Kes Bayar Pengadil, Barcelona Berdepan Hukuman Dilucutkan Kejuaraan Dan Disingkirkan Ke Liga Bawahan

Barcelona kini berdepan dengan hukuman serius jika didapati bersalah dalam tuduhan membayar pengadil untuk mendapatkan kelebihan dari sudut kesukanan.

Barcelona kini secara rasminya didakwa di mahkamah atas kesalahan melakukan amalan merasuah pengadil.

Kesalahan itu dilaporkan berlaku dari 2001 sehingga 2018.

Pendakwaraya menyatakan bahawa Barca telah membayar firma milik bekas pengadi Negreira yang ketika itu memiliki pengaruh dalam organisasi pengadil di Sepanyol.

Oleh kerana kes itu, 2 bekas presiden kelab Barcelona iaitu Sandro Rosell dan juga Jose Maria Bartomeu turut diminta tampil ke mahkamah.

Barcelona telah dituduh membayar sejumlah €7.3 juta di antara 2001 sehingga 2018. Pendakwaraya mendakawa bahawa bayaran itu adalah agar Barcelona mendapat kelebiha daripada pengadil ketika beraksi di atas padang.

Selain itu Barcelona malah boleh memilih mana pengadil yang mereka suka untuk mengadili perlawanan mereka.

Itu akan memberikan Barcelona dalam usaha memenangi trofi dalam sesuatu pertandingan.

Barcelona dilaporkan cuba menghentikan bayaran itu. Akhirnya menerima satu faks ugutan daripada Negreira yang mengancam akan mendedahkan tentang perkara itu jika dia dan beberapa pengadil lagi tidak mendapat bayaran seperti dijanjikan Barca.

Beberapa minggu lalu, Barcelona sudah menafikan dakwaan mereka membayar pengadil kerana mahu pengadil bersikap pilih kasih dan memihak kepada mereka.

Mereka menjelaskan bahawa bayaran itu adalah untuk membantu pegawai pasukan mereka dalam data dan analisis.

Data digunakan untuk kegunaan pemain. Di mana pemain akan mengenali corak pengadil seseorang pengadil yang berbeza.

Jadi, pemain pemain mereka akan dibekalkan informasi tentang bagaimana mereka boleh bertindak berdepan dengan pengadil yang berbeza.

Dan sekali lagi mereka membuat penafian perkara itu. Menyatakan bahawa Barca akan sedia bekerjasama bagi membersihkan nama baik kelab itu.

Presiden Barcelona, Javier Tebas sudah mengesahkan bahawa LaLiga akan memberikan kerjasama jika diperlukan oleh mahkamah.

Tebas malah mendesak agar Barcelona melakukan sendiri siasatan dalaman ke atas perkara itu.

Dan kini Barcelona berpotensi berdepan hukuman berat. Ini termasuk dilucutkan semua gelaran yang mereka menangi sepanjang tempoh mereka membayar wang kepada pengadil.

Perkara itu disahkan sendiri oleh presiden Mahkamah Sukan Catalan, Joan Maria Xiol.

Dia berkata: “Ada kemungkinan Barcelona boleh disingkirkan ke liga bawahan. UEFA kini boleh masuk campur dalam kes ini walaupun ianya tiada kaitan dengan peringkat antarabangsa [kes bayar pengadil hanya melibatkan pengadil dalam Liga Sepanyol].”

“Jika dapat dibuktikan salah laku, mahkamah akan bertindak dengan mengenakan lebih banyak hukuman. Antara senarai hukuman yang boleh dikenakan termasuk melucutkan kejuaraan daripada Barcelona.”

Jika ini berlaku, bermakna Barcelona akan kehilangan 10 kejuaraan La Liga, 7 Copa Del Rey dan 7 Supercopa Espana.

 

Baca yang lain