Arsenal Dan Liverpool, Bezanya Adalah Strikeforce Dan Kualiti ‘Bench’

Liverpool sekali lagi menunjukkan bahawa mereka masih lagi pasukan yang lebih baik berbanding Arsenal – terutama sekali dari sudut kualiti serangan.

Namun itu bukan bermakna Arsenal jauh jurangnya dengan Liverpool berbanding musim sebelum ini. Prestasi Arsenal musim ini cukup membuktikan bahawa skuad Mikel Arteta itu sudah banyak meningkat naik dari segi kualiti berpasukan.

Arsenal melayan kunjungan Liverpool di Emirates. Perlawanan yang sangat penting untuk kedua dua pasukan. Liverpool berusaha merapatkan jurang mata kepada 1 mata sahaja dengan Manchester City.

Manakala Arsenal mahu memastikan mereka terus selesa untuk persaingan 4 teratas dan mara ke UCL musim hadapan.

Separuh masa pertama, Liverpool dan Arsenal nampak seimbang. Arsenal memiliki peluang terbaik menerusi gerakan Martinelli yang menghantar melintasi gawang Liverpool dan dikeluarkan oleh Robertson.

Liverpool bergelut dengan permainan Sadio Mane yang diletakkan di bahagian kanan. Dan Klopp kemudian melakukan pertukaran posisi dengan menjadikan Luis Diaz sebagai wing kanan.

Namun hasilnya masih kurang memuaskan.

Pada separuh masa kedua, Arsenal terleka pada minit ke-54. Berdepan dengan pasukan seperti Liverpool, jika kamu tidak dapat memanfaatkan peluang yang ada, maka jangan shut down walau sesaat.

Itu yang berlaku pada Arsenal, mereka ada beberapa peluang dan half chances namun tak disudahkan. Tetapi mereka tiba tiba terlena dan membolehkan Thiago melakukan hantaran vertikal terus ke Jota.

Jota kemudian melarikan bola di half space dan melakukan rembatan rendah. Agak mengejutkan kerana penjaga gol yang berada dalam prestasi terbaik dan reputasi yang kuat Aaron Ramsdale kami ini terkena di near post. Rembatan seperti itu biasanya bukan masalah untuk Ramsdale. Namun kali ini dia tertewas.

Jota kini menjaringkan gol setiap kali bertemu Arsenal sejak dia menyertai Liverpool.

Kemudian Klopp melakukan pertukaran pemain. Gol tersebut berlaku sebelum pertukaran taktikal oleh Klopp.

Selepas Klopp memasukkan Mo Salah dan Firmino, serangan Liverpool menjadi lebih baik.

Dan hasilnya mereka menghasilkan satu lagi gol menerusi Firmino yang dengan licik melakukan flick untuk menewaskan Ramsdale yang tidak sempat melakukan apa apa dalam keadaan Firmino memancung bola hantaran Robertson selepas kegagalan Saka melakukan clearance lebih baik.

Firmino kini menjadi pemain paling banyak gol liga berdepan Arsenal dalam sejarah.

Liverpool kemudian menghadirkan beberapa ancaman lagi, namun tiada tambahan gol dibuat.

Arsenal melakukan pertukaran di bahagian serangan. Namun berbanding dengan pertukaran oleh Liverpool, ternyata Arsenal hanya memiliki Nketiah dan Pepe. Sekali lagi perbezaan kedua dua pasukan ini adalah strikeforce yang world class serta pemain squad depth di bangku simpanan yang berkualiti tinggi.

Martinelli adalah penghibur sepanjang perlawanan ini dengan gerakan gerakan licik. Namun produk akhir beliau secara individu dan juga kualiti serangan Arsenal secara berpasukan sangat mengecewakan.

Harus diakui juga Alisson melakukan save kelas dunia menafikan percubaan Odegaard. Itu juga antara turning point dan amaran kepada Liverpool yang ketika itu sangat mengelirukan dunia.

Seterusnya, Arsenal tidak mengambil kesempatan ke atas kesukaran taktikal Klopp pada separuh masa pertama dan bolos sebelum pertukaran taktikal Klopp pada awal separuh masa kedua.

Arsenal sekali lagi tidak cukup kuat secara mentaliti untuk big game seperti ini. Pemain melakukan kesilapan di luar karakter sebenar mereka ketika game berdepan lawan dari big six.

Seterusnya, di hadapan gol Arsenal jelas sekali masih ada simptom menghormati lawan mereka dari kalangan pasukan besar. Saka dan Lacazette misalnya, tidak begitu menonjol.

Arsenal gagal menyakitkan lawan seperti Liverpool dengan peluang yang mereka ada dan akhirnya mereka dihukum.

Perkara ini menjadi masalah yang masih perlu diselesaikan Arsenal. Dari segi kualiti di pertahanan dan tengah, Arsenal sudah meningkatkan kualiti mereka dengan baik sekali.

Next transfer window, Arsenal perlukan penyerang berkelas dunia seperti Aubameyang sebelum dapat kontrak besar.

Tamat perlawanan, Liverpool 2 Arsenal 0.

Walaupun kalah, Arsenal masih ada kelebihan yang sangat besar ke atas Man United (tangga ke-5). Di mana Arsenal bermain 27 perlawanan dengan 51 mata. Sementara Man United sudah 29 aksi dengan 50 mata.

West Ham di tangga keenam dengan 29 aksi mengutip 48 mata.

Spurs 28 perlawanan dengan 48 mata di tangga ketujuh.

Kemenangan Liverpool ini membolehkan mereka terus menghimpit rapat Man City kini tingal 1 tiang je berbanding 14 tiang sebelum ini pada Januari.

Aksi di antara Liverpool dan City di Etihad mungkin akan menjadi penentu kejuaraan. Apa yang pasti kedua dua pasukan selepas ini tidak boleh kehilangan mata lagi.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang