Arsenal Keciciran Mata Lagi, Arteta Tak Puas Hati Dengan Mutu Pertahanan

Arteta dengan terbuka mengkritik mutu pertahanan pasukannya yang dianggap melepaskan bolos terlalu mudah.

Aaron Ramsdale ada hari untuk dilupakan selepas melakukan 2 kesilapan secara langsung yang membawa kepada dua gol lawan.

Ramsdale melakukan hantaran lemah pada gol pertama. Dan kemudian gagal mengeluarkan bila pada gol ketiga.

Mikel Arteta mengakui bahawa dia kini harus membantu pemain pemainnya dari segi mental agar mereka percaya bahawa mereka masih mampu memenangi kejuaraan liga dalam enam aksi terakhir.

Keputusan seri 3-3 dengan Southampton di Emirates bermakna Arsenal kini 5 maya di atas City. Namun skuad bimbingan Pep Guardiola memiliki 2 perlawanan kurang berbanding Arsenal.

Arsenal masih perlu berkunjung ke Etihad pada hujung bulan ini.

Arteta berkata: “Ini bukanlah final, kerana masih ada baki enam perlawanan lagi.”

“Segalanya akan bergantung kepada detik detik seperti itu. Terutama sekali jika pemain ada merasakan keraguan dalam diri mereka.”

“Dalam bola sepak, kamu akan melalui detik detik sukar pada masa yang tidak sesuai. Namun kamu harus melupakannya.”

Arteta tetap memuji respon daripada anak anak buahnya yang bangkit daripada ketinggalan 2 gol sebanyak dua gol.

Arteta menegaskan bahawa keyakinan itu masih ada. Tetapi mereka harus berusaha mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan kesilapan mudah seperti yang dilakukan mereka dalam perlawanan semalam.

“Keyakinan itu masih ada. Ianya cuma detik detik tersebut [merujuk kepada kesilapan]. Pada tahap seperti ini, kamu tidak boleh melepaskan gol seperti yang kami lakukan [hari ini]. Semudah itu.”

Baca yang lain