“It’s Tshabalalaaaa! Goal Bafana Bafana! Goal for South Africa! Goal for all africa!”.
Anda masih ingat momen ini? Momen ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan diantara tuan rumah dan Mexico.
Penulis yakin kebanyakan dari anda meremang bulu roma bila terdengar pekikan pengulas tersebut kan?
Pemilik suara berkenaan bernama Peter Drury. Pengulas bola sepak berbangsa Inggeris itu kini berkhidmat di produksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan stesen televisyen satelit, BT Sport yang turut menyiarkan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Patut la macam biasa dengar kan?
Pro Evolution Soccer
Beliau turut menyumbangkan suara sebagai pengulas untuk permainan video Pro Evolution Soccer (PES) bermula pada edisi 2016 menggantikan Jon Champion.
Selalu digandingkan bersama Jim Beglin, sahabat lama yang dikenali sejak 1995.
Kebijaksanaannya menggunakan ayat yang puitis, nada suara yang menarik serta kemahiran mengawal emosi dalam mengekspresikan sesuatu situasi mampu memberikan penonton perasaan seakan-akan berada di dalam stadium.
Tak gol pon rasa macam gol. Kalau gol lagi la.
Mari bersama penulis melihat kembali di mana Drury membuat ulasan dalam detik-detik penting sejarah bola sepak dunia.
AS Roma vs FC Barcelona
Setelah tewas 1-4 di Nou Camp pada pusingan pertama UCL, Roma memerlukan sekurang-kurangnya tiga gol tanpa balas u ntuk mengesahkan tempat ke separuh akhir. Kedudukan agregat semasa 3-4 pada minit ke 82 dan ini terjadi:
“Roma have risen from their ruins! Manolas, the Greek God in Rome! The unthinkable unfold before our eyes!”
Manchester United vs Manchester City
Wayne Rooney menjaringkan gol melalui teknik “bicycle kick” hasil dari dari hantaran lintang Luis Nani pada minit ke-78.
“Rooney! Oh wonderful! What a goal! At what a time! In what a place! What a player! Wayne Rooney, out of this world!”
Penggunakan rima (rhyme) yang sungguh mengagumkan penulis! Berapa banyak ‘w’ dalam ayat tu? Tolong kira sekali berapa banyak ‘what’. Macam mana boleh keluar ayat yang padu tu dari mulut dia dalam masa yang singkat?
Manchester City vs Queens Park Rangers
Noisy Neighbours memerlukan kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan EPL setelah pencabar terdekat, United memenangi perlawanan terakhir mereka apabila menewaskan Sunderland 1-0. Pada detik 93:20, Aguero tiba dan seperti yang anda tahu, selebihnya adalah sejarah…
“Aguero! Staggering, just staggering! He’s won the league with 90 seconds of stoppage time to play. Where does football go from here?”
Jelaslah bahawa dengan ulasan yang hebat mampu menambah keseronokan penonton menyaksikan perlawanan di rumah. Kalau pengulas pon lemau, bosan juga dibuatnya.
Najmee Kamal
Peter Drury: Sang Penyair Bola Sepak

Baca yang lain
Materazzi Menyesal ‘Mintak’ Adik Perempuan Zidane Pada Hari Itu
Materazzi mengaku sendiri bahawa benar seperti yang didakwa Zidane bahawa dia dihantuk pemain itu setelah meminta adik perempuan Zidane untuk diberikan kepadanya.
Ancelotti Tenang Saja Bersyukur Selepas Komen Guardiola Pasal Rehat 9 Hari
Carlo Ancelotti tenang tenang sahaja mendengar rungutan Guardiola ke atas jadual terlalu padat di England yang boleh menyebabkan mereka sangat keletihan ketika
Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann
Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi
Grealish Dan Emaknya Pelik Peminat Lawan Suka Ejek Dia
Jack Grealish pelik kenapa penyokong lawan selalu mengejeknya. Sedangkan dia tidak buat salah pun dalam padang. Perkara itu turut membuatkan ibunya pun
Pemain Liga Utama Belanda Terpaksa Minta Maaf Sebab Seringkali Diminta Mewakili Indonesia
Boris van Schuppen akhirnya bersuara dan meminta maaf secara terbuka kepada netizen Indonesia di media sosial. Pemain tengah pasukan Eredivisie, NAC Breda