Anggap Pembelian Casemiro Sebagai Teruk, Sir Jim Ratcliffe Dituduh Saja Nak ‘Tunjuk Pandai’

Belum pun ada sebarang kepentingan dalam Man United, Sir Jim Ratcliffe sudah melontarkan pandangannya kepada scouting Man United.

Di mana dia menegaskan bahawa pembelian kuda tua seperti Casemiro sebagai pembelian yang teruk.

Sir Jim Ratcliffe mahu merevolusikan pengurusan tertinggi Man United jika dia berjaya mendapatkan hak pegangan 25% saham di Man United.

Dia sudah merancang mahu membawa masuk Pengarah Sukan baharu di Old Trafford. Dengan beberapa calon sudah dalam senarainya termasuk bekas Pengarah Sukan Liverpool, Michael Edwards.

Jim Ratcliffe sedar bukan mudah untuk membawa Edwards ke Old Trafford kerana sebelum ini pernah menolak tawaran pihak Glazer kerana dia pernah bekerja untuk Liverpool.

Sir Jim Ratcliffe mahu mencadangkan agar Man United melantik Paul Mitchell sebagai pengarah sukan Man United yang baharu.

Sir Jim Ratcliffe benar benar yakin Paul Mitchel seorang pengarah sukan luar biasa cuma bakatnya agak tidak ditonjolkan di kelab besar.

Dia sebelum ini pernah bekerja untuk Spurs dan juga AS Monaco. Dan sangat berminat untuk kembali semula ke EPL. Pada 2022 lalu dia menjadi calon untuk mengisi tempat Pengarah Sukan di Chelsea namun Clearlake-Boehly akhirnya melantik Laurence Stewart sebagai Pengarah Sukan bersama dengan Paul Winstanley.

Sir Jim Ratcliffe turut mahu memujuk Glazer agar membawa masuk CEO INEOS, Jean Claude. Dia menjadi watak penting dalam melebarkan pengaruh INEOS dalam arena sukan termasuk dalam sukan bola sepak, ragbi, Formula 1 dan berbasikal. Dia juga pernah berkerja dengan kelab gergasi seperti Juventus dan PSG.

Dan kemudian dia mengkritik United melakukan perpindahan yang teruk ketika membeli Casemiro dari Real Madrid dengan perpindahan bernilai £60 juta.

Pandangan Sir Jim Ratcliffe itu kurang menyenangkan ramai peminat United. Mereka mengakui Casemiro bukan pemain untuk jangka panjang namun untuk menggelarkannya perpindahan yang teruk, ianya tak boleh diterima.

Seterusnya harga Casemiro sangat tinggi kerana Man United melakukan pembelian panik selepas Frenkie De Jong gagal dibeli. Mark Goldbridge berkata: “Tak boleh hadam aku walau seminit, macamanalah Sir Jim cakap Casemiro ni perpindahan teruk. Dia Pemain Terbaik Tahunan kelab kot musim lepas dan memacu kita daripada entah mana mana ke UCL.”

“Ini sudah cukup untuk menjelaskan tentang bayaran setimpal untuknya.”

Ada peminat menganggap Sir Jim Ratcliffe saja nak tunjuk pandai dalam ilmu bola sepak, kerana menjadi pemilik Nice di Perancis.

Menurut laporan The Times, INEOS benar benar mahu terlibat dalam penstrukturan semula staf dan juga membantu membangunkan skuad United.

Tindakan Sir Jim Ratcliffe mahu membeli 25% kepentingan dalam Man United dianggap tidak masuk akal jika dia benar benar mahu terlibat dalam pengurusan tertinggi kelab.

Menurut Kaveh Solhekol, ‘tiada apa yang dia boleh lakukan dengan saham sekecil itu’.

Adakah Glazer akan meberikan Sir Jim Ratcliffe ‘suara’ dalam isu kesukanan? Memandangkan dia sangat berjaya dalam sukan berbasikal. Namun dalam sukan bola sepak, INEOS masih belum pernah terlibat dalam pasukan sebesar Man United walaupun memiliki Nice di Perancis.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan