Antara 10 Hacker Bertukar Menjadi Legenda, Ada Yang Jadi Idola Korang Di Pondok Telefon Awam

Dalam sejarah dunia teknologi, banyak sekali sejarah penggodaman yang popular. Ianya dilakukan oleh mereka yang ada latar belakang yang luar biasa, dan ada yang digelar saintis komputer.

Malah sehingga ke hari ini penggodam / hackers ini terus menjadi musuh utama kepada ramai pihak termasuk kerajaan sesebuah negara

Berikut antara 10 nama Hacker yang pernah menggemparkan dunia dan kemudian dianggap sebagai legenda.

1. Konrad Zuse

Segalanya bermula daripada mamat ni. Dia mungkin bukan hacker di dunia moden, namun boleh dikatakan dia telah memberikan inspirasi dan mencetuskan dunia hacking.

Zuse menjadi manusia pertama yang mencipta komputer  yang diprogramkan bernama Z3.

Segalanya bermula apabila Zuse membuat komputer sendiri di rumah flat ibu bapanya pada 1938. Dia telah menggodam komputer Z1.

Oleh kerana kepandaiannya, Zuse telah dipanggil oleh kerajaan Jerman untuk membina Z3, yang menjadi evolusi pengkomputeran. Z3 siap pada 1941 dan menjadi ibu kepada komputer moden hari ini.

2. John “Captain Crunch” Draper

John Draper menggodam komputer jauh sebelum komputer menjadi alatan yang diletakkan di atas meja pada hari ini.

Korang mungkin pernah secara tak sengaja pernah menjadi Draper.

Bagaimana? ok…

Penggodaman Draper berlaku pada awal tahun 1970-an, ketika rangkaian komputer terbesar diakses oleh orang awam adalah sistem telefon.

Pada masa itu, telefon dikendalikan oleh sistem automatik menggunakan frekuensi analog tertentu yang dapat dieksploitasi untuk membuat panggilan jarak jauh percuma ini termasuk panggilan antarabangsa.

Ia disebut “Phreaking”. Draper kemudian mencipta alatan Phreaking yang diberi nama Blue Box, yang membolehkan dia membuat panggilan percuma sampai abang jamil mampus.

Dan berbalik kepada persoalan di atas. Korang dulu mungkin tak ada Blue Box nak buat Phreaking, tapi korang mesti pernah try cara lain dengan menekan butang hatch ataupun ikat duit syiling dengan tali. Ianya salah satu bentuk Phreaking.

Mungkin ada emak ayah atau pak cik korang yang disatukan oleh Phreaking ini. Bergayut di pondok telefon berjam jam dengan kos minima.

Lihatlah aksi Draper dan kawan kawannya di sini:

3. Steve Wozniak

John Draper versi kotemporari.Wozniak bukan nama asing dalam dunia Phreaking.

Dan dia sebenarnya mendapat ilmu itu dari John Draper. Di mana Draper berkongsi dengannya rekaan Blue Box ketika Homebrew Computer Club meeting.

Terinspirasi daripadanya, Wozniak membuat versi dia sendiri. Steve Jobs ketika itu melihat ianya ada potensi dan dua orang Steve mula menjalinkan kerjasama.

Pada masa itu, penguatkuasa macam tak kisah sangat dengan alatan hacking seperti Phreaking ini. Malah mereka sempat menjual versi blue box mereka.

Tidak lama selepas itu Wozniak mendirikan Apple 1. Dengan keupayaan Steve Job dalam marketing, syarikat itu berkembang pesat dan menjadi jenama luar biasa pada hari ini.

4. Robert Tappan Morris

Kalau korang nak tahu inilah hacker pertama yang didakwa di atas akta berkaitan jenayah siber.

Sebagai pelajar siswazah di Universiti Cornell, Robert Morris membuat benda yang memahsyukarkan namanya dan kemudian menjadi musuh negara iatu: cacing komputer / worm.

Dia adalah manusia pertama yang mencipta virus pada komputer.

Menurut Morris, dia membuat worm sebagai usaha untuk mengukur keupayaan internet pada masa itu. Setelah dilancarkan pada 2 Nevember 1988, worm ciptaan Morris terus menjangkiti kira-kira 6,000 sistem (sekitar 10 peratus komputer yang ada akses internet pada masa itu).

Cacing ini dicipta ini awalnya tidak mengganggu, tetapi disebabkan oleh cacat dalam algoritma replikasi, ia menyalin / copy dirinya secara berlebihan,

Ini telah menyebabkan beban sistem beban dan akhirnya benda tu kembali semula ke Morris.

Pada tahun 1989, Morris menjadi orang pertama yang didakwa dan kemudian disabitkan di bawah Akta Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer tahun 1986.

5. Mark “Phiber Optic” Abene

Inilah nama yang mungkin anda tidak: Mark Abene. Namun kerjanya sangat dahsyat.

Dia tidak pernah menggodam D.O.D. dan dia juga tidak mencuri berjuta-juta dolar dalam beberapa pencurian bank gaya swordfish.

Apa yang dia lakukan adalah membuang AT&T.

Sebagai ahli kumpulan penggodam Masters of Destruction, Abene sering bermain main dengan sistem AT&T.

Ketika sistem telefon AT & T hancur, ia menyebabkan 60,000 pelanggan tanpa perkhidmatan telefon selama lebih dari 9 jam, mereka dengan cepat menyalahkan Abene.

Kesan daripada perbuatannya, Abene Abene dituduh melakukan gangguan komputer dan menceroboh komputer pada tahap pertama. Semua peralatannya dirapas dan menghadapi lebih banyak pertuduhan.

Akhirnya dia menjalani hukuman penjara setahun, menjadikannya penggodam pertama yang melakukannya.

6. Kevin “Dark Dante” Poulsen

Pada suatu hari, sebuah stesen radio, KIIS-FM menjanjikan hadiah sebuah Porsche 944 S2 baru kepada pemanggil yang ke-102.

Dan pemenangnya ialah Poulsen.

Namun hadiah itu diminta untuk dikembalikan, kenapa?

Ini kerana Poulsen didapati melakukan hacking dengan mengawal kesemua 102 panggilan dari markasnya. Ini untuk memastikan bahawa dia adalah pemenang hadiah itu.

FBI memburu Poulsen, dan Poulsen hidup dalam pelarian.

Pada suatu hari Poulsen telah menggodam sistem panggilan telefon rancangan tv popular – Misteri Yang Tak Terungkai / Unsolved Mysteries.

Akhirnya Poulsen ditangkap dan dikenakan pertuduhan penipuan komputer, pencucian wang haram, dan penghalang keadilan.

Menariknya, sejak dipenjara, Poulsen membuat membantu dalam menyelesaikan kira kira 180 kes jenayah siber, dan bahkan menangkap pemangsa seksual di MySpace.

Jadi, bukan semua aktiviti hacker itu jahat. Kalau kena pada lapangannya terciduk para penjenayah kerana mereka.

7. Kevin Mitnick

Kevin Mitnick mungkin adalah penggodam paling terkenal dalam sejarah komputer. Ini ungkin kerana dia adalah penggodam pertama yang berada dalam senarai buruan paling dikehendaki FBI.

Sebagai master kejuruteraan sosial, Mitnick tidak hanya menggodam komputer; dia menggodam akal manusia.

Pada tahun 1979, pada usia 16 tahun, dia memasuki sistem komputer pertamanya dan menyalin perisian proprietari.

Dia sering berinteraksi dengan pegawai pentadbir, seperti dalam panggilan telefon dan e-mel, dan menipu mereka untuk memberikan kata laluan dan maklumat keselamatan lain.

Mitnick pernah bercerita, kerajaan AS sangat takut dengannya sehingga menganggap dia ada potensi melancarkan nuklear dari bilik tidurnya.

Setelah dua setengah tahun dia diburu dan dikejar, Mitnick akhirnya ditangkap dan menjalani hukuman lima tahun penjara. Dia kini menjalankan perusahaan perundingan keselamatan komputernya sendiri, Mitnick Security Consulting LLC.

8. Tsutomu Shimomura

Bukan semua hacker berada di  bawah payung Black-Hat.

Tsutomu Shimomura adalah salah seorang White-Hat hacker. Mesti korang ada baca artikel aku hari tu kan?

Kevin Mitnick aka The Condor: Hacker Paling Dikehendaki Dalam Sejarah Amerika Syarikat

Dia membantu FBI menangkap Mitnick pada 1994. Ini selepas Shimomura kecewa menjadi mangsa kepada Mitnick.

Mitnick telah mencuri fail peribadinya dan mengedarkannya di internet.

9. Richard Stallman

Pada awalnya, Stallman adalah pelajar siswazah dan pengaturcara di Makmal Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence Labs ) MIT.

Di mana dia akan selalu terlibat dengan budaya hacking yang semakin pesat di MIT.

Sebagai konsultan hampir kesemua Open Source, Stallman menjadi musuh kepada idea oleh MIT yang memasang sistem kata laluan di bahagian Sains Komputer mereka.

Stallman telah berjaya merentasi sistem kata laluan dengan nama pengguna anonymous. Ia bukan benda mudah untuk dilakukan pada tahun 1970-an dulu. Namun Stallman berjaya melakukannya.

Stallman akan memberikan satu teks dan dimasukkan pada bahagian kata laluan untuk pengguna anonymous dan ianya telah bypass terus masuk ke komputer.

Menjelang tahun 1980-an, Stallman tidak menyukai sikap eksklusif banyak pengeluar dalam perisian mereka. Ini akhirnya mendorong Stallman untuk membuat GNU General Public License dan sistem operasi GNU, OS seperti Unix percuma yang sepenuhnya sesuai dengan Unix.

10. Linus Torvalds

Mengikut jejak langkah Stallman, Linus Torvalds adalah seorang lagi White-Hat hacker.

Penggodaman pertamanya bermula dengan Commodore VIC-20 dan kemudian Sinclair QL, dan kedua duanya sudah diubahsuai.

Dalam QL misalnya, dia mencipta text editor dia sendiri. Malah turut menghasilkan permainan Pac-Man versi dirinya sendiri bernama Cool Man.

Pada 1991, Linux memiliki Intel 80386 dan mulai mencipta Linux.

Mulanya ia dikeluarkan secara peribadi dan kemudian bergabung dengan GNU Project.

Torvalds telah mencipta system Linux Kernel yang mantap. Kenapa? Sebab dia seorang yang berhubung baik dengan ramai hacker.

PERHATIAN!

Sempena meraikan ulangtahun kejayaan LIVERPOOL memenangi UCL tahun lepas, kami lancarkan buku yang merakam sejarah paling manis buat kelab yang akan menang EPL tak berapa lama lagi dah ni.

Buku ini adalah debut daripada Axello Tacts:

Kalau nak beli, boleh buat kat sini: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.