Analisis: England Hanya Perlukan 2 Gol Untuk Menjuarai Kumpulan D

Pasukan yang diminati ramai England telah layak ke pusingan ke-2 dengan bergaya apabila berjaya menjadi juara kumpulan D.

England hanya perlukan 2 gol untuk mengenepikan cabaran dari Croatia, Republik Czech dan Scotland.

Skuad bimbingan Southgate sebenarnya agak kurang menjaringkan gol sejak perlawanan persediaan EURO 2020 lagi dan ia dipanjangkan ke aksi sebenar.

Hanya 2 gol untuk juarai kumpulan

Pada 2 perlawanan persahabatan England sebelum turun ke kejohanan Piala Eropah, pasukan ini merekod 2 kemenangan. Menewaskan Austria (1-0) dan Romania (1-0).

Ia sebenarnya petanda bahawa pasukan yang diberi jolokan the three lions ini tidak akan mejaringkan banyak gol pada perlawanan seterusnya.

Pada peringkat kumpulan England hanya menjaringkan 2 untuk menjuarai kumpulan D dengan mengutip 7 mata (M2, S1, K0).

Ia menjadikan jaringan paling sedikit yang dicatatkan dalam sejarah EURO untuk menjuarai kumpulan. Ke ada yang scored 1 gol lepas tu jadi juara kumpulan?

2 Gol dari Sterling

Walaupun mendapat kritikan tentang penglibatannya dalam permainan tetapi Sterling menunjukkan dirinya penting untuk berada dalam kesebelasan utama.

Penyerang sayap ini meyumbang secara terus kejayaan England menjuarai kumpulan D.

Gol England di peringkat kumpulan adalah 100% (2/2) dari Sterling. Sterling hampir mengumpul 3 gol namun lob awal ketika menentang Republik Czech hanya singgah di tiang gol.

Mason Mount dan Phil Foden lebih banyak terlibat dalam membentuk permainan England tetapi Sterling lebih menyumbang apabila menjadi penjaring gol pasukan.

Bagaimana rupa England tanpa 2 jaringan dari Sterling itu?

Bagaimana nasib Harry Kane?

Jika corak keputusan sekarang, penjaring terbanyak EPL 2020/21 dan penjaring terbanyak Piala Dunia 2018 ini bakal mengalami kesukaran untuk menjaringkan gol.

Percubaan tepat pertama Harry Kane hanya berlaku selepas England mengharungi 3 perlawanan. Malah sejak 3 perlawanan lepas Kane hanya mengumpul 3 percubaan, 2 darinya tersasar.

Pencubaan terhad tersebut bakal melihat penyerang ini perlu menunggu lebih lama dalam pencarian gol pertamanya.

Namun isu tersebut tidak menjadi masalah besar selagi Jordan Pickford dan unit pertahanan terus ampuh mengelak gawangnya dibolosi.

Baca juga

Analisis: Belanda Tampilkan Peningkatan Pada Setiap Perlawanannya

Back 4 lebih baik berbanding Back 3

Sejak 3 tahun lepas Southgate menggunakan 2 formasi iaitu 4231 dan 343. Pada kempen kelayakan Piala Eropah Southgate menjadikan 4231 formasi asas pasukannya dan di UEFA Nation League 2019/20 Southgate bereksperimen dengan formasi 343.

Pengurus ini kembali menggunakan 4231 pada tahun ini sama ada di kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Eropah 2020.

Statistik menunjukkan England lebih berjaya dengan 4231 apabila hanya kalah 11% (2/18) berbanding 20% (2/10) ketika menggunakan 343.

England tidak dibolosi sejak 5 perlawanan lepas walaupun Southgate melakukan penggiliran kuat di barisan pertahanannya.

Pada 3 perlawanan peringkat kumpulan hanya John Stones yang kekal bermain dalam kesemua perlawanan.

Ujian getir di Pusingan 16 pasukan

England menjadi juara kumpulan D, situasi itu mengundang bahaya apabila bakal dijadualkan bertemu dengan naib juara kumpulan maut, F.

Sama ada Jerman, Portugal atau Perancis bakal menjadi potensi lawan mereka. Ketiga-tiga pasukan memiliki unit serangan kuat.

Portugal dengan Ronaldo, Jerman dengan peningkat hebat di bahagian wingback membantu serangan dan Perancis dengan Kylian Mbappe.

Ini semua akan menjadi ujian sebenar buat England yang tidak bolos sejak 5 perlawanan sebelum.

Baca yang lain