Analisis Perak Lwn Terengganu: Nafuzi Sekali Lagi Menampilkan Variasi Idea Dalam Pelan Permainan Dan Ianya Berhasil

Serangan ketiga dalam tempoh 3 minit akhirnya membuahkan hasil. Ia berpunca dari hantaran lintang dari Konate yang ditanduk oleh Mitah. Bola terkena paling dan kemudiannya Faisal melakukan sepakan menuju ke dalam gawang lawan.

Memasuki minit ke-30 tempo permainan semakin menurun dan hanya melihat banyak percubaan melambung atau berjaya dihadang oleh pemain lawan dari kedua-dua pasukan.

Tempo tersebut terus berlarutan pada babak kedua, Perak lebih banyak melakukan gerakkan serangan tetapi tiada produk akhir berjaya dilakukan oleh penyerang mereka.

Pada babak kedua, percubaan tepat hanya muncul pada minit ke-76 yang berjaya diselematkan oleh Rahadiazli Rahalim. Carera sekali lagi melakukan percubaan tepat pada minit ke-89.

Pada penghujung perlawanan Marcel berjaya melepaskan satu placing menarik untuk menewaskan Hafizul dari dalam kotak penalti. Terengganu menang dan mengutip 9 mata maksima selepas 3 perlawanan untuk mengekori rapat JDT di carta liga.

5 perkara yang digariskan mengenai perlawanan ini.

1. TERENGGANU AGRESIF MENYERANG SEHINGGA GOL PERTAMA

Terengganu menyerang secara agresif pada 25 minit pertama. Makan Konate dan Faisal Halim menjadi sumber kreativiti dan hantaran kedalam kotak penalti lawan. 5 percubaan dilakukan sepanjang 23 minit awal tanpa sebarang percubaan tepat dari pihak lawan membuktikan Terengganu cukup baik dalam tempoh tersebut.

Serangan demi serangan itu berhasil mencipta 1 gol. Ia menjadi bekal pasukan sehingga minit ke-90 sebelum Marcel menambah 1 gol lagi pada penghujung pelawanan.

2. TERENGAANU KENDURKAN SERANGAN

Selepas setengah jam permainanan Terengganu mula mengendurkan serangan. Faisal mengalami kecederaan kaki dan pemain itu dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Nafuzi Zain menukar pelan permainan dengan mengarahkan pemain bermain lebih kebawah dan hanya menyerang melalui serangan balas pantas.

Terengganu bertahan dengan shape 4-4-2, Konate berada sebaris dengan Mitah untuk berada dalam kedudukan bersedia apabila pasukan mahu melakukan serangan pantas.

3. PERAK MENGUASAI PERMAINAN TETAPI TIADA PRODUK AKHIR

Terengganu membenarkan Perak menguasai permainan. Amirul Azhan dan Nazirul Naim mula naik ke atas untuk memberi sokongan kuat ketika menyerang.

Guilherme kerap turun kebawah untuk terlibat dengan bola sementara itu Careca sentiasa berada di sebelah kiri serangan. Situasi itu meletakkan Perak tiada pemain sasaran utama dalam kotak penalti.

Majoriti percubaan dilakukan oleh Carera di luar kotak penalti.

4. PERAK MENGUTIP BANYAK KAD UNTUK MEMATAHKAN SERANGAN TERENGGANU

Pelan permainan kedua Terengganu berjaya dipatahkan oleh Perak namun mereka terpaksa membayar harga mahal apabila mengutip 4 kad kuning untuk mematahkan serangan pantas lawan.

Hakimi 3 kali membuat pecutan dan pemain Perak perlu menjatuhkannya sebelum pemain tersebut melepasi bahagian tengah menuju ke final third.

Khairul Azahan penerima kad pertama sebelum Kenny Pallraj melakukan bentesan dari belakang untuk menghentikan Hakimi. Rafiuddin Roddin juga dilayangkan kad kerana terpaksa melakukan tactical fouled.

Leandro menjadi pemain ke-4 pada minit 64 apabila menjatuhkan Konate.

5. SERGIO AGUERO

Pemain yang dipinjamkan dari Sri Pahang, Sergio Aguero dibawa masuk menggantikan Rafiuddin Roddin untuk memberi tekanan dibahagian atas  kepada Terengganu ketika menguasai permainan. Namun percaturan itu tidak berkesan, Aguero tidak memberi impak besar kerana dia kepenatan.

Dia tidak mempunyai rehat untuk perlawanan ini kerana telah bermain bersama Perak II sehari sebelum perlawanan ini. Pemain berbakat mereka Adib Raop juga dibawa masuk menggantikan Farhan Roslan bagaimanapun Arif Fadzilah berjaya mengekang pemain sayap kanan ini dari menyalurkan hantaran lintang kedalam kotak penalti.

RUMUSAN

Nafuzi Zain dan Chong Yee Fatt cuba menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku dalam pasukan mereka dalam perlawanan ini. Nafuzi melakukan perubahan pelan permainan apabila mereka mendahului dan Faisal mengalami kecederaan.

Sementara itu Yee Fatt pula menambah kekuatan serangan ketika buntu mendapatkan jaringan walaupun menguasai permainan disaat Terengganu mengedurkan serangan.

Hasil akhir memihak kepada Terengganu. Sebelum perlawanan ini Terengganu tidak pernah menang menentang Perak sejak 2018 atau sejak 5 pertemuan terakhirnya.

Baca yang lain