£20 Juta Untuk Fred Satu Penghinaan, Peminat Man United Mahu Murtough Dipecat!

Peminat Manchester United terkejut dengan harga yang dilaporkan kelab itu untuk pemain tengah Brazil, Fred. Mereka anggap harga itu sebagai tidak munasabah ataupun penghinaan.

Man United dilaporkan cuma meletakkan tanda harga £20 juta untuk Fred.

Pemain berusia 30 tahun itu kehilangan tempat permulaan musim lalu di bawah kendalian Erik ten Hag dan telah dikaitkan dengan perpindahan dari Old Trafford pada musim panas ini.

Fulham berminat dengan pemain antarabangsa Brazil itu, yang dilihat berbual dengan bos Cottagers, Marco Silva selepas perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini bulan lepas.

Walaupun dia dianggap bukan pemain kegemaran Ten Hag, Fred masih membuat 56 penampilan dalam semua pertandingan musim lalu – membantu kelab itu menduduki tempat ketiga dalam Liga Perdana dan juga memenangi Piala Carabao – piala pertama mereka dalam tempoh enam tahun.

Dia masih mempunyai satu tahun lagi dalam perjanjiannya dan United mungkin akan menjualnya pada musim panas ini untuk mengumpul dana perpindahan, dengan bajet kelab dilaporkan hanya £100 juta sebelum penjualan pemain.

Menurut The Telegraph, United kini hanya mahukan hanya £20 juta untuk Fred – walaupun menandatanganinya dengan harga £52 juta pada 2018.

Tetapi laporan itu mendakwa Fulham tidak bersedia untuk memenuhi harga yang diminta United dan akan cuba bersetuju dengan bayaran yang lebih rendah sekitar £12 juta sahaja.

Lebih mengecewakan peminat United, kelab Red Devils dilaporkan sedia berunding dan tidak terus bertegas menolak tawaran Fulham itu. Malah dikatakan United mungkin sedia menerima £15 juta untuk Fred selepas mengetahui pemain itu mahu ke Fulham.

Man United Lelong Fred £20 Juta, Fulham Berminat Namun Anggap Harga Terlalu Tinggi

Sebelum ini, beberapa hari lalu United telah bersetuju untuk menjual bintang akademi Zidane Iqbal kepada kelab Belanda, FC Utrecht dengan hanya £850,000.

Penyokong United yang masih bengang dengan harga Zidane Iqbal itu kini membidas kelab yang meletakkan Fred cuma £20 juta.

Seorang peminat yang marah menulis tweet: “£20j?! Dan mereka tidak akan membayarnya?! Eh?! Saya agak gembira untuk Fred pergi tetapi saya fikir dia akan pergi untuk £30 juta minimum titik.”

Yang kedua mengulas: “50 juta atau abaikan.”

Yang ketiga menulis: “Penilaian ini nampaknya tidak menghormati pemain seperti Fred, dia pemain antarabangsa Brazil semasa dan dia sebenarnya pemain yang baik apabila digunakan dengan betul.”

Jika era dahulu mungkin harga Fred itu ok sebab dia di tahun akhir, memandangkan Arsene Wenger pernah berkata, paling mahal pemain yang di kontak akhir boleh dijual adalah £15 juta. Namun zaman berubah terutama sekali selepas Chelsea menjual Hazard lebih £120 juta ketika kontraknya berbaki 6 bulan lagi.

“United adalah yang paling teruk dalam hal penjualan. Tidak kira dia berada di tahun terakhir kontraknya, ia sepatutnya 35 juta sekurang-kurangnya,” kata seorang peminat United yang tak rela kelabnya menjadi tempat kebajikan memberikan pemain harga murah ke kelab lain.

Sedangkan kelab lain seringkali mengambil kesempatan ke atas United ketika kelab itu mahukan pemain mereka.

Sementara itu, yang keempat menulis: “£850k untuk Zidane Iqbal. £20 juta untuk Fred. Kurang daripada £25 juta untuk [Dean] Henderson. £2 juta untuk [Eric] Bailly. £10 juta untuk [Anthony] Elanga. £1.5 juta untuk [Tahith ] Chong £15 juta untuk [Joe] Garner.”

“Ini tidak boleh diterima, [Pengarah Sukan, John] Murtough dan [ketua eksekutif, Richard] Arnold harus dipecat SEGERA selepas pengambilalihan dimuktamadkan kelak..”

Mereka kemudian membuat perbandingan dengan Chelsea yang meletakkan tanda harga pemain mereka di paras tinggi walaupun pada tahun akhir kontrak.

Bercakap selepas kekalahan final Piala FA kepada Manchester City awal bulan ini, Fred mengakui dia diberitahu masa depannya tidak menentu.

Dia berkata: “Saya masih tidak tahu, saya perlu bercakap dengan keluarga saya, kontrak saya masih berbaki setahun di sini.”

“Sekarang masa cuti dan peluang yang baik untuk berehat. Saya akan bercakap dengan ejen saya, dengan kelab dan melihat apa keputusan semua orang.”

“Saya juga perlu bercakap dengan [Erik] Ten Hag, dia pengurus dan perbualan itu perlu melibatkan semua orang. ”

“Kita perlu lihat bagaimana musim depan akan dirancang. Saya mahu ia menjadi penting, saya mahu membantu pasukan , jadi kita akan lihat.”

“Tetapi saya sentiasa dan masih sangat gembira di Manchester United. Sudah tentu, saya sentiasa mahu bermain, membantu pasukan saya dan dengan senang hati saya bermula dan saya fikir kami bermain dengan baik.”

Baca yang lain