Dollah Rehatkan Dooley Dan Jadi Head Coach Balik

Thomas Dooley menjadi jurulatih pertama yang direhatkan, bersama dengan pembantu beliau Christophe Gamel. Di Malaysia, istilah merehatkan jurulatih ini bukan perkara yang baru.

Namun kebanyakan kesi di Malaysia, jurulatih bukan direhatkan kerana masalah kesihatan ataupun sebagainya, sebaliknya ia biasanya meruju kepada dipecat.

Nak cakap pecat terus mungkin tak sanggup bayar pampasan on the spot. Jadi pakai rehat, bolehlah duit gaji masuk bulan bulan bulann dan bukan lansam.

BH Online melaporkan bahawa, Dooley dan Gamel tidak ada bersama pasukan yang akan berdepan Melaka United (FC (MUFC) di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.

Beberapa laporan menyebut, kedua dua jurulatih itu direhatkan selepas kalah dua perlawanan beturut turut. Biar betul? Ya baru dua perlawanan. Dollah Salleh yang merupakan pengurus pasukan dijangka akan mengambil alih seketika.

Head coach adalah di bawah organisasi pengurus pasukan. Di beberapa negara seperti England jawatan ini biasanya disekalikan kerana dianggap boleh konflik dari segi pengurusan pemain.

Dollah Salleh ketika klip pelancaran jersi Pahang menyatakan beliau hanya akan membantu Dooley jika diperlukan dan percayakan jurulatih tersebut.

Namun kini, secara logiknya Dollah telah terlibat dalam perihal merehatkan Dooley, atas kapasiti pengurus pasukan. Dan Dollah Salleh dengan rendah hatinya sanggup turun padang untuk jadi head coach balik.

Sri Pahang memulakan dua perlawanan MSL musim ini dengan tewas 1-3 kepada Selangor FC di Petaling Jaya, dan kemudian tunduk 0-2 kepada Perak FC di halaman sendiri.

Keputusan merehatkan Dooley itu memang mengejutkan ramai. Apa je yang coach nak buktikan hanya dengan 2 perlawanan. Mengambil kira pasukan Sri Pahang sudah melabur dalam projek berdasarkan perancangan Dooley.

Dollah Salleh bukan nama asing untuk peminat Pahang. Dan selamat maju jaya buat coach Pablo.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.