Analisis: Dilema Man United Di Bawah Ole Pada Derbi Manchester

Ole Gunnar Solskjaer pastinya tidak mahu mengambil risiko untuk bermain secara terbuka menentang Man City. Sebelum ini mereka pernah cuba bermula dengan open game berdepan Liverpool. Dan teruk mereka kena 4 gol separuh masa pertama.

City dan Liverpool memiliki laras bahasa bola sepak yang hampir sama. Kedua duanya sukakan penguasaan bola tinggi dan high pressing.

Namun perbezaannya, City lagi gilakan penguasaan bola berbanding Liverpool dan mereka akan menjadi sangat fluid kalau dibiarkan.

Dia macam ni, kalau kau langsung tak dapat kacau aliran bola tu, dia dah jadi macam piston pada enjin, semakin lama semakin lancar ia bergerak.

Jadi, Man United bermula dengan sistem yang lebih defensif dalam perlawanan ini. Menarik ramai pemain ke pertahanan. Sehingga mereka membentu 6 ke 7 pemain di garisan pertahanan paling bawah.

Namun masalah utama mereka adalah mereka tidak cukup bagus bertahan di zon terlalu ke bawah. Membenarkan lawan macam City menguasai zon defensive third mereka memang akan mengundang masalah.

Lebih lebih lagi, kesilapan pemain pertahanan kerana berdepan banyak ancaman. Contoh terbaik adalah gol sendiri Bailly. Itu semua risiko bermain di low block tactic.

Seterusnya, kita sendiri tahu, Man United musim ni banyak sangat kesilapan defensif mereka. Gol pertama jelas sekali defensive error. Gol kedua walaupun tak dicatatkan secara stats sebagai defensive error, namun Luke Shaw melakukan kesilapan asas bertahan.

Tak sedar lawan di belakang. Tak mengeluarkan bola, itu keutamaan.

Ole sendiri menyatakan bahawa Man United terkesan dengan gol awal daripada lawan. Kemudian gol itu pula adalah own goal pemain mereka sendiri.

Serangan balas

Bila bermain di low block, mesti ada serangan balas yang tajam untuk mencari gol. Ini bukan kelab macam Stoke yang nak bertahan dan peminat akan hargai kalau tak menyerang langsung. Tak!

Ini Man United. Kalau main bertahan, pun kena ada serangan balas tajam. Dulu Jose Mourinho selalu buat. Sampai ada peminat Man United anggap sistem bertahan Mourinho adalah masterclass, kerana mereka masa tu selalu menang dengan sistem ini. Takpun, sekurang kurangnya menghampakan team macam City ni daripada dapat 3 mata.

Tapi, bola team tak menang, Mourinho akan dikecam juga kerana parking bas. Jadi, syarat nak main bertahan dengan nama United, kena menang dan ada serangan balas lawa.

Tapi itu tak ada. Apabila menarik ramai pemain ke bawah. Ianya memerlukan pemain melakukan sprint yang jauh ke atas. Abang Do dah 36 tahun, nak suruh dia berlari dari bawah ke atas memang naya la.

Ini adalah posisi Man United secara purata:

Dan ini pula Man City:

Mereka ada opsyen Mason Greenwood. Malangnya pemain ini berdepan dengan pemain macam Cancelo.

Seterusnya, mereka tak ada fullback yang benar benar progresif dengan bola. Luke Shaw bagus dalam crossing tapi bukan progressive fullback. Dia perlu pergi ke atas dan menunggu di sayap untuk menerima bola dan melakukan cross.

Wan Bissaka memang bukan progressive. Tak perlu nak berdebat pasal ini.

Progresif di sini, korang bayangkan saja Jordi Alba di Barca masa prime. Dia boleh menggelecek, boleh playmaking di wide area. Dan gerakan dia mencetuskan ancaman. Wan Bissaka, gerakan dia banyak terlalu direct.

Liverpool ada dua fullback progressive, seterusnya City pun ada dua. Chelsea ada Reece James sekarang ni. Namun United tak ada. Jadi, bila winger mereka mati kutu nak gerakan bola dari bawah, mereka hilang shape di bahagian sayap kerana tiada opsyen lain.

Seterusnya Man City berjaya mengenakan pressing dan menghancurkan serangan balas itu lebih awal. Cuma pada lewat separuh masa pertama City agak toleran sikit dan membenarkan United bergerak lebih jauh.

Pada separuh masa kedua, Ole menggunakan sistem back 4. Sebab mereka ketinggalan 2-0. Ayuhlah, United kot, home game, lawan City.

Namun Guardiola ada plan dia sendiri. Dia tak terlalu agresif dalam permainan. Sebaliknya membuli Man United dengan menggerakkan bola ke kiri ke kanan ke depan ke belakang. Mereka mahu United mengejar bola seperti sesi rondo.

Itu yang dikatakan Roy Keane, City memperbudak budakkan pemain Man United. Di tengah, Man United tak ada cengkaman langsung di situ. Statistik Fred ni benar benar sayu.

Sekali lagi taktikal Ole gagal

Tiada pemain jelmakan magis secara individu

Sebelum ini dalam dua aksi berdepan Atalanta, Man United bermain teruk secara taktikal. Namun ada pemain yang muncul dengan magis individu iaitu Cristiano Ronaldo.

Musim lalu, pada separuh kedua musim, Bruno Fernandes selalu menjadi pemain yang akan keluar secara individu ‘carry’ pasukannya dan mendapatkan keputusan yang bagus daripada aksi yang kurang bagus.

Begitu juga dengan Cavani yang seringkali memberikan impak.

Kali ini, apabila kualiti individu gagal dijelmakan, taktikal Ole jadi haru biru.

Mungkin De Gea la satu satunya yang menjelmakan magis individu mengelak daripada kalah 4 atau 5 gol.

Rumusan

Man United sekarang adalah pasukan yang di dalam dilema. Apa yang Ole nak buat dalam perlawanan besar macam ni? Nak bermain secara head to toe, lawan terus dengan open game? Mereka kalah.

Nak main defensif, serap tekanan dan cuba menghampakan mentaliti lawan dengan permainan destroying, ini pun tak menjadi.

Seterusnya, dalam game berdepan Liverpool, Klopp sudah memikirkan cara memanipulasi taktikal Ole yang dilihat cuba memanipulasi Mo Salah.

Di mana dia menyuruh Luke Shaw man marking Salah. Tapi Klopp suruh Salah pergi press Maguire awal awal dan Shaw pun pergi dekat Maguire selalu.

Dalam game ni, Ole cuba bermain zonal marking untuk menyukarkan City dapat ruang di low block dan bermain dengan back 5 sebagai asas.

Guardiola pula dah tahu itu yang akan dilakukan Ole dan bermain dengan sistem attacking 4 yang flat di atas.

Ini satu lagi contoh:

Boleh dikatakan Ole Gunnar Solskjaer tidak ada pelan taktikal yang benar benar menjadi tunjang pasukannya.

Dengan kualiti pemain yang beliau ada, jika Ole ada DNA taktikal yang lebih bagus dan jelas difahami oleh kesemua pemain, dengan bercakap bahasa taktikal yang sama, bergerak dengan nada taktikal yang sama, pasukan United ini sangat menggerunkan. Mereka ada Pogba, kalau dia boleh bermain, mereka ada Bruno Fernandes, pemain tengah prolifik, mereka ada Rashford yang laju, ada juga Varane di belakang, De Gea sudah kembali menemui sentuhannya.

Lepas tu ada Sancho dan Ronaldo yang sangat tajam kalau diberikan bola yang cantik kepadanya. Namun sekali lagi Ronaldo tidak mendapat servis lebih baik.

Baca yang lain