Analisis Melaka Lwn Pahang: 5 Perkara Menarik Tentang Perlawanan Ini

Kedua-dua pasukan turun untuk mencari kemenangan pertama dalam perlawanan ke-3 Liga Super. Pahang baru sahaja memecat Thomas Dooley dan Dollah Salleh kembali mengemudi skuad itu.

Dooley agak lantang mengkritik, dia merungut padang latihan Sri Pahang seperti kelab divisyen 8 Jerman. Selepas itu kritikan tentang sikap pemain yang kurang mengambil inisiatif sendiri untuk memajukan diri.

Situasi itu tidak memihak kepadanya apabila Dooley tewas dalam 2 perlawanan awal di tangan Selangor (1-3) dan Perak (0-2). Ia menamatkan terus kariernya di bumi Pahang walaupun sambutan kedatangannya agak meriah.

Dooley menjadi jurulatih pertama dipecat selepas kurang 9 hari liga Malaysia membuka tirai.

Sementara itu Melaka United yang tidak tewas dalam kesemua perlawanan persahabatan meneruskan rekod tersebut. Namun sedikit mengecewakan mereka hanya seri 3 perlawanan liga walaupun tidak kalah.

LAPORAN PERLAWANAN

Permainan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 0-0, kedua-dua pasukan gagal melakukan sebarang percubaan tepat dan bahaya ke arah gawang lawan.

13 minit awal hanya berkisah tentang kecederaan yang dialami oleh penjaga gol Pahang, Helmi Eliza Alias. Dia kemudiannya dikeluarkan, Zharif Irfan masuk menggantikannya.

Melaka United dan Pahang masing-masing mempunyai peluang baik untuk meletakan pasukannya dihadapan. Gerakkan cantik Azam Azih yang melorongkan bola kepada Baquiddin Shamsudin melewati palang.

Selepas itu giliran Pahang mencipta peluang apabila hantaran lintang dari Alex gagal ditampan kemas oleh Wan Zahrulnizam Zakaria.

Secara keseluruhan peluang yang dicipta agak terhad. 0 percubaan tepat dicatat oleh kedua-dua pasukan.

Babak kedua juga bermula agak perlahan sehinggalah permainan memasuki minit ke-69.Dua percubaan dalam tempoh seminit dari pemain pertahanan Pahang Mamadou Wague dan Muslim Ahmad berjaya diselamatkan oleh Zharif.

Dua minit berselang tapping dari S.Kumahraan mengegar palang gol. Jika tidak pemain ini sudah mencetak gol dalam 3 perlawanan berturut-turut.

Dollah Salleh melakukan 3 pertukaran serentak namun tidak membuahkan hasil, malahan Melaka United hampir keluar sebagai pemenang tetapi tiang menjadi penyelamat pasukan Pahang.

Alex merampas bola dari pemain Pahang dan menghantar kepada Sony Norde, rembatan dari pemain berusia 31 tahun itu hanya singgah di tiang gol.

5 perkara menarik tentang perlawanan ini

Sehari sebelum perlawanan Dollah kembali membimbing Pahang

1.DOLLAH KEMBALI

Perkara pertama boleh digariskan tentang perlawanan ini adalah Dollah Salleh kembali. Selain isu 2 kekalahan, kenyataan Dooley berkaitan fasaliti kelab dan pemain di media mungkin tidak disenangi oleh beberapa pihak.

Dollah masih belum menggunakan primary formation dan pelan permaianannya lagi. Sebelum ini Dollah hanya memerlukan seorang pemain tengah untuk digandingkan dengan Azam Azih.

Selama dua musim Safuwan Baharuddin menjadi pasangan pemain tersebut sebelum Adam Reed datang mengisi kekosongan itu. Semalam Azah bersama Lee Tuck dan Herard Goulon menjadi jentera tengah pasukan.

Adakah Dollah gemar menggunakan 3 pemain tengah?

Sentuhan dari Kumaahran mengegar palang

2.ZAINAL 2 KALI MENUKAR PELAN PERMAINAN

Zainal mempunyai sedikit percaturan berbanding Dollah yang lebih santai. Melaka United turun dengan sistem 4-3-3 dengan Norde dan Kumaahran beroperasi di bahagian wing attacker. Alex merupakan center forward yang sering drop deep untuk mendapatkan bola.

Pada pertengahan permainan Zainal mengarahkan Wan Zahrulnizam bermain di sayap kiri. Norde masuk kebahagian tengah serangan. Ia membentuk 4-4-1-1 bagi memberi lebihan pemain di dalam kotak penalti.

Pada 1/3 perlawanan terakhir Zainal kembali menguatkan pertahanan dengan memasukan Faris Shah Rosli di posisi defensive midfielder. Norde kembali ke wing attacker dan Zahrulnizam dikeluarkan.

Percaturan itu hampir membuahkan hasil. Pahang gagal memberi ancaman kuat dan Melaka United 2 kali hampir mendapat jaringan namun tiang menjadi pemusnah harapan mereka.

3.ALEX & BOKHASHVILLI DALAM TEKANAN

Alex lebih menarik berbanding Yevhen Bokhashvili. Pemain kelahiran Lubnan itu lebih aktif bergerak untuk melibatkan diri dengan gerakan dan bola.

Bokhashvili pula agak sunyi. Pemain Ukraine itu hanya menunggu bola di area sendiri, agak malang rakan sepasukannya tidak mencipta sebarang hantaran baik untuknya.

Kedua-dua penyerang ini masih belum mencetak nama sebagai pejaring gol. Lebih lama mereka kemarau jaringan lebih tekanan mereka akan hadapi kerana mereka adalah penyerang utama pasukan.

4.HERARD GOULON SEBAGAI DEFENSIVE MIDFIELDER

Umum mengetahui Goulon sememangnya pemain defensive midfielder tetapi dia datang ke dalam skuad Dollah atas keperluan center back. Selama 2 musim Dollah menggunakannya di posisi tersebut.

Goulon cemerlang, menjaringkan 7 gol pada tahun 2019 dan 2 gol pada tahun lepas. Goulon agak berguna dalam situasi bola mati.

Bagaimanapun Goulon tidak mempunyai mobiliti kuat untuk berlari ke arah rakan sepasukan untuk mendapatkan bola. Kehadiran Lee Tuck menjadikan Pahang mempunyai 2 pemain sama di bahagian tersebut iaitu pemain yang akan turun mendapatkan bola bagi membina serangan.

Dollah perlu menyelesaikan masalah tersebut seperti mengekalkan Lee Tuck di tengah atau menolak ke pemain tengah sisi seperti yang dilakukan oleh Terengganu.

Terengganu meraih manfaat baik ketika mereka menolak Lee Tuck ke bahagian sisi. Pemain berjambang oren itu menyumbang 6 gol, 5 gol terhasil dalam 4 perlawanan terakhir liga musim lepas.

Paparan kaca televisyen menunjukkan Wague menerima kad kuning minit 24 dan 86

5.KAD KUNING MENGELIRUKAN

Salah satu isu kecil menarik berlaku dalam pertemuaan ini adalah kekeliruan tentang kad kuning yang dilayangkan oleh pengadil perlawanan, Nafeez Abdul Wahab.

Paparan di kaca TV menunjukkan Wague dilayangkan kad kuning pada minit 24 dan 86 tetapi kelibat pemain ini masih kelihatan di atas padang sehingga perlawanan tamat.

Kekeliruan iru berlaku kerana terdapat 2 kekasaran serentak pada minit ke-24. Pedro mengasari Syamim Yahya disusuli Wague menjatuhkan Alex.

Kad kuning itu dilayangkan kepada Pedro, kekasaran Wague berlaku selepas Nafeez sudah menghentikan permainan.

APA SETERUSNYA

Sri Pahang akan menanti kunjugan Sabah di Darul Makmur pada 16 Mac ini, Sabah ketika ini sudah boleh menurunkan barisan terkuatnya selepas beberapa pemain import mereka sudah menamatkan tempoh kuarantin.

Melaka United bakal menghadapi perlawanan getir bertemu Terengganu pada 17 Mac di Stadium Sultan Zainal Abidin.

Baca yang lain