Alasan Aubameyang Tolak Perancis Dan Sepanyol Demi Gabon

Pierre-Emerick Aubameyang merupakan pemain yang panas di pasaran perpindahan. Dan beliau ketika ini sedang menikmati kejayaan menjulang Piala FA bersama dengan Arsenal.

Selain daripada dikenali dengan ketajaman di hadapan gol dan keraian gol yang ikonik, Aubameyang turut mengejutkan ramai pihak dengan keputusannya memilih untuk bermain untuk negaranya Gabon.

Nama Gabon mungkin asing bagi sesetengah orang berbanding dengan negara lain. Boleh dikatakan ramai juga yang sebelum ini tak tahu pun kewujudan negara tersebut.

Terima kasih kepada Aubameyang kerana menyumbang kepada publisiti mempromosi nama Gabon.

Aubameyang merupakan jejaka kelahiran Perancis, dengan ibunya kelahiran Sepanyol. Di dalam kariernya beliau sudah bermain di negara seperti Itali, Perancis, Jerman dan England.

Bermain untuk tiga pasukan nama besar iaitu AC Milan, Borussia Dortmund dan kini Arsenal.

Beliau boleh sahaja untuk memilih mewakili pasukan seperti Perancis, Sepanyol malah Itali sekalipun jika beliau mahu.

Dengan mudah sahaja beliau menjadi penyerang utama di negara negara tersebut. Malah mungkin sudah menjulang Piala Dunia bersama Perancis.

Namun Aubameyang ternyata merendahkan hatinya dengan memilih negara Gabon.

Aubameyang menyatakan beliau tidak menyesali keputusan itu. Ini kerana beliau menyatakan bahawa keputusan itu dibuat dengan sebaiknya kerana dia ingin mengikuti jejak ayahnya, Pierre-Francois Aubameyang.

Malah ayah beliau merupakan bekas kapten pasukan kebangsaan Gabon pada zamannya.

“Saya sangat muda ketika memilih negara yang ingin saya pertahankan. Biasanya, pemain lain sangat berhati-hati dalam memilih keputusan itu.”

“Saya boleh sahaja memilih untuk bermain untuk Perancis atau Sepanyol. Malah saya bermain untuk pasukan B-21 Perancis.”

“Namun, pilihan saya jelas dan saya ikut kata hati saya. Saya mahu mengikut jejak ayah saya. Dia adalah kapten Gabon pada masa lalu, “kata Aubameyang.

Sehingga kini, Aubameyang telah bermain lebih daripada 55 kaps dan menjaringkan lebih 20 gol untuk Gabon.

Aubameyang sentiasa berusaha untuk membantu negaranya mara ke kejohanan major. Namun bola sepak itu permainan 11 orang di atas padang.

Seperti ayahnya, beliau juga merupakan kapten pasukan kebangsaan untuk negaranya. Setianya kepada Gabon sangat kuat.

Beliau kini menjadi salah seorang produk terbaik dari Afrika. Namanya terus berkembang dan meningkat.

Aubameyang dianggap antara no.9 terbaik di dalam generasinya dengan statusnya sebagai penyerang yang konsisten menjaringkan gol pada setiap musim.

Beliau adalah tunjang penting dalam projek baharu di Arsenal di bawah Mikel Arteta.

Pastinya peminat Arsenal masih menunggu Aubameyang menurunkan tandatangan beliau pada kertas kontrak yang baharu.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi