ANALISIS: Pemain Sistem Dalam Pasukan Big Six EPL

Pemain sistem / system player adalah pemain yang menjadi tunjang/ core kepada sistem permainan sesebuah pasukan.

Mereka tidak semestinya bintang utama di dalam pasukan. Misalnya Barcelona era Xavi-Iniesta dahulu, di mana pemain sistem mereka ialah Sergio Busquets.

Mereka ni biasanya mempengaruhi prestasi pasukan pada kadar tinggi. Impak mereka jelas dan ketika mereka tak ada, biasanya pasukan akan bergelut.

Apabila mereka world class, pasukan pun world class.

Berikut adalah senarai pemain sistem melibatkan 6 pasukan utama di EPL.

1. Liverpool  – Roberto Firmino

Beliau merupakan floating attacker. Firmino bukanlah pure no.9, namun beliau bermain di peranan itu sebagai false no.9.

Jika korang peminat Dennis Bergkamp satu ketika dahulu, korang akan faham apakah yang diberikan pemain ini kepada pasukan.

Kalau korang cuba menilai Bergkamp menerusi gol dia jaringkan, korang tak akan tahu pentingnya beliau kepada pasukan.

Begitu juga Firmino. Namun pemain seperti ini harus dicerna dari segi fungsi mereka di atas padang.

2. Manchester City – Bernardo Silva

Soccer Football – FA Cup Fourth Round – Manchester City v Burnley – Etihad Stadium, Manchester, Britain – January 26, 2019 Manchester City’s Bernardo Silva gestures Action Images via Reuters/Jason Cairnduff

Sebenarnya, sebelum ini system player untuk Man City adalah David Silva. Namun peranan itu secara perlahan lahan diserahkan kepada Bernardo Silva.

Kevin De Bruyne lebih kepada workhorse kepada pasukan. Namun Bernardo Silva adalah kunci untuk membuka kesemua pemain di sekitarnya.

Pemain yang lincah dan kreatif. Beliau merupakan playmaker yang boleh beroperasi di wide area dan juga di tengah.

3. Chelsea – Jorginho

Untuk pasukan Chelsea, Jorginho adalah system player untuk Frank Lampard. Pemain ini sudah dijadikan system player oleh Maurizio Sarri musim sebelum ini lagi.

Namun beliau struggle untuk mencipta lebih impak dalam permainan. Kredit kepada Lampard yang terus mengekalkan proses pembentukan oleh Sarri.

Bak kata orang, tak perlulah kita perbaiki benda yang tak rosak.

Jorginho ni bukan rosak, tetapi perlu diperkasakan lagi agar satu pasukan memahami beliau dan beliau memahami pasukan baharunya.

4. Manchester United  – Pogba / Bruno Fernandes

Ketika Ole Gunnar Solskjaer masuk ke Man United, salah satu sebab beliau berjaya mendapatkan rentak luar biasa ketika itu adalah kerana Paul Pogba.

Pogba on form, Man United on form. Pogba world class, Man United world class.

Namun selepas itu isu kontrak mengganggu pemain ini dan sifir dia adalah, Pogba gagal bermain baik, makan United dalam masalah.

Selepas itu beliau mengalami kecederaan pula.

Maka dengan pembelian Bruno Ferrnandes pada Januari lalu. Beliau memperkasakan semula sistem Ole Gunnar Solskjaer yang mahukan roaming no.8 di dalam pasukan.

Agak menarik, kerana selepas ini Pogba akan kembali dan bergandingan dengan Bruno Fernandes.

Namun biasanya, system player ini harus seorang sahaja di tengah. Siapa agaknya? Rasanya Pogba tiada masalah untuk bekerja dalam sistem berasaskan Fernandes bukan?

5. Arsenal –

Maaf untuk Arsenal buat masa ini, mereka reset segalanya. Ozil adalah system player mereka sebelum ini.

Namun musim ini Unai Emery bermula dengan cuba mengeluarkan Ozil daripada pasukan kerana menurut Unai Emery pemain ini tak cukup intensif untuk bermain fast football.

Kemasukan Mikel Arteta memasukkan semula Ozil di dalam pasukan.

Namun dengan cuti koronavirus ini, Mikel Arteta sebenarnya masih menentukan siapakah system player beliau sebenar. Aubameyang sudah ditolak ke wide area.

Jika Pepe boleh bermain dengan prestasi konsisten, saya melihat beliau antara calon terbaik. Mungkin juga Granit Xhaka?

6. Spurs – Dele Alli

Tiada keraguan lagi, ketika Mourinho mengambil alih Spurs, pemain pertama yang dia jumpa dan menyembang lama adalah Dele Alli.

Pemain ini memiliki kunci yang penting kepada sistem Spurs.

Namun masalah Dele Alli musim ini adalah prestasi turun naik. Maka Spurs pun jadi turun naik.

Beliau pemain yang boleh menjadi shadow striker di atas padang daripada pergerakan dari deep area. Susah nak marking pemain ini apabila dia menjadi shadow striker kerana positioning dia memang tipikal macam pure no.9.

Maklumlah ada override mode kan? Haha.

Baca yang lain