Walau Sering Gagal, Bang Non Tak Putus Asa, Mahu Menang 2023 Dalam Sukan SEA

Kemboja ada satu program tinju mereka sendiri dalam usaha mereka mahu memenangi kejuaraan di peringkat ASEAN – dalam acara lelaki dan wanita. Tak kiralah Sukan SEA mahupun pertandingan lain.

Pada tahun 2019, Kemboja menghantar 7 petinju mudanya ke ASBC Asian Confederation Boxing Championships di Bangkok. Pertandingan itu bermula pada 18 April 2019.

Cambodian National Boxing Championships telah melakukan saringan dan pemilihan yang sangat ketat untuk menjadi kuasa baru dalam sukan tinju.

Setiausaha agungnya, Sophoan Buy antara individu yang bekerja keras mahu meningkatkan kualiti tinju di negara itu.

Sophoan berkata: “Kemboja ada pelan jangka panjang yang strategik untuk mencapai matlamat kami di Sukan SEA 2023 yang akan dianjurkan di negara kami buat julung kalinya.”

“Banyak program sudah diatur oleh kerajaan untuk mengukuhkan nama sukan tinju dan menjadikannya lebih popular di negara ini sebelum 2023.”

Kemboja sebelum ini menghantar petinju wanita mereka ke kejohanan ASBC di Ho Chi Minh City pada 2017. Ia menjadi penyertaan bersejarah dalam arena tinju wanita di negara mereka.

Juara kebangsaan mereka di acara wanita tahun tersebut, Nao Srey Pov (51kg) dihantar bersama sama dengan petinju berpengalaman iaitu, Vy Srey Khouch (60kg).

Seterusnya harapan diletakkan kepada Sao Raingsey, juara flyweight (49kg) di negara mereka yang memenangi 2 emas dalam acara kebangsaan negaranya walaupun ketika itu baru berusia 19 tahun.

Bang Non galas cabaran

Seorang lagi bakat prospek adalah Bang Non yang pada ketika itu yang baru berusia 18 tahun (pada 2019). Kini dia sudah berusia 21 tahun.

Walaupun sudah dia kali gagal dalam usahanya membawa emas kepada negaranya. Namun petinju itu mahu memberikan kemenangan kepada Kemboja pada 2023 akan datang.

Bang Non merupakan petinju prospek Kemboja yang berjaya mara sehingga ke suku akhir di Bangkok 2018 ASBC Asian Confederation Youth Boxing Championships.

Namun ketika itu Bang Non Tewas di tangan petinju Filipina yang terlalu kuat untuk Bang Non.

Bang Non (biru) ternyata sugul dengan kekalahan itu. Masih banyak lagi latihan yang perlu Bang Non lakukan untuk memperbaiki tekniknya.

Namun itu tidak menghalang Bang Non untuk terus berada dalam senarai petinju yang berlatih dalam program elit di negaranya. Malah Bang Non dianggap antara bakat muda yang berpotensi tinggi di negaranya.

Bang Non mencipta sejarah negaranya apabila pertama kali Kemboja menghantar 3 wakil ke kejohanan ASBC.

Pada edisi Sukan SEA 2019, Bang Non mewakili negaranya ke kejohanan itu. Ianya pendedahan sangat berguna untuk petinju itu yang menjadi harapan negaranya di masa akan datang.

Apapun semua itu hanyalah pendedahan berguna buat Bang Non. Kita semua pasti tak sabar nak melihat kelibat Bang Non yang sentiasa dekat di hati kita semua pada Sukan SEA 2023 nanti.

Kemboja tetap realistik

Selain daripada Bangnon, nama lain ialah Nat Sieknin, Daroth Yon dan Sophors Vy (69kg).

Ini senarai petinju yang menjadi harapan negara mereka untuk menggenggam sebutir pingat di Sukan SEA 2023.

Women’s 51kg: Nao Srey Pov
Women’s 60kg: Vy Srey Khouch
Men’s 49kg: Sao Raingsey
Men’s 56kg: Nat Sieknin
Men’s 60kg: Bang Non
Men’s 64kg: Daroth Yon
Men’s 69kg: Sophors Vy

Sophoan menjelaskan mereka sedar ianya bukan impian yang mudah untuk mereka laksanakan. Namun beliau berikrar akan membantu Bang Non dan rakan rakannya untuk terus membangunkan diri mereka.

Rujukan tambahan

Record number of seven Cambodian boxers will be attending in the upcoming ASBC Asian Confederation Boxing Championships

Mr. Sophoan Buy – “Our main future goal is the 2023 Southeast Asian Games which will be held in Cambodia”

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai