Ahli Keluarga Kandung Dele Alli Tuduh Pemain Itu Menipu Dan Sudah Di-brainwash

Pada 13 Julai 2023, pemain tengah England dan Everton, Dele Alli telah memberikan temu bual dengan Gary Neville untuk Overlap.

Bekas pemain Tottenham Hotspur itu mendedahkan dia didera secara seksual pada usia enam tahun dan mengedar dadah pada usia lapan tahun.

“Dua belas, saya telah diambil sebagai anak angkat oleh keluarga yang luar biasa seperti yang saya katakan, saya tidak boleh meminta orang yang lebih baik untuk melakukan apa yang mereka lakukan untuk saya.”

“Jika Tuhan mencipta manusia, itu adalah mereka” Dele memberitahu Overlap.

Menurut ahli keluarga kandung Dele Alli yang bercakap secara eksklusif dengan OJBSPORT, dia berkata Dele tidak pernah menjadi anak angkat mana mana individu.

Mereka tidak pernah merelakannya melainkan Alli sendiri yang pergi kepada keluarga yang dia ada pada hari ini.

Dan mereka menafikan pernah menghantar Dele Alli ke Afrika untuk menghukumnya bagi mendisplinkannya.

“Dele tidak pernah diambil sebagai anak angkat oleh sesiapa. Pada usia tujuh tahun, Dele menghadiri salah satu sekolah terbaik di Lagos, Nigeria. Dia tidak pernah dihantar ke Afrika sebagai hukuman disiplin.”

“Itu pembohongan secara terang-terangan. Dia ada pemandu [bas sekolah] yang menjemputnya setiap hari dari sekolah.”

“Kami mempunyai semua dokumen dan gambar Dele bersama ayahnya sejak dia dilahirkan sebagai seorang kanak-kanak. Dele telah dicuci otaknya.” kata ahli keluarga itu.

Dilahirkan di Milton Keynes, England pada 11 April 1996. Ibu Dele, Denise Alli mempunyai dua anak perempuan – Barbara dan Becky – daripada hubungan sebelumnya sebelum bertemu ayah Dele – Kenny Alli.

Mereka berpisah tiga tahun selepas Dele dilahirkan.

Kenny ialah seorang jurutera teknologi. Dia bertemu Denise Alli di sebuah kelab malam di UK semasa zaman dia belajar di Universiti.  Kenny mendapat ijazah Sarjana di Universiti De Montfort. Selepas itu, Kenny kembali ke Nigeria bersama Dele ketika dia berusia tujuh tahun.

Ahli keluarga itu menyatakan: “Kami pergi ke UK dari Nigeria dengan kelayakan akademik yang ada. Kami terpaksa bergelut dengan kehidupan seharian di sana, dan saya boleh memberitahu kamu bahawa kami adalah salah satu pacesetter untuk bidang IT di UK.”

“Selepas menamatkan pengajian Sarjana, Kenny kembali ke Lagos.”

Dele Alli Kongsi Kisah Perjuangan Melawan Kesihatan Mental Dan Ketagihan Pil Tidur

“Kenny selalu membawa Dele ke mana sahaja dia pergi di Nigeria. Kami bekerja keras untuk menjadi seperti kami hari ini.”

“Tiada siapa yang membawanya ke Nigeria sebagai hukuman mendisiplinkannya. Sebaliknya dia di Nigeria kerana Kenny tak nak berjauhan dengannya.” dedah ahli keluarga itu lagi

Semasa di Nigeria, beberapa tahun kemudian, Kenny berkahwin semula dengan seorang wanita warga Amerika Nigeria – Omotola Alli. Kenny dan Omotola memutuskan untuk berpindah ke Amerika Syarikat selepas perkahwinan mereka. Dele berumur 11 tahun ketika itu.

“Kenny memutuskan untuk membawa Dele ke ibunya di UK, dengan jangkaan bahawa dia akan datang untuk bertemu dengan Dele apabila dia menetap di UK.” kata ahli keluarga itu.

Bagaimana Alli boleh menjadi anak angkat?

Bercakap lebih lanjut, ahli keluarga itu menceritakan bagaimana Dele boleh menjadi anak angkat keluarga Hickford pada usia 13 tahun.

Siapakah Hitchford dan bagaimanakah Dele boleh bersama dengan mereka?

Menurut ahli keluarga ayah kandung Alli, keluarga Hickford sudah lama mahukan Dele Alli kerana melihat potensi Dele Alli sebagai pemain bola sepak.

Dia boleh menjadi pemain profesional dan meraih pendapatan lumayan apabila dewasa.

“Dele sentiasa meminati bola sepak sejak lahir. Dia sebenarnya menjadi sasaran keluarga Hickford. Hickford Allan dan Sally serta anak lelaki mereka Harry (dulu rakan sepasukan Dele dan kini ejennya).”

Anak lelaki Hickford, Harry dan Dele kedua-duanya memulakan kerjaya mereka dengan MK Dons, manakala Dele menjadi pemain bola sepak profesional, manakala Harry tidak dapat menjadi seperti Dele Alli.

Ibu bapa Harry iaitu Sally dan Alan pernah membawa Dele dan Harry ke sesi latihan dan menghantar Dele ke rumah ibunya selepas latihan.

Kenyataan ibu Alli pada 2018

Denise (ibu kandung Dele Alli) pernah bercakap dengan Mirror UK pada 2018 berkata: “Ketika dia berumur kira-kira 13 tahun, Dele mula berlatih di MK Dons lima hari seminggu. Jadi dia mula tinggal di rumah kawan baiknya pada minggu itu, dan pulang pada hujung minggu.”

“Ianya sukar untuk membiarkan dia tinggal berjauhan dari rumah, tetapi kami tidak mempunyai kereta dan sulit untuk Alli terus tinggal di rumah saya.”

“Dikatakan bahawa saya ketagihan alkohol dan saya melepaskannya kerana saya tidak dapat menjaganya, itu adalah satu pembohongan.”

“Saya mahu memberinya peluang terbaik untuk mencapai impiannya, tetapi dia masih anak saya dan saya ada untuknya bila-bila masa dia memerlukan saya.”

Kenyataan ibu Alli pada masa itu membuatkan pemain itu bengang dan menuduh ibunya cuba memburuk burukkan keluarga angkatnya. Yang menjadi titik tolak kepada terputusnya hubungan mereka anak beranak.

Dele Alli menipu

Kemudian ahli keluarga kandung Dele Alli menyambung cerita: “Ada sekali itu pada Rabu, Denise [ibu kandung Alli] menghubungi Kenny [ayah kandung Alli] menyatakan keluarga Hickford tidak menghantar Dele pulang seperti biasa.”

“Kenny segera menghubungi keluarga Hickford dan mereka merayu kepada Kenny untuk membenarkan Dele bermalam dengan mereka, kerana mereka mempunyai tempat yang selesa dan anak mereka berkawan baik dengan Dele.”

“Kenny bersetuju – tidak mengetahui bahawa Hickford mempunyai rancangan selama ini untuk merampas Dele. Begitulah cara mereka mula mencuci otak (Dele) dengan apa sahaja yang mereka lakukan.”

“Dia tidak pernah dihantar ke Nigeria untuk hukuman. Dia berkata dia mula menggunakan dadah pada usia lapan tahun, sedangkan dia berada di sekolah swasta di Nigeria ketika itu.” tegas Ahli keluarga itu lagi.

Temu bual Dele telah menghasilkan banyak reaksi dari seluruh dunia. Ramai yang kasihan dengan Dele Alli kerana masalah trauma pada masa kecil membuatkan dia mengalami masalah kesihatan mental dan ketagihan pil tidur.

Baca yang lain