[VIDEO] RASMI: Syahmi Safari Bangga Sertai Kelab Terbesar Di Malaysia, JDT

JDT mengesahkan bahawa Syahmi Safari adalah pemain terbaru mereka. Dan video pengenalan rasmi pemain tersebut telah dimuatnaik di media rasmi JST.

Teka teki tentang kelab mana akan disertai Syahmi Safari akhirnya terjawab, selepas pemain itu beberapa bulan lalu mencapai kesepakatan untuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama dengan pasukan Selangor.

Syahmi Safari menganggap peluang untuk menyertai JDT adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan kerana JDT adalah pasukan terbesar di Malaysia.

Syahmi menganggap ini adalah cabaran untuk beliau terus memajukan kariernya selaku pemain bola sepak profesional.

Dalam montaj pengenalan beliau, Syahmi berkata:

“Terdapat hanya ada satu destinasi dalam bola sepak Malaysia.”

“Johor Darul Ta’zim.”

“Dan saya kini berada di sini. Saya tidak boleh berkata tidak kepada kelab terbesar di Malaysia.”

“Ini adalah cabaran! Cabaran untuk saya melangkah ke depan dan mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak.”

Saksikan video itu di sini:

 

JDT sebelum ini kehilangan Matthew Davies kerana kecederaan jangka panjang. Kehadiran Syahmi Safari pastinya untuk mengisi kekosongan tersebut.

Syahmi Safari sangat sinonim dengan pasukan Selangor. Bermain untuk Gergasi Merah Kuning sejak awal kariernya. Beliau merupakan pemain kebangsaan Malaysia.

Selamat maju jaya buat Syahmi Safari di kelab baharu.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid