Arca Transparen Ini Dijual Dengan Nilai RM75.5K

Seorang artis, Salvatore Garau telah menjual hasil seninya berjudul “Io Sono” (Diri aku), kepada seorang pembeli pada bulan lalu.

Io Sono adalah arca kosong yang dilelong di galeri Art Rite. Ianya berjaya menarik bidaan bermula $7,000 dan mencecah $11,000.

Namun akibat hype yang dilakukan oleh galeri dan peminat seni, membuatkan seni kosong itu akhirnya dibeli dengan nilai US$18,300.

Ianya hanyalah bongkah kaca tempat pameran dan arca yang dimaksudkan itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Garau berkata, konsep seni dia kali ini adalah “vacuum.”

“Vakum adalah keadaan yang merujuk kepada ruang yang penuh tenaga semata mata walaupun kita mengosongkannya, dan tiada apa lagi tertinggal di sana. Itu menurut prinsip Heisenberg – bahawa tiada apa pun benda di dunia yang ada beratnya.”

“Walaubagaimanapun ianya ada tenaga yang termampat serta berubah menjadi partikel, itulah dia, kepada kita.”

Garau menerima kritikan di atas seninya itu dan dianggap sebagai scam. Tetapi Garau mempertahankan karyanya.

Ini bukan pertama kali Garau mempamerkan seni transparen seperti itu. Sebelum ini, pada Februari yang lalu dalam pertunjukan seni “Buddha In Contemplation,” juga memaparkan seni transparen di Piazza della Scala di Milan.

Dua tahun yang lalu, seorang artis telah mempamerkan pisang yang digantung pada dinding dengan pita pelekat di pameran seni Art Basel di Miami.

Dan ianya telah dijual dengan harga $120,000 ataupun sekitar RM500,000

Gambar pemilik galeri dengan seni pisang

Seorang lagi artis iaitu David Datuna telah memutuskan untuk memakan pisang itu di hadapan semua pencinta seni di ruang kovensyen.

Ini bermakna Datuna secara tak langsung bukan sahaja memakan pisang, tetapi telah memakan pencuci mulut yang sangat mahal bernilai RM500,000

Pisang tersebut merupakan pisang yang dilekat pada dinding dan dilaporkan sudah dijual sebanyak 2 unit kepada kolektor barangan seni.

Pisang yang dilekat pada dinding itu adalah cetusan idea artis Itali, Maurizio Cattelan diberi judul Comedian.

Cattelan akan melekatkan pisang di dindingnya untuk mencari ilham. Termasuk di hotel beliau meginap. Perkara itu yang dijulang menjadi seni mahal.

peminat seni yang datang menyaksikan pameran

Pisang itu ada sijil pengesahan bahawa ia adalah seni asli dariapada Cattelan. Dan pemilik baharu pisang tersebut / pembeli sahaja dibenarkan untuk menggantikan pisang itu jika sudah rosak.

Namun begitu, keadaan menjadi kecoh apabila David Datuna, seorang seniman persembahan dari New York telah memakan pisang itu di hadapan semua orang.

Datuna menyindir dengan menyatakan seninya itu berjudul: Seniman yang lapar.

Lalu beliau memakan pisang itu.

Namun begitu, seorang jurucakap muzium iaitu Lucien Terras, masih berpegang kepada prinsip, bahawa Datuna tidak merosakkan karya seni itu. Kerana idea seni itu memang pisang.

Confuse? Sama la.

Terras berkata: “Pisang ini memang bukan benda yang akan segar selamanya. Ini telah membuatkan ramai marah apabila beliau memakannya.”

https://www.instagram.com/p/B5q1-q9lSMN/?utm_source=ig_embed

“Namun respon daripada apa yang beliau lakukan sangat bagus. Ia telah memberikan senyuman pada ramai orang.”

Ketika Datuna memakan pisang itu, ada juga yang bersedih kerana mereka fikir Datuna merupakan tuan kepada seni pisang diletak dekat dinding itu.

Pemilik galeri, Emmanuel Perrotin ketika itu sedang berada di lapangan terbang. Beliau sangat kecewa mendengar panggilan daripada pegawainya yang menceritakan bahawa ketika itu, pisang bernilai RM500 ribu itu dalam proses untuk dimakan.

Walaupun ramai peminat seni kecewa dengan tindakan Datuna, namun di media sosial ramai yang menjulangnya sebagai hero. Haha.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi