda

5. Denda akan digandakan untuk kesalahan yang berulang

6. Pemain harus berada di rumah, 48 jam sebelum perlawanan (lebih kepada kerana peraturan pandemik)

7. Sistem meritokrasi – tiada layanan istimewa kepada pemain senior atau bintang

8. Pergerakan pemain ke tempat lain ataupun kelakuan di luar padang akan dipantau

9. Pemain dilarang melakukan aktiviti bahaya

10. Pemain harus menjaga imej kelab sepanjang masa

Pada minggu ini, ianya adalah fasa sangat penting buat Xavi. Di mana beliau baru memulakan latihan di kem pasukan. Ousmane Dembele yang masih belum cergas sepenuhnya, jadi dia lebih penting untuk tiba lebih awal untuk rehabilitasi dan sebagainya.

Dembele seharusnya sedar akan perkara itu. Kerana kelab cuba membantunya untuk kembali cergas. Dan Xavi sendiri menyatakan bahawa beliau mahu membantu pemain itu mencapai potensi sebenarnya. Jadi, paling penting ianya bermula dengan disiplin Dembele sendiri.

Dembele lewat lagi

Malangnya pemain itu terlewat 3 minit. Peraturan baru menyebut para staf harus tiba 2 jam lebih awal, manakala pemain sejam setengah lebih awal, daripada sesi latihan sebenar.

Dembele sebelum ini ada reputasi selalu datang lewat ke latihan. Beberapa tahun lalu Ernesto Valverde dengan terbuka menyatakan bahawa Dembele ada masalah suka datang lewat ke pusat latihan, walaupun tidak terang terang menyebut nama pemain itu.

Sehinggakan pada satu ketika kelab tidak boleh menghubungi langsung Dembele yang meletakkan telefon bimbitnya dalam mod senyap.

Valverde menegaskan di Barcelona mereka tidak ada pilih kasih. Peraturan yang ada akan terpakai kepada semua pemain termasuk yang harga beratus juta sekalipun. Barcelona terpaksa menghantar petugas keselamatan ke rumah Dembele untuk memastikan pemain itu tidak ada apa-apa masalah.

Gerard Pique dan Luis Suarez antara pemain senior yang menegur isu disiplin melanda Dembele ketika itu. Tidak lama selepas itu Michael Zorc – Presiden Borussia Dortmund – menegaskan masalah itu sudah berlaku sejak di Dortmund lagi.

Ini kerana kehidupan malam Dembele. Dia suka bermain video game sehingga dini hari ataupun sehingga subuh.

Oleh sebab itu Barcelona telah memasukkan klausa khas yang baru dalam kontraknya. Ini untuk membantu Dembele yang suka tidur lewat dan membuatkannya susah nak bangun pada keesokan harinya. Dembele ada ketagihan dengan permainan video dan gemar menonton siri televisyen sehingga awal pagi.

Beliau kemudiannya tidak suka beriteraksi dengan rakan sepasukan ataupun pengurusan melalui telefonnya apabila malam. Ini yang membuatkan beliau gagal dihubungi pada keesokan harinya kerana terlupa menghidupkan atau menukar semula mode telefon beliau.

Barcelona kini melarang Dembele menutup telefon ataupun meletakkannya dalam mode senyap pada malam. Walaupun ianya dianggap peraturan agak pelik, Barcelona berharap ia akan dapat membantu Dembele.

Peraturan itu diperketatkan kepada beliau dalam usaha kelab membantu beliau untuk tidur awal dan juga membangunkannya apabila beliau terlewat bangun. Kegagalan berbuat demikian akan membuatkan Dembele dikenakan tindakan.

Sebelum ini Dembele didenda sekitar £90,000 kerana lewat datang ke pusat latihan.

Barcelona sangat berharap mereka akan dapat membantu pemain tersebut. Mereka tidak mahu bakat bernilai £135 juta itu diganggu oleh isu displin dan masalah di luar padang.

Terbaru, pada era Xavi, Dembele juga la yang menjadi pemain pertama didenda kerana lewat.

Xavi sudah menegaskan, pemain bintang, pemain senior dan pemain muda semua akan dilayan sama rata. Sebab itu Pique sebelum ini diminta membatalkan wawancaranya dengan sebuah program yang bertempat di Madrid.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah