Anugerah FIFA BEST: Syarat Ini Membolehkan Haaland Calon Lebih Baik Berbanding Messi

FIFA telah mengumumkan senarai finalis untuk Pemain Terbaik Dunia Lelaki bagi FIFA Best Awards.

Anugerah FIFA Best merupakan anugerah di bawah kendalian FIFA selepas ianya berpecah daripada anugerah Ballon d’Or yang dianjurkan oleh majalah French Football. Penamatan kerjasama itu bermula 2017.

Calon awal akan ditentukan oleh juri pakar dalam FIFA. Mereka akan mengeluarkan senarai untuk diundi.

Undian untuk anugerah ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu penyokong, jurulatih pasukan kebangsaan, kapten kebangsaan dan sekumpulan 300 wartawan bola sepak yang merupakan rakan media FIFA. Mereka akan menyumbang kepada 25% undian daripada setiap kategori undian itu.

Bagi kategori pemain lelaki terbaik, ianya dianggap anugerah paling besar dalam acara gala FIFA Best.

Dan berikut adalah senarai calon akhir untuk merebut Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Dunia 2023;

1. Julian Alvarez – Argentina
2. Marcelo Brozovic – Croatia
3. Kevin De Bruyne – Belgium
4. Ilkay Gundogan – Jerman
5. Erling Haaland – Norway
6. Rodri – Sepanyol
7. Khvicha Kvaratskhelia (ya aku copy paste nama ni, payah nak eja) – Georgia
8. Kylian Mbappe – Perancis
9. Lionel Messi – Argentina
10. Victor Osimhen – Nigeria
11. Declan Rice – England
12. Bernardo Silva – Portugal

Pemain pemain Manchester City ternyata mengetuai senarai untuk Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA Best 2023.

Erling Haaland antara calon pilihan utama untuk memenangi anugerah kali ini berbanding Lionel Messi.

Kenapa?

Hal ini kerana FIFA menegaskan penilaian untuk anugerah kali ini adalah berdasarkan pencapaian pemain bermula 19 Disember 2022 sehingga 20 Ogos 2023.

Ini bermakna kejuaraan Piala Dunia yang dimenangi Messi tidak akan menjadikan pemenang Ballon d’Or 7 kali itu sebagai calon pilihan.

Messi tetap ada kejuaraan domestik bersama dengan PSG.

Namun Erling Haaland dan pemain pemain City yang lain memiliki treble serta kejuaraan Piala Super Eropah.

Selain Haaland nama Kevin De Bruyne juga menjadi nama yang dianggap berhak untuk memenangi anugerah kali ini.

Adakah Haaland benar benar akan memenangi anugerah kali ini? Atau Lionel Messi masih lagi berjaya menawan hati 4 pillars yang akan mengundi?

Kalau korang nak mengundi boleh pergi ke FIFA.com dan daftarkan diri sebagai pengundi. Siapa yang akan anda sokong?

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah