20 Jurulatih Paling Singkat Perkhidmatan: Dooley Hanya 2 Perlawanan, Ada Yang Hanya Sempat 10 Minit Sahaja

Dalam bola sepak, tidak semua perkara itu selamat terutama sekali jawatan pengurus / ketua jurulatih. Pahang baru baru ini mengumumkan bahawa mereka merehatkan Thomas Dooley hanya selepas 2 perlawanan. Biasanya rehat dalam liga Malaysia ni dipecat. Cuma nak bagi sedap, elak bayar pampasan on the spot, pakai ayat rehat.

Tapi tak taulah, kalau Dooley benar benar direhatkan sebentar bersama kit kat dan kemudian kembali semula. Namun JIKA Dooley tidak pernah kembali lagi ke kerusi jurulatih, kita tengok di mana kedudukan beliau di kalangan 20 pengurus / ketua jurulatih yang paling cepat dipecat selepas dilantik.

20. Henning Berg (Blackburn): 57 hari (2 perlawanan)

Blackburn Rovers telah bergaduh dengan pengurus yang baru mereka lantik, Henning Berg atas pelbagai alasan. Pengurus itu kemudian dipecat dan tampil menyatakan kepada wartawan: “Tiada pengurus profesional sanggup menjadi pengurus pasukan seperti itu.”

19. Steve Bruce (Wigan): 55 hari (2 perlawanan)

Steve Bruce dilantik menjadi pengurus Wigan pada April 2001. Malangnya dia gagal mencapai KPI dengan hanya 11 mata daripada 8 perlawanan terakhir, tak cukup untuk memenangi play off untuk divisyen kedua.

18. Alan Shearer (Newcastle); 51 hari (8 Perlawanan)

Jika korang rasa Lampard merupakan legenda yang dipecat selepas tempoh singkat di kelabnya? Fikir dahulu, kerana Alan Shearer hanya diberikan peluang 51 hari ataupun 8 perlawanan.

Shearer menjadi pengurus untuk baki 8 perlawanan Newcastle musim 2008/09. Perlantikan pengurus kurang berpengalaman itu  nyata dianggap pilihan kurang tepat dan Shearer terpaksa disingkirkan.

17. Brian Clough (Leeds): 44 hari (7 perlawanan)

Selepas membentuk Derby County menjadi pasukan dari divisyen keduya kepada juara liga utama, Clough menyertai Leeds, menggantikan Don Revie yang melepaskan jawatan untuk pasukan kebangsaan.

Malang sekali dia hanya menang 1 perlawanan daripada 7 perlawanan, dan sikap tak sabar Leeds membuatkannya dipecat. Paling menarik, selepas itu Clough menyertai  Nottingham Forest. Di sana beliau menjadi pengurus terbaik pernah dimiliki Forest, dan antara terbaik dalam sejarah England.

Clough membantu Forest menang kejuaraan domestik Eropah, bukan calang calang wei, UCL/.

16. Les Reed (Charlton): 41 har  (7 perlawanan)

Selepas Alan Curbishley meninggalkan Charlton pada 2006, Iain Dowie dibawa masuk untuk membanttu Addicks kekal di Premier League. Namun mereka kalah 5 perlawanan berturut. Dowie dipecat dan pembantunya, Les Reed dinaikkan pangkat.

Di bawah kendalian Reed, Charlton tersingkir daripada kesmua baki saingan domestik di tangan pasukan liga bawahan, dan berada di zon penyingkiran. Reed dipecat selepas hanya 41 perlawanan.

15. Alex McLeish (Nottingham Forest): 40 hari (7 perlawanan)

Forest melantik McLesih pada Disember 2013. Tetapi hanya kekal 5 minggu selepas dia bertengkar dengan pemilik kerana membatalkan rundingan dengan pemain George Boyd. Dia dipecat selepas menang hanya 1 daripada 7 perlawanan.

14. Paul Gascoigne (Kettering Town): 39 hari (6 perlawanan)

Gazza dilantik menjadi pengurus kelab non league Kettering Town. Namun dipecat kerana dia kaki botol dan selalu mabuk ketika bertugas.

13. Steve Coppell (Manchester City): 33 hari (6 perlawanan)

Steve Coppell ada rekod menguruskan Crystal Palace sebanyak 4 kali. Namun tempoh paling singkat perkhidmatannya adalah dengan.

12. Gian Piero Gasperini (Inter): 3 bulan (5 perlawanan)

Selepas 4 musim yang cemerlang bersama Genoa, Leonardo melantik Gasperini menjadi pengurus Inter pada Jun 2011.

Namun selepas kalah 4 daripada lima perlawanan pertama, termasuk kalah dalam Piala Super Itali di tangab musuh sejati, AC Milan, tersingkir dari UCL selepas dimalukan Trabzonspor , dan kalah lagi 3-1 di tangan pasukan baru naik liga Novara.

Massimo Moratti campur tangan dan memecat pengurus itu membuatkannya mencipta rekod ratio kemenangan 0%.

Hari ini beliau membina pasukan Atalanta yang terbaik di dalam sejarah kelab mereka. Malah Guardiola antara orang yang meminatinya.

11. Paul Hart (QPR): 28 hari (5 perlawanan)

10. Serse Cosmi (Palermo): 34 hari  (4 perlawanan)

Palermo ketika waktu tersebut dikenali sebagai kaki pecat. Mereka memecat 18 pengurus sejak 2007.

Dan Serse Cosmi menjadi mangsa ke-18 mereka pada tahun 2011.

9. Micky Adams (Fulham): 13 hari (3 perlawanan)

Pada musim 1997/98, Adams menguruskan 3 kelab berbeza. Selepas dipecat Fulham pada September dia menyertai Swansea. Namun selepas 13 hari dia melepaskan jawatan kerana mahu kembali ke Wales.

Sebenarnya ada rekod lagi pendek daripada 13 hari di mana dia hanya menguruskan Forest untuk 1 perlawanan. Namun tak dikira kerana ianya interim.

8. Thomas Dooley (Sri Pahang FC): 38 hari (2 perlawanan)

Jika dikira dari segi jumlah perlawanan, maka Dooley berada dalam senarai kelapan.

Hanya selepas 2 perlawanan, Dooley yang merupakan bekas pemain kebangsaan AS direhatkan serta merta kerana kalah 2 perlawanan tersebut. Keputusan itu diambil hanya beberapa hari selepas Dooley mengkritik fasiliti latihan Pahang yang daif.

7. Kevin Cullis (Swansea): 7 hari (1.5 perlawanan)

Dia dipecat hanya selepa dua perlawanan. Laporan perlawanan menyatakan dia tidak dibenarkan menguruskan pasukan pada separuh masa kedua dalam aksi berdepan Blackpool, di mana mereka kalah 4-0.

Jadi ianya dikira 1.5 perlawanan.

6. John Toshack (Wales): 41  hari (1 perlawanan)

Legenda Liverpool dan Wales ini hanya bertahan 41 hari bersama pasukan kebangsaan dan hanya 1 perlawanan sahaja. Namun 10 tahun kemudian Toshack kembali menjadi pengurus Wales, kali ini kekal 6 tahun.

5. Jorg Berger (Arminia Bielefeld): 5 hari  (1 perlawanan)

Dia dilantik untuk membantu Arminia mengelak penyingkiran Bundesliga pada perlawanan terakhir liga. Dan sayang sekali mereka seri. Berger dipecat kerana gagal mengelak penyingkiran.

4. Luigi Del Neri (Porto): 36 hari  (0 perlawanan)

Ini adalah sempadan antara pengurus yang tak sempat merasai perlawanan pertama dengan pasukan mereka. Luigi Del Neri memiliki reputasi gah ketika membantu Chievo naik dari Serie B kepada pencabar Serie A. Dia diumumkan sebagai pengurus baharu Porto menggantikan Jose Mourinho.

Namun dia dipecat selepas sebulan lebih kerana presiden kelab, Jorge Pinto da Costa kecewa dengan pengurusan waktu beliau. Di mana dia sering lambat dan terlepas sesi latihan.

Itu  bukan kali pertama Del Neri dipecat awal. Pada 1998, Napoli memecatnya sebelum liga bermula, dikatakan atas alasan yang hampir serupa.

3. Martin Ling ( Cambridge): 9 hari (0 perlawanan)

Martin Ling seorang lagi mangsa pasukan non league – Cambridge. Dia dipecat pada 2009 sebelum sempat memulakan musim. Kelab menyatakan alasannya adalah, perbezaan pendapat yang terlalu berbeza dengan pengerusi kelab George Rolls.

Rolls kemudian meletak jawatan, Ling kembali semula ke Cambridge dan kekal satu setengah musim.

2. Dave Bassett (Crystal Palace): 4 hari (0 perlawanan)

Dave “Harry” Bassett selamanya dianggap pengurus legenda Wimbledon kerana membantu kelab mereka naik dari divisyen keempat ke liga utama pada era 80-an.

Namun pada Jun 1984, Harry menyertai Palace kerana tawaran lebih baik. Plot twist berlaku, dia tak selesa di tempat baru dan merindui suasana di Wimbledon. Lalu meletak jawatan hanya selepas hari.

Bassett berkata: “Saya sudah berfikir panjang. Namun tiba di sana, saya merasakan ada yang tak kena. Kami [Wimbeldon] masih ada misi yang belum selesai, dan saya rasa tak boleh meninggalkan mereka begitu saja.”

1. Leroy Rosenior (Torquay United): 10 minit (0 perlawanan)

Siapa tak kenal Leroy Rosenior? Bekas penyerang West Ham ini membimbing Torquay United antara 2002 sehingga 2006, membantu mereka ke promosi League 1.

Pada 17 Mei 2007, sentuhan Rosenior ditagih kembali menggantikan Keith Curle.

Namun hanya 10 minit pengumuman rasmi tentang perlantikannya, tiba tiba keluar kenyataan rasmi baharu menyatakan bahawa Rosenior dipecat. Ini kerana terdapat proses pengambilalihan daripada konsortium baharu yang sudah menentukan pilihan mereka ialah Paul Buckle.

Rosenior dengan geli hati berkata: “Saya terkejut, dan kami semua [pegawai di dalam kelab] ketawa. Jelas sekali saya telah melakukan tugas yang luar biasa selepas 10 minit dan mereka melepaskan saya. Dan mereka berjanji akan memberikan saya pampasan.”

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.