Analisis: Bagaimana Akhirnya Guardiola Mendapat ‘Bonucci’ Menerusi Ruben Dias

Jika Jurgen Klopp mendapat Virgil Van Dijk yang menepati falsafah bola sepaknya, Guardiola apa kurangnya. Beliau mendapat Ruben Dias yang menepati profile CB yang diperlukan.

Dalam mencari bek tengah yang menggerakkan sistem moden bukan perkara  mudah. Ramai bek tengah di luar sana boleh menjadi penghantar bola ataupun playmaker dari belakang yang bagus.

Namun tak semua yang ada pakej lengkap / all rounder seperti Virgil Van Dijk, Gerard Pique [masa peak], Sergio Ramos, Matt Hummels serta bek tengah idaman Guardiola Leonardo Bonucci.

Kita sudah disuapkan dengan berita bahawa Guardiola mahukan Bonucci dalam kali dalam kariernya. Namun sayang sekali mereka tak pernah bersama. Dan mungkin salah satu gandingan terbaik yang kita tak pernah saksikan bergabung.

Kenapa Bonucci?

Bonucci adalah tipikal modern libeiro. Pemain yang boleh menjadi modern sweeper dengan menghantar bola bahaya / key passes dari belakang. Hantaran mereka bukan jenis sekadar hantaran tepat. Tetapi hantaran yang terus mencetuskan ancaman.

Variasi dan kualiti hantaran pemain seperti Bonucci adalah luar biasa.

Dalam mereka bagus dalam merencana serangan, pemain seperti Bonucci juga sangat bagus ketika bertahan. Ini kerana ciri ciri fizikal dan permainan lasak mereka. Ibarat mereka adalah spesis hibrid dalam padang.

Ruben Dias merupakan salah seorang pemain yang agresif ketika bertahan dan memiliki kemampuan kawalan bola yang sangat baik – persis pemain tengah.

Ini salah satu ciri tak mustahak pada ramai pengurus lain untuk seorang CB namun sebaliknya untuk Guardiola. Beliau mahukan kualiti seperti ini pada bek tengah beliau.

Dalam aksi berhadapan Man United baru baru ini Ruben Dias melakukan statistik luar biasa, di mana beliau mencatatkan 5 hantaran panjang yang tepat. Serta 92 hantaran tepat bersamaan dengan 92.4%.

Impak kepada pasukan

Oleh kerana beliau adalah pemain sistem yang tepat, maka impaknya juga dirasai oleh pemain lain di sekitarnya. Ibarat Virgil Van Dijk di Liverpool yang meningkatkan prestasi dan keyakinan pemain lain di sekitarnya.

Misalnya di City, prestasi John Stones musim ini meningkat naik. Seterusnya barisan pertahanan Man City meningkat mendadak dari segi kualiti berpasukan.

Gandingan mereka berdua pada ketika ini adalah antara gandingan bek tengah terbaik di Eropah.

Di mana, Dias terlibat dalam 11 clean sheet daripada 18 perlawanan untuk City musim ini. Luar biasa bukan?

Kepimpinan

Seterusnya adalah kepimpinan. Sesuatu yang dianggap tambahan paling bernilai dalam seseorang pemain. Tak semua pemain handalan boleh menjadi pemimpin.

Sama seperti Bonucci di Juventus dalam era moden Old Lady, di mana beliau juga seorang pemimpin yang sangat berkaliber. Ruben Dias baru berusia 23 tahun. Namun beliau sudah menunjukkan ciri kepimpinan yang sangat tinggi.

Dias sentiasa cuba menyusun barisan pertahanannya dan sentiasa mengingatkan rakannya.

Rumusan

Ruben Dias setakat ini menjadi salah satu pembelian terpenting Manchester City. Musim lalu mereka bergelut dengan prestasi pertahanan yang terumbang ambing.

Kehadiran Dias ternyata memberikan impak yang diharapkan. Namun bola sepak itu sukan yang berkaitan dengan pembangunan berterusan. Dias harus memastikan dirinya mampu terus meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa.