Drake Bertaruh $1 Juta Argentina Akan Menang Lawan Perancis

Walaupun seringkali dianggap suwey, Drake sekali lagi mempertaruhkan wang besar dalam pertaruhan final.

Amaran: Judi adalah haram di sisi semua agama. Ini cuma cerita Drake yang kaki judi.

Drake bertaruh bahawa Argentina akan menang menentang Perancis dalam final Piala Dunia 2022. Sekaligus membawa pulang Piala Dunia ketiga dalam sejarah negara itu.

Lionel Messi dalam misi untuk memenangi Piala Dunia pertama dalam kariernya untuk menguatkan lagi legasi dan kelegendaannya.

Messi sebelum ini sudah berjaya membantu negaranya memenangi Copa America. Yang merupakan piala pertama di peringkat antarabangsa Messi bersama Argentina.

Sebelum itu dia pernah memenagi pingat emas olimpik. Namun itu tidak dikira piala major.

Messi menganggap kejayaan menjulang Copa America lebih bermakna daripada mana mana kejayaannya menjulang apa sahaja trofi di peringkat kelab.

Messi telah memenangi segalanya bersama dengan Barcelona. Dan dia meneruskan koleksi trofi di PSG.

Trofi Piala Dunia pastilah idaman Messi selepas dia sugul hanya menjadi naib juara pada 2014.

Pastinya dia berharap suwey Drake tak berjangkit kepadanya.

Beberapa bulan lalu, ramai peminat UFC menganggap sumpahan suwey Drake membuatkan Israel Adesanya kalah mengejut di tangan Alex Pereira.

Drake ketika itu meletakkan pertaruhan sekitar $1.5 juta pada ‘The Last Stylebender’ untuk mengalahkan petarung UFC dari Brazil itu.

Jika menang, dia akan membawa pulang lebih $2.2 juta keuntungan. Malangnya, Adesanya dengan mengejut kalah pada pusingan kelima dan menyerahkan kejuaraan kelas pertengahan beliau.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah