Arsenal Nak Jual Partey

Arsenal dalam proses mahu menjual Thomas Partey. Ianya selepas mereka kurang berpuas hati dengan prestasi Partey pada musim lalu.

Walaupun Partey diakui menjadi pemain penting, namun situasi kecederaan kerapkali membelenggu pemain itu.

Partey berdepan masalah konsitensi akibat kecederaan tersebut. Di mana musim lalu, dia dianggap bermain kurang memuaskan dalam beberapa perlawanan penting Arsenal.

Ianya mungkin menjadi sebab kenapa Arsenal mahu menjual pemain itu. Kontrak semasa Thomas Partey masih ada sehingga 2025.

Tiada rundingan kontrak baharu dikemukakan oleh Arsenal kepada bekas pemain tengah Atletico Madrid itu.

Fabrizio Romano menegaskan bahawa, peluang untuk Partey meninggalkan Arsenal pada jendela perpindahan kali ini adalah kukuh dan konkrit.

Rundingan dengan pemain itu ada dibuat. Namun bukan soal kontrak, sebaliknya tentang pemergian pemain itu.

Arsenal kini mengutamakan proses mendapatkan Declan Rice. Dan sedang merancang untuk mempercepatkan proses bidaan kedua.

Ini selepas bidaan pertama bernilai £80 juta sebelum ini ditolak oleh West Ham yang meletakkan harga £100 juta untuk pemain tersebut.

Arsenal turut memantau situasi Moises Caicedo dari Brighton yang turut menjadi nama yang dianggap boleh memperkuatkan bahagian tengah pasukan Arsenal.

Seterusnya Arsenal turut berminat mendapatkan Kai Havertz dari Chelsea. Halangan adalah pada isu harga.

Cuma sekarang ini usaha ditumpukan kepada Declan Rice.

Partey menjadi pemain penting Arteta dalam beberapa musim di Emirates. Dan kini pemain itu boleh berkira kira untuk meninggalkan Arsenal.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai