[Video] Gol Screamer Phil Foden Dengan, Terus Tanya ‘Mbappe, Kamu Dah Sedia Ke?”

Phil Foden terus membuktikan kualiti dirinya sebagai pesaing utama untuk merebut tempat dalam skuad City dan England.

Dalam aksi berdepan dengan Borussia Dortmund di Signal Iduna Park,  anak muda kelahiran Stockport itu melakukan gol dengan teknik sepakan yang deras dan berjaya melengkung masuk ke dalam, dan gol.

Gol tersebut menamatkan sisa sisa perjuangan Borussia Dortmund. City ketinggalan awal menerusi gol Jude Bellingham untuk menjadikan agregat 2-2.

Namun Riyad Mahrez menyempurnakan penalti untuk menjadikan agregat 3-2. Penalti itu diberikan selepas Emre Can handball di dalam kotak penalti.

City mendapat beberapa peluang menerusi percubaan Kevin De Bruyne. Salah satu daripadanya terkena palang gol. Dan yang lain dinafikan oleh kecemerlangan penjag gol lawan.

Selepas mencuba dan terus mencuba, pada minit ke-75, Phil Foden memastikan City tidak tersangkut di suku akhir dan mara ke separuh akhir. Lihat sendiri gol beliau itu di sini:

Foden sangat yakin untuk melakukan gol roket seperti itu.

Foden beraksi cemerlang dalam aksi kali suku akhir kali ini. Di mana beliau berjaya menjaringkan gol dalam kedua dua perlawanan.

Dan tidak lama selepas tamat aksi, Phil Foden terus menyeru nama Kylian Mbappe, bertanya sama ada pemain bintang besar Perancis itu sudah bersedia untuk berjumpa dengan mereka?

Pastinya ia pertarungan yang menarik di antara kedua dua pasukan yang sarat dengan kualiti bakat. Neymar dan Mbappe sebelum ini membantu PSG menyingkirkan juara bertahan, Bayern Munich.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid