Arsenal Berminat Dapatkan Rice, Chelsea Turut Memantau Perkembangan

Arsenal dilaporkan berminat mendapatkan Declan Rice. Yang kini bermain untuk West Ham United.

Namun Rice tak akan berpindah pada pertengahan musim ini. Dia mungkin akan terbuka untuk berpindah pada akhir musim ini.

Arsenal sedia untuk mendapatkan pemain antarabangsa England itu untuk menyertai mereka pada musim hadapan.

Namun seperti dijangka, Rice menarik minat banyak kelab di Eropah. Terutama sekali dari kelab kelab Inggeris sendiri.

Antaranya adalah kelab lama Rice iaitu Chelsea yang sebelum ini pernah berusaha memujuk pemain itu menyertai mereka.

Namun West Ham enggan menjual pemain itu jika tidak dengan harga. ยฃ100 juta.

Rice pada masa yang sama selesa kekal di West Ham United untuk menjamin tempatnya dalam pasukan kebangsaan England yang bermain di Piala Dunia 2022.

Kini pemain itu mungkin sudah sedia untuk cabaran baharu di dalam kariernya.

Arsenal sudah mengadakan satu perbincangan secara dalaman untuk membincangkan tentang perpindahan Declan Rice.

Rice merupakan pemain tengah yang boleh bertahan dan menyerang dengan efisien.

Buat masa ini Arsenal masih menumpukan usaha untuk mendapatkan penyerang baharu dalam jendela perpindahan pertengahan musim.

Antara nama yang dikaitkan dengan mereka ialah Raphinha selepas Arsenal gagal mendapatkan Mudryk.

Namun Barcelona meminta โ‚ฌ100 juta untuk pemain tersebut.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang