Arsenal Hampir Dapatkan Rice Dengan Nilai £100 Juta

Wartawan koresponden Arsenal, Chris Wheatley melaporkan bahawa Arsenal menghampiri kejayaan mendapatkan Declan Rice dengan nilai £100 juta.

£100 juta itu adalah sekali dengan bonus berkaitan prestasi dan pencapaian kesukanan.

Sebelum ini David Moyes pada satu ketika pernah meletakkan harga Declan Rice setinggi £120 juta. Dan kini West Ham setuju memberikan sedikit diskaun.

Rice masih lagi menjadi pemain penting Moyes, namun pemain itu sudah menyatakan kepada kelab bahawa dia mahu menyertai kelab lebih besar terutama sekali yang bermain di UCL.

David Moyes sendiri mendedahkan bahawa West Ham sudah mengemukakan tawaran kontrak baharu dengan gaji bernilai £200,000 seminggu.

Namun ianya tetap ditolak oleh pemain itu.

Declan Rice menjadi sasaran utama Arsenal selepas Granit Xhaka meninggalkan kelab itu.

Rice yang baru sahaja membantu West Ham menjuarai Liga Persidangan Eropah juga berminat untuk menyertai Arsenal.

Declan Rice masih tidak melanjutkan kontraknya di West Ham yang akan berakhir pada musim panas 2024.

Pemain berusia 24 tahun itu turut dikaitkan dengan beberapa kelab lain termasuk Man United dan Chelsea.

Namun Arsenal adalah kelab yang benar benar serius di meja rundingan.

Walaupun Arsenal merasakan bahawa harga £100 juta agak mahal untuk pemain antarabangsa England itu.

Namun mereka melihat Rice sebagai satu keperluan untuk mereka melengkapkan puzzle di bahagian tengah bagi mencabar semula kejuaraan dan bersaing dalam UCL.

Adakah Rice akan menjadi pemain Inggeris paling mahal selepas ini?

Selain daripada Rice, Arsenal turut berminat mendapatkan seorang lagi pemain tengah iaitu Moises Caicedo dari Brighton.

Cuma keutamaan sekarang adalah kepada Rice terlebih dahulu.

Baca yang lain