5 Sebab Kenapa Arsenal Mahukan Gabriel Jesus

Arsenal dilaporkan semakin hampir menandatangani Gabriel Jesus dari Man City.

Rundingan dikatakan sedang rancak berjalan di antara kedua dua kelab. Arsenal sebelum ini menawarkan harga yang rendah daripada permintaan City sekurang kurangnya £50 juta secara keseluruhannya.

Tetapi Arsenal sedia membayar angka tersebut dengan bayaran bonus disertakan.

Berikut adalah 5 sebab kenapa Arsenal dan Arteta benar benar mahukan Gabriel Jesus.

1. Penjaring gol yang konsisten

Rekod gol Gabriel Jesus pada musim lalu menunjukkan bahawa dia adalah pemain yang memiliki kualiti penyudah yang baik dan diperlukan oleh Arteta.

Arsenal bergelut dengan kualiti penyerang no.9 yang berkualiti di hadapan gol sejak kehilangan Pierre Emerick Aubameyang dalam beberapa musim lalu. Sebelum dilepaslan ke Barca pun, Auba bergelut dengan penyudahnya.

2. Kualiti presser

Arteta memerlukan penyerang yang boleh menjadi pencetus kepada high pressing dan rajin melakukannya.

Kualiti tersebut ada pada Gabriel Jesus.

Pressing di garisan tinggi merupakan sistem yang mahu digunakan oleh Arteta dengan konsisten selepas ini.

Dalam beberapa perlawanan dalam 2 musim terakhir, Arsenal kadangkala terpaksa bermain lebih defensif dan low block kerana isu ini.

Ini juga antara sebab kenapa Lacazette bergelut dengan sistem Arteta secara berpasukan.

3. Hubungan Gabriel Jesus dengan Arteta

Gabriel Jesus rapat dengan Mikel Arteta. Dan pemain itu sanggup melupakan UCL demi Arteta.

Dia berminat untuk bekerjasama dengan Arteta sekali lagi selepas kedua dua mereka bekerjasama di Man City sebelum ini.

Gabriel Jesus menerima tawaran daripada banyak kelab lain namun buat masa ini keutamaannya adalah Arsenal.

Perkara ini penting kerana Arsenal sebenarnya berada dalam rundingan dengan pemain yang benar benar berminat dengan mereka.

Sebelum ini mereka kerap terlepas sasaran utama kerana persaingan dengan kelab lain yang tidak memberikan mereka kelebihan.

Misalnya Dusan Vlahovic yang lebih memilih Juventus.

4. Kreativiti

Selain daripada boleh menjaringkan gol. Jesus juga merupakan pemain yang boleh mencipta tol.

Dia memiliki rekod assist yang baik ketika di City. Kualiti tambahan ini sangat diperlukan oleh Arteta.

5. Fleksibiliti

Gabriel Jesus adalah pemain yang boleh bermain di pelbagai posisi dan peranan. Versatiliti ini akan membantu dalam permainannya yang fleksibel.

Di Man City dia kerap bermain di bahagian sayap selain posisi no.9.

Jesus memiliki kualiti linking up play di dalam sistem berpasukan. Jadi semua kualiti ini sangat penting untuk Arteta.

Rumusan

Jadi, ada banyak sebab kenapa Arteta mahukan Gabriel Jesus. Selain daripada keperluan ketika perlawanan, dia juga boleh menawarkan kualiti di padang latihan dengan membantu dalam pembentukan sistem permainan.

 

 

 

 

 

 

Baca yang lain