[VIDEO] Ronaldo Tinggalkan Pasukan Sebelum Aksi Tamat, Ten Hag Akan Bersemuka Dengannya

Erik Ten Hag sebelum ini pernah memberikan amaran kepada Ronaldo pada pra musim ketika pemain itu pulang awal sebelum perlawanan tamat.

Di mana menurut Ten Hag, semua pemain harus bersama dalam satu skuad sehingga tugasan tamat.

Dalam kemenangan cemerlang Manchester United ke atas Spurs, Ronaldo kembali disisihkan sekali lagi daripada kesebelasan utama.

Pemain itu kemudian tidak diberikan peluang untuk terlibat dalam aksi berdepan Spurs.

Ianya membuatkan Cristiano Ronaldo benar benar kecewa. Sebelum perlawanan tamat, dia terus turun ke terowong dan beredar.

United mempamerkan aksi terbaik mereka di bawah kendalian Erik ten Hag, menewaskan Spurs di tangga ketiga hasil jaringan Fred dan Bruno Fernandes pada separuh masa kedua.

Tetapi walaupun semuanya positif dari perspektif United dan mereka kini hanya satu mata daripada empat teratas, kemenangan itu mungkin dibayangi oleh tindakan Ronaldo pada minit ke-89.

Superstar Portugal itu adalah pemain gantian yang tidak digunakan di Old Trafford dan dia jelas sekali kecewa.

Ten Hag memilih tiga pemain yang mengemudi barisan serangan, mereka ialah Antony, Jadon Sancho dan Marcus Rashford.

Ten Hag beberapa hari lalu sudah menjelaskan bahawa, Ronaldo diberikan kesebelasan utama kerana Martial cedera dan Marcus Rashford baru pulih daripada kecederaan.

Ten Hag masih membayangkan bahawa Ronaldo adalah pilihan ketiga untuk posisi no.9. Dengan Ten Hag menjelaskan keadaan itu berlaku kerana pemain itu masih tidak berada di tahap terbaiknya dari segi fizikal dan juga taktikal.

Di mana dengan pemain seperti Rashford dan Martial, pengurus tersebut berpendapat pasukannya lebih pantas dan dinamik.

“Marcus [Rashford] sakit pada hujung minggu, dia tidak dapat bermain selama 90 minit,” Ten Hag memberitahu MUTV.

“Jika tidak, dia akan bermula pada hari Ahad. Anda lihat ketika Marcus masuk, kami semakin dinamik di hadapan. Itulah yang kami perlukan hari ini, untuk memecahkan garisan pertahanan, tetapi juga untuk membina permainan ini dan pada akhirnya, kami tahu kami mempunyai ancaman dari bangku simpanan dengan Cristiano [Ronaldo] untuk menamatkan perlawanan.”

Scott McTominay, Anthony Elanga dan Christian Eriksen semuanya dibawa masuk lewat perlawanan dan ini bukan buat kali pertama, Ronaldo ditinggalkan di bangku simpanan.

Selepas dia diabaikan dalam kekalahan 6-3 di tangan Manchester City, Ten Hag berkata dia tidak membawanya “untuk menghormati kerjaya besarnya”.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Erik Ten Hag akui dia sedar akan kelakuan Ronaldo itu dan akan bersemuka dengan pemain itu esok untuk menguruskan kontroversi itu.

Pada pramusim, Ronaldo mencetuskan kontroversi dengan meninggalkan Old Trafford sebelum wisel penamat perlawanan persahabatan menentang Rayo Vallecano.

Pada kesempatan itu, Ten Hag melabelkan kelakuannya sebagai “tidak boleh diterima”.

Ronaldo terdesak untuk meninggalkan United buat kali kedua pada musim panas dan menyerahkan permintaan perpindahan. Namun ianya gagal direalisasikan.

Ianya lebih kepada tiada kelab besar yang bermain di UCL yang benar benar berminat dengan Ronaldo telah menjaringkan dua gol dalam 12 perlawanan, termasuk mencatat rekod ke-700.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai