Brentford 3 Liverpool 1: The Reds Mulakan Tahun 2023 Dengan Kekalahan

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp tewas lagi dalam kempen yang penuh kesukaran untuk mereka musim ini.

Liverpool tewas mengejut 3-1 di tangan Brentford kerana beberapa kesilapan pertahanan. Kekalahan ini telah merosakkan lagi usaha Liverpool untuk cuba menduduki empat teratas musim ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp mengalami mimpi buruk pada permulaan tahun 2023 ddalam aksi pertengahan minggu.

Gol sendiri pada separuh masa pertama Ibrahima Konate telah memulakan aksi yang penuh dengan kesilapan di bahagian pertahanan Liverpool.

Yoane Wissa menggandakan pendahuluan Brentford, walaupun Alex Oxlade-Chamberlain berjaya mendapat satu gol.

Tetapi Bryan Mbeumo melengkapkan kemenangan pertama Brentford menentang Liverpool sejak 1938.

Dalam penampilan pertamanya sejak beraksi dalam kekalahan final Piala Dunia Perancis menentang Argentina pada Disember, Konate ternyata beraksi tidak meyakinkan.

Tetapi bukan satu satunya pemain yang harus menerima dalam kritikan. Kerana secara berpasukan, Liverpool serba tak kena di barisan pertahanan.

Mereka mempersia siakan peluang untuk merapatkan jurang mata dengan pasukan kelompok 4 teratas.

Kini Liverpool berada di tanga keenam, empat mata di belakang Manchester United di tempat keempat.

Brentford di tempat ketujuh dengan rekod enam perlawanan tanpa kalah dalam liga, termasuk kemenangan mengagumkan ke atas juara bertahan, Manchester City sejurus sebelum Piala Dunia.

Liverpool hadir dengan prestasi yang tidak kena berdepan dengan pasukan sedang dalam mood yang baik.

Darwin Nunez, pemain yang ditandatangani dari Benfica dengan harga £64 juta tahun lalu, terus bergelut dengan prestasi di barisan serangan Liverpool.

Pemain berusia 23 tahun itu melakukan 13 percubaan tanpa menjaringkan gol dalam dua perlawanan liga sebelum ini dan tidak bernasib baik sekali lagi pada babak awal di Stadium Komuniti Brentford.

Hantaran hebat Mohamed Salah menewaskan benteng pertahanan Brentford dan Nunez kelihatan pasti akan menamatkan kemarau jaringannya apabila dia sudah menggelecek David Raya.

Tetapi Ben Mee berjaya kembali untuk menghadang percubaannya.

Dengan persembahan yang tidak meyakinkan itu sudah pasti menjerumuskan skuad bimbingan Jurgen Klopp ke dalam masalah dan tewas lagi.

Tamat perlawanan Brentford 3 Liverpool 1.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.