Ahli Politik Ini Gesa Pak Ketum Rayu AFA Turunkan Messi Lawan Indonesia

Ketua Bahagian Belia dan Sukan DPP Parti Perindo, Effendi Syahputra meminta Ketua Umum PSSI Erick Thohir merayu kepada AFA agar Lionel Messi turun beraksi menentang Indonesia pada Hari Perlawanan FIFA 19 Jun ini.

Beliau menyampaikan demikian berhubung laporan yang dikemukakan oleh wartawan ESPN Argentina, Leo Paradizo bahawa Messi tidak akan ke Indonesia.

Messi dikatakan telah diberikan cuti untuk menyelesaikan urusan keluarganya di Miami. Selepas pemain itu memutuskan untuk berkelana ke Amerika Syarikat.

Dia baru sahaja memuktamadkan kontraknya dengan Inter Miami.

Lionel Scaloni turut dilaporkan mungkin akan melakukan penggiliran skuad ketika jelajah ke Indonesia dengan menurunkan skuad pelapisnya.

Berita itu membuatkan ramai penyokong Indonesia gelisah kerana mereka ingin menyaksikan kelibat Lionel Messi di Stadium Utama Gelora Bung Karno, 19 Jun ini.

Maka, seorang ahli politik dari Parti Perindo  meminta Erick Thohir melobi AFA persekutuan bola sepak Argentina untuk memastikan Messi datang melawat Indonesia.

“Kami berharap dengan jaringan bola sepak globalnya yang terkenal di Argentina, Pak Ketum [Ketua Umum] Erick dapat melobi Messi untuk mengubah fikirannya untuk melawat Indonesia,” kata Effendi.

Dia turut menyebut, suatu ketika dahulu legenda hidup Argentina, seperti Juan Sebastian Veron dan Javier Zanetti berkunjung ke Indonesia dan bertemu dengan Erick Thohir untuk menyediakan klinik kejurulatihan untuk pemain bola sepak B-16 Indonesia.

Jadi apa salahnya, Erick Thohir menggunakan hubungan akrabnya dengan legenda tersebut dalam membantu memastikan Messi datang.

“Pak Erick boleh memanfaatkan hubungan rapatnya dengan Javier Zanetti dan Juan Veron yang baru-baru ini melawat Indonesia untuk mempengaruhi keputusan Messi melawat Indonesia sebagai harapan jutaan pencinta bola sepak Indonesia,” katanya.

Seterusnya, PSSI sudah membayar jumlah yang besar untuk mendatangkan Argentina ke Indonesia, sekitar RM23 juta.

Dan tiket perlawanan pun sudah laku keras di Indonesia.

Namun sebenarnya, Messi mungkin akan tetap beraksi di Indonesia demi peminatnya di sana.

Baca yang lain