11 Pemain Yang Kaya Kemudian Pokai Dan Muflis

Pemain bola sepak yang bermain dengan kelab besar menerima wang jutaan dollar daripada kontrak mereka.

Namun ramai di antara mereka yang gagal menguruskan wang dengan baik serta berbelanja pada perkara yang merugikan seperti judi, dadah dan alkohol.

Berikut beberapa pemain yang pernah pokai dan diisytihar muflis.

1. RONALDINHO

Legenda Brazil ini terkenal dengan skill luar biasa. Dan beliau dilaporkan hanya memiliki £5 di dalam akaun banknya.

Dan berhutang sebanyak £1.75 juta. Beliau didenda dengan jumlah yang agak besar baru baru ini kerana kesalahan masuk ke Paraguay menggunakan pasport palsu.

Ronaldinho merupakan seorang pemain yang teruk dalam pengurusan kewangan. Sebelum ini Barcelona membantu beliau dengan memberikannya jawatan duta kelab selepas mendengar dia dibebani hutang yang banyak.

Namun apa yang berlaku, beliau tetap boros dan membazirkan wangnya. Sayang sekali bintang yang mendapat jutaan euro pada kariernya bergelut dengan masalah kewangan.

2. DAVID JAMES

Sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak, David James berjaya mengumpul £20 juta dan menjadi penjaga gol no 2 England.

James juga mendapat kontrak lumayan daripada peragaan dengan syarikat seperti Armani. Beliau menjadi antara pemain dengan gaji tertinggi pada eranya dahulu. Menikmati karier yang lama di EPL.

Pada 2014 beliau diisytihar bankrap. Dan terpaksa menjual memorabilia sukan miliknya serta beberapa hartanya yang lain.

3. DIEGO MARADONA

Diiktiraf FIFA sebagai salah seorang pemain terbaik dalam seabad. Diego Maradona dua kali memecah rekod dunia untuk perpindahan pemain ketika dia bermain.

Namun beliau berhutan sebanyak £42 juta dengan kerajaan Itali. Cukai beliau yang tak dibayar pada 1980-an.

Maradona kemudian fokus kepada dunia kejurulatihan. Beliau masih lagi berunding kerajaan Itali berkenaan dengan isu cukai beliau. Dan meninggal dunia pada tahun 2020.

4. PAUL MERSON

Legenda Arsenal ini menjana jutaan pound ketika bermain. Namun beliau kehilangan £7 juta kerana masalah dadah, judi dan ketagihan alkohol.

Namun begitu, beliau berjaya pulih daripada masalahnya dan kini menjadi pundit di Sky Sports.

Beliau menyatakan karier sebagai pundit bola sepak itu menyelamatkannya daripada memikirkan perkara tak sihat di masa lalu. Beliau berjaya mengalihkan perhatiannya daripada ketagihan alkohol apabila memikirkan soal bola sepak.

5. JOHN ARNE RIISE

Dua tahun selepas memenangi UCL bersama dengan Liverpool, bek kiri yang ketika itu bermain untuk Liverpool disenarai dalam status muflis oleh pihak berkuasa Norway.

Riise menjana jutaan dollar daripada bermain bola sepak. Namun beliau dikatakan menjadi mangsa kepada fraud yang menyebabkannya berhutang £100,000 di Norway.

6. ERIC DJEMBA-DJEMBA

Pernah bermain dengan legenda seperti Cristiano Ronaldo, Beckham, Ryan Giggs dan ramai lagi di Man United.

Djemba-Djemba diisytihar muflis hanya selepas 4 tahun berpindah ke Aston Villa.

Pemain tengah Cameroon itu cuba membayar hutangnya dengan bermain di Liga Super India dan juga ketika di St Mirren.

7. BRAD FRIEDEL

Beliau dilaporkan berhutang sebanyak £5 juta. Hutang itu kerana dia membina akademi bola sepak serba mewah di AS.

Rumahnya bernilai £260,000 disita.

Namun beliau kemudian cuba memulihkan keadaan dengan menjadi jurulatih.

8. LEE HENDRIE

Masalah ketagihan judi membuatkan Hendrie pokai walaupun menerima gaji £30,000 seminggu di Villa Park. Angka yang sangat tinggi ketika itu.

Pada Januari 2012, beliau diisytihar muflis dan hartanya disita.

Hendrie pernah membuat pengakuan kepada Sky Sports dimana masalah itu telah membuatkan beliau depresi dan lima enam kali dia hampir membunuh diri.

Hendrie akhirnya berjaya keluar daripada masalah depresi dan kini menjadi salah seorang duta kepada organisasi kesihatan mental.

9. KEITH GILLESPIE

Seorang lagi pemain yang mengalami ketagihan judi. Bakat akademi Man United ini hilang hampir £7.2 juta kerana judi.

Beliau cemerlang membantu Newcastle ke UCL dan bermain 80 kali untuk negaranya, Ireland Utara. Menjadi bintang pujaan di negaranya ketika era kemuncak dan mendapat banyak kontrak tajaan.

Namun pada 2010, beliau pokai pada usia hanya 36 tahun.

Dalam satu temuramah dengan The Guardian, Gillespie berkata: “Saya kehilangan sejumlah wang yang sangat banyak kerana perjudian selama bertahun tahun.”

“Saya juga kehilangan banyak aset serta wang pelaburan saya.”

10. PAUL GASCOIGNE

Gazza dianggap salah seorang pemain terbaik dalam sejarah England. Beliau menjadi idola ramai anak muda termasuk Wayne Rooney.

Namun hero England itu hampir muflis pada 2016 kerana tuduhan mengelak cukai sebanyak £42,000. Selain itu beliau juga berhutang sebanyak £200,000.

Gascoigne berdepan dengan kecaman, dan menyatakan beliau tertekan lalu mengalami depresi.

Beliau perlahan lahan cuba keluar daripada masalah tersebut.

11. CELESTINE BABAYARO

Pemain EPL yang signifikan dengan Chelsea dan Newcastle United.

Beliau antara pemain Afrika yang menerima bayaran yang sangat lumayan dahulu.

Namun tabiat boros membuatkan beliau diisytihar muflis pada 2011.

Itulah antara 11 pemain bola sepak yang berhadapan dengan isu pengurusan kewangan. Jadikan ia pengajaran kepada kita semua.

Baca yang lain