Arsenal Hampir Hilang 3 Mata Kerana Kekelakaran Pengadil

Arsenal terus cemerlang musim ini. Begitu juga dengan Bukayo Saka yang kini sudah menjaringkan empat gol dan lima assist musim ini — setakat ini.

Pendahulu Liga Perdana, Arsenal dikerah untuk bertahan dengan kental untuk menang di Leeds dalam penyudah yang agak dramatik selepas perlawanan ditangguhkan kira-kira 40 minit kerana bekalan elektrik terputus.

Terdapat drama pada masa kecederaan apabila pengadil, Chris Kavanagh melayangkan kad merah kepada Gabriel dari Arsenal kerana menendang Patrick Bamford dan menghadiahkan penalti kepada tuan rumah.

Arsenal ketika itu hanya beberapa minit sahaja lagi daripada wisel penamat untuk membawa pulang 3 mata.

Pemain pemain Arsenal membantah keputusan pengadil.

Akhirnya  kedua-dua keputusan itu – penalti dan kad merah – dibatalkan selepas Kavanagh menyemak semula insiden itu di monitor padang.

Ternyata Bamford yang mengasari Gabriel. Akhirnya pemain Leeds tersebut yang dilayangkan kad kuning.

Terdahulu, pengadil menghentikan perlawanan hanya selepas 23 saat permainan kerana terputus bekalan elektrik di Elland Road. Membuatkan Kavanagh terputus komunikasi dengan pegawai pembantu pengadil video (VAR), manakala teknologi garisan gol juga tidak dapat digunakan.

Sebaik sahaja perlawanan bersambung semula, Bukayo Saka yang sedang dalam presrtasi mengagumkan, telah menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa pertama dengan menghukum hantaran lemah Rodrigo. Saka bertukar hantaran dengan Martin Odegaard sebelum merembat tinggi di tiang terdekat.

Bamford dibawa masuk pada awal separuh masa kedua dan pemain Inggeris itu hampir membuat impak serta-merta tetapi gol rembatan jarak dekatnya telah dibatalkan pengadil kerana menolak Gabriel.

Sebelum kontroversi pada masa kecederaan, Leeds telah dihadiahkan penalti apabila William Saliba didapati hanbdball.

Bamford melakukan percubaannya tersasar.

Leeds terus tertekan. Percubaan Luis Sinisterra berjaya disekat oleh Gabriel, manakala percubaan jarak jauh Brenden Aaronson ditepis oleh Aaron Ramsdale.

Kemenangan bermakna Arsenal terus berada di puncak liga untuk seminggu lagi.

Baca yang lain