AFC: Power! Gol Lencongan Pawi Sedang Mendahului, Oscar Terciduk Teruk

Goo menarik sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid ketika menentang Shandong Luneng dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) tahun lalu kini sedang mendahului carta undian bagi kategori gol lencongan terbaik.

Berdasarkan kepada kedudukan undian semasa gol itu berpotensi dinobatkan sebagai gol lencongan terbaik sepanjang kejohanan itu.

Berdasarkan undian peminat di laman web Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), setakat jam 6.30 petang tadi gol Safawi Rasid sedang mendahului 50 peratus daripada undian.

Jaringan sepakan lencong dari kaki kiri yang dihasilkan pemain berusia 22 tahun terbabit pada 9 April 2019.

Dan gol itu sebelum ini sudah diundi sebagai jaringan kedua terbaik saingan ACL musim lalu.

Namun Mame Thiam sedang mengejar Safawi dengan 47% undian setakat ini.

Oscar jauh dibelasahnya.

Undian akan ditutup pada pukul 4 petang esok.

Pawi dan cut inside and score

Jika dulu kita mendengar Man Turn Man Score. Itu adalah signifikan kepada Azman Adnan. Ianya adalah perkara biasa dilakukan oleh No.9.

Jika anda pertahanan, prinsip dia adalah jangan bagi penyerang memutarkan badan (turn), kerana mereka akan menghadap gol dan boleh melakukan shot.

Namun bagi Safawi, dia adalah Wing attacker ataupun inverted winger. Jadi dia bukan tipikal penyerang yang memerlukan turn. Sebaliknya dia memerlukan cut inside supaya posisi badan dia beralih ke shooting zone.

Apabila dia berada di shooting zone dengan prime foot dia pada kedudukan untuk melakukan lencongan ke dalam / inside curler yang korang panggil in-swinger.

Mereka akan mencari far post Dan melencongkan bola.

Kenapa?

Near post bukan zon yang terbaik kau nak shot sebab keeper biasanya lebih menutup zon itu. Jika keeper kena near shot biasanya mereka akan kecewa kerana itu tak bagus.

Untuk menuju ke far post ada yang menembak dengan kekuatan (Power). Namun teknik ni kalau keeper berada di posisi baik dan strong hand mereka akan mudah mematikannya.

Sebaliknya jika penyerang sayap songsang itu menuju far post dan melakukan lencongan, mereka melarikan bola dari jangkauan penjaga gol pada titik tengah dan melencong masuk pada titik akhir.

Safawi sudah banyak kali melakukan benda ini. Jadi ini bukan kebetulan. Ia adalah kepakaran. Macam Arjen Robben. Bapa segala cut inside and score.

Bukan mudah nak berhadapan dengan inverted winger yang kemas dalam touches. Sebab nak matikan langkah mereka daripada masuk ke dalam, body positioning dan mata kena kat bola.

Tetapi kredit juga kepada Coaching staff di JDT dan juga pasukan lama beliau T- Team, serta Coach beliau masa akar umbi.

Kepakaran ni kena dibentuk dari muda dan dibangunkan supaya ia tak statik ataupun tak diguna pakai.

Jom nikmati gol Pawi yang dicalonkan itu.

Pawi cut inside Pawi Score.

Ya, anda akan tahu ke mana bola tu kalau dia berjaya cut inside dan eliminate pertahanan.

Saya sangat mengharapkan agar safawi Rashid memenangi Anugerah Ini kerana ia bakal memberikan legasi yang selayaknya untuk pakar cut inside and score ini.

Korang boleh undi dan tengok gol semua calon di sini:

Undi AFC

Baca yang lain