5 Sebab EA Perlu Risau PES2021 Bakal Tewaskan Mereka Dengan Teruk

Persaingan di antara Konami dan EA Sports dalam menghasilkan video game bola sepak yang terbaik terus berlarutan.

Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini Konami benar benar memberikan FIFA masalah besar.

Berikut antara 6 perkara yang membuatkan PES2021 akan dikhuatiri EA Sports akan menjadi pembunuh mereka.

Ini selepas bertahun tahun PES dianggap pilihan kedua dalam video game.

1. Lesen kelab besar

Jika sebelum ini pemain pemain FIFA seringkali mengejek Pro Evo yang tak cukup lesen untuk pasukan.

Namun situasinya sekarang ini semakin banyak pasukan utama di Eropah mendapat lesen dan ada yang secara ekslusif.

Misalnya Juventus. Ianya telah membuatkan FIFA kehilangan hak untuk meletakan nama Sebenar Juventus dan ditukar kepada Piemonte Calcio.

24 kelab telah dilesenkan PES secara ekslusif termasuk Liverpool dan Bayern Munich.

2. Master League terus diperbaiki

Terlalu banyak permintaan dan harapan peminat terhadap Career Mode yang tidak dipedulikan oleh FIFA.

Pro Evo pula, walaupun mereka tak boleh memberikan 5 perkara yang peminat mereka minta, namun sekurang kurangnya mereka bagi satu atau dua.

Sebelum ini pada peminat mencadangkan agar wajah pengurus adalah wajah sebenar seperti mana pemain dengan kualiti yang terbaik. Dan Pro Evo telah memberikannya.

3. Grafik

Satu perkara yang terus menjadi kerumitan untuk FIFA jika dibandingkan dengan PES adalah grafik.

Walaupun mereka sebelum ini memperkenalkan Frostbite, ia tetap dilihat tidak mampu untuk mengatasi grafik yang ditawarkan oleh Konami kepada para pemain PES.

FIFA perlu melakukan sesuatu yang sangat drastik untuk ini.

PES punya detailing sampaikan kedudukan tangan pemain ketika berlari pun dia letak detail.

Itu belum cerita grafik wajah pemain.

Seterusnya bersepah pencipta mod dan patch untuk PES yang membantu para pemainnya mendapatkan grafik lebih baik, seperti stadium dan chants sekali.

4. GOAT sebagai Cover

Tak kisah korang peminat Cristiano Ronaldo atau Messi. Kerana kedua dua pemain itu kini bernaung di bawah Pro Evolution Soccer.

Malah PES boleh menggabungkan kedua dua mereka sebagai Cover kalau mereka nak sekalipun.

Terdapat rumors menyatakan FIFA sekarang sedang cuba mendapatkan hak ekslusif pemain seperti Virgil Van Dijk dan Mo Salah.

Namun populariti dua pemain itu terlalu jauh bezanya dengan Messi dan Ronaldo.

5. Gameplay

Semakin ramai yang mengiktiraf gameplay PES Lebih baik daripada FIFA. Dan mereka menjangkakan PES2021 akan lebih ramai yang berpindah kepada PES.

FIFA pula tidak begitu banyak bezanya gameplay mereka sejak beberapa tahun ini. Dan dalam FIFA pemain bek tengah pun boleh melakukan rainbow flick disusuli dengan Screamer Dari jarak 40 meter.

Perkara seperti ini sangat sukar untuk anda buat di PES.

Bagi korang yang kaki cut inside and shot. PES menawarkan pengalaman yang lebih feel. Dengan lencongan yang sangat banyak variasinya.

Cuma dari segi AI, PES perlu memperbaiki aspek bertahan mereka jika serius mahu mengatasi FIFA dalam aspek gameplay.

Rumusan

Harus diakui FIFA masih video game bola sepak yang paling popular kerana banyak event dan acara e sports yang menggunakan jenama mereka.

Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini PES sudah melabur lebih banyak untuk promosi dan publisiti.

Misalnya mendapatkan salah seorang legenda paling berpengaruh di dalam ketamadunan manusia iaitu David Beckham.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai