Lihat Quartararo ‘Koyak’ Tak Dimaklumkan Pasal Penalti, Terlepas Podium Dan Gagal Pintas Dovizioso

Pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo, terlepas peluang untuk naik podium di MotoGP Emilia Romagna di Litar Misano, pada Ahad, kerana beliau dikenakan penalti.

Penalti itu kerana beliau beberapa kali melebihi had batasan trek (track limit warning). Selepas perlumbaan Quartararo kelihatan kecewa dan terus pergi ke belakang garaj pasukannya.

Beliau benar benar kecewa kerana terlepas podium pada kali ini di pusingan terakhir.

Semasa sesi temu ramah, Fabio Quartararo menyatakan kekecewaannya terhadap kejadian itu. El Diablo mengakui bahawa dia tahu dia telah melanggar had garisan trek, tetapi merasa dia tidak menerima peringatan mengenai hukuman yang diterimanya.

Walaupun menduduki tempat ketiga pada akhir perlumbaan, namu Quartararo akhirnya ditolak ke tangga keempat.

Ini bermakna podium ketiga milik pelumba KTM, Pol Espargaro, yang menduduki tempat keempat.

Quartarao juga terlepas untuk merampas kembali kedudukan teratas daripada Dovizioso yang kini di hadapan beliau hanya dengan satu mata.

Pol Espargaro dan Quartararo mengalami pertarungan yang sengit dalam perlumbaan ini, yang mengakibatkan pelumba Perancis itu melebihi had batasan trek dan dikenakan penalti pada pusingan terakhir.

“Saya diberikan hukuman kerana cornering yang panjang, tetapi pihak pengurusan perlumbaan tidak memberikan saya amaran di skrin. Saya sedikit terkejut setelah dimaklumkan kepada saya pada perlumbaan.”

“Sekiranya saya tahu bahawa saya telah menerima amaran, saya akan lebih berhati-hati. Ketika anda menunggang motosikal, anda tidak dapat melihat apa yang berlaku, “tambah Fabio Quartararo.

Quartararo juga mengakui bahawa dia juga turut tidak menerima mesej daripada pasukannya mengenai hukuman tersebut.

“Mungkin pasukan akan memberikan maklumat kepada saya melalui pit board di masa akan datang. Buat masa ini saya merasa sangat kecewa,” kata Quartataro.

Beliau turut menjelaskan keadaan itu menerusi Twitternya.

“Gembira dengan perlumbaan saya hari ini, berada di P3, namun saya dikenakan penalti kerana track limit. Saya tak dapat amaran ataupun sebarang mesej daripada pegawai perlumbaan berkenaan track limit warning.”

“Terima kasih kepada pasukan saya dan semua orang di sekeliling saya. Jumpa lagi di Barcelona.”

Laporan perlumbaan: Vinales juara GP Emilia Romagna

Kedudukan teratas dalam carta MotoGP 2020 masih dipegang oleh Andrea Dovizioso walaupun Maverick Vinales memenangi MotoGP Emilia Romagna di Litar Misano.

Kemenangan Vinales ke atas Joan Mir di MotoGP Emilia Romagna menjadikan persaingan di kedudukan MotoGP 2020 menjadi lebih menarik.

Ini kerana Dovizioso kini hanya satu mata di depan di tangga teratas di hadapan Fabio Quartararo.

Dovizioso yang hanya menduduki tempat kelapan di MotoGP Emilia Romagna berada di tangga teratas dengan 84 mata.

Kedudukan kedua dihuni oleh Fabio Quartararo dengan 83 mata.

Quartararo sekali lagi mempersiakan peluang terbaik untuk memimpin semula carta. Ini selepas beliau dikenakan penalti selepas melakukan beberapa kesalahan.

Namun yang menariknya, Maverick Vinales berjaya memenangi perlumbaan. Menjadikan beliau pemenang keenam yang berbeza dalam kejuaraan dunia kali ini.

Kemenangan Vinales dalam MotoGP Emilia Romagna membuat Top Gun membuka peluang dalam perlumbaan merebut gelaran juara dunia MotoGP 2020.

Agak mengecewakan buat Francesco Bagnaia yang sebelum itu memimpin perlumbaan, menyerahkan kedudukannya kepada Vinales kerana beliau kemalangan dengan baki 10 pusingan lagi.

Beliau menyatakan kemenangan ini adalah untuk menutup mulut pengkritiknya.

Dalam kedudukan semasa,  Vinales memiliki 83 mata, berkongsi mata dengan Quartararo, cuma dibezakan dengan 1 kejuaraan siri GP.

Joan Mir, yang cemerlang dalam dua perlumbaan terakhir, kini berada di tempat keempat dengan 80 mata.

The Doctor pula dirundung malang apabila terbabas pada pusingan kedua. Valentino Rossi yang berstatus pelumba tuan rumah sebelum ini menjadikan San Marino sasarannya untuk mengakhiri penantian podium ke-200.

Ini selepas beliau kehilangan podium di litar sama minggu lalu pada 2 km terakhir.

Dan kali ini podium beliau tertangguh sekali lagi.

Honda terus kempunan podium sejak mereka ketiadaan Marc Marquez.


 

Ini adalah keputusan MotoGP Emilia Romagna 2020

1 Maverick Viñales Monster Yamaha (YZR-M1) 41m 55.846s
2 Joan Mir Suzuki Ecstar (GSX-RR) +2.425s
3 Pol Espargaro Red Bull KTM (RC16) +4.528s
4 Fabio Quartararo Petronas Yamaha (YZR-M1) +6.419s
5 Miguel Oliveira Red Bull KTM Tech3 (RC16) +7.368s
6 Takaaki Nakagami LCR Honda (RC213V) +11.139s
7 Alex Marquez Repsol Honda (RC213V)* +11.929s
8 Andrea Dovizioso Ducati Team (GP20) +13.113s
9 Franco Morbidelli Petronas Yamaha (YZR-M1) +15.880s
10 Danilo Petrucci Ducati Team (GP20) +17.682s
11 Johann Zarco Reale Avintia (GP19) +23.144s
12 Alex Rins Suzuki Ecstar (GSX-RR) +24.962s
13 Bradley Smith Aprilia Gresini (RS-GP) +30.008s

 


Iker Lecuona Red Bull KTM Tech3 (RC16)* DNF
Francesco Bagnaia Pramac Ducati (GP20) DNF
Valentino Rossi Monster Yamaha (YZR-M1) DNF
Tito Rabat Reale Avintia (GP19) DNF
Jack Miller Pramac Ducati (GP20) DNF
Brad Binder Red Bull KTM (RC16)* DNF
Aleix Espargaro Aprilia Gresini (RS-GP) DNF

Ini pula adalah kedudukan MotoGP 2020 selepas MotoGP Emilia Romagna

1. Andrea DOVIZIOSO Ducati ITA 84

2. Fabio QUARTARARO Yamaha FRA 83

3. Maverick VIÑALES Yamaha SPA 83

4. Joan MIR Suzuki SPA 80

5. Franco MORBIDELLI Yamaha ITA 64

6. Jack MILLER Ducati AUS 64

7. Takaaki NAKAGAMI Honda JPN 63

8. Miguel OLIVEIRA KTM POR 59

9. Valentino ROSSI Yamaha ITA 58

10. Pol ESPARGARO KTM SPA 57

11. Brad BINDER KTM RSA 53

12. Alex RINS Suzuki SPA 44

13. Johann ZARCO Ducati FRA 36

14. Danilo PETRUCCI Ducati ITA 31

15. Francesco BAGNAIA Ducati ITA 29

16. Alex MARQUEZ Honda SPA 24

17. Aleix ESPARGARO Aprilia SPA 18

18. Iker LECUONA KTM SPA 15

19. Bradley SMITH Aprilia GBR 11

20. Tito RABAT Ducati SPA 7

21. Cal CRUTCHLOW Honda GBR 7

22. Michele PIRRO Ducati ITA 4

23. Stefan BRADL Honda GER

Baca yang lain