Arsene Wenger Meramalkan Arsenal Akan Juara EPL Selepas Beli Rice

Selepas hampir memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim lalu lalu, Arsenal telah merombak skuad mereka musim ini dengan membeli tiga pemain utama iaitu Kai Havertz, Jurrien Timber dan Declan Rice.

Dengan jendela perpindahan yang masih panjang, tidak mustahil Arsenal akan terus membuat penambahan pada skuad mereka.

Rice telah tiba dengan yuran perpindahan rekod tertinggi dalam sejarah pemain Inggeris. Arsenal membayar sebanyak £105 juta kepada West Ham.

Pembelian itu benar benar meyakinkan Wenger bahawa Rice akan membantu Gunners merangkul Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Wenger dikenali dengan kepakarannya membuat ramalan dan teori yang tepat. Banyak sekali ramalan Wenger yang menjadi kenyataan.

Antaranya, dia pernah meramalkan Liverpool akan bangkit di Anfield selepas ketinggalan 3 gol di Barcelona. Dan ianya benar benar menjadi kenyataan dan Liverpool juara UCL musim tersebut.

Dahulu Wenger pernah meramalkan bahawa akan wujud liga berbentuk Liga Super Eropah melibatkan kelab kelab besar yang mahu mengaut keuntungan besar. Dan idea itu benar benar wujud cuma dihalang oleh UEFA.

Ramalan Tun Wenger 11 Tahun Benar Benar Berlaku, Ini Beberapa Lagi Ramalan Power Le Professeur

Wenger turut meramalkan bahawa pada suatu hari nanti, pemain bintang besar akan lebih suka bergelar free agent. Sebelum ini pemain panik untuk menjadi free agent. Namun era moden, Wenger meramalkan pemain bintang ternama akan cuba menjadi free agent kerana mahukan bayaran ejen itu masuk poket,

3 Teori Power Wenger Yang Awalnya Ditertawakan Tetapi Benar Benar Terjadi

Trend itu benar benar sedang berlaku pada hari ini. Banyak lagi ramalan Wenger yang tepat termasuk meramalkan bahawa harga €100 juta untuk seorang pemain akan menjadi perkara biasa. Dan dia pada masa itu meramalkan bahawa dunia bakal menyaksikan pemain bernilai €200 juta tak lama lagi.

Dan kemudian benar benar PSG membayar €212 juta untuk mendapatkan Neymar.

Kini Wenger ada satu ramalan sensasi. Dia meramalkan Arsenal akan menjuarai EPL musim 2023/24 dengan pembelian Declan Rice.

“Saya percaya kami [Arsenal] akan memenangi kejuaraan [liga], ia semudah itu. Saya kurang keraguan untuk Arsenal berbanding perlumbaan basikal hari ini,” kata Wenger yang hadir menyaksikan acara Tour De France.

Menurut Wenger dia turut akan sedia membayar £105 juta untuk Declan Rice jika dia ada dana.

“Kalau ada duit, kenapa tidak [untuk membeli Declan Rice]. Saya dulu harus berkerja tanpa wang, dan saya harus mencari cara lain.”

“Sekarang Arsenal ada kewangan yang stabil, dan saya berani kata kita akan juara EPL.”

“Saya fikir ia adalah pelaburan yang baik. Secara keseluruhan, secara peribadi, saya fikir mereka telah membuat pembelian yang baik kerana pemain pemain mereka yang kini sudah matang, baru berusia 23, 24, tetapi mereka masih muda supaya boleh kekal bersama selama beberapa tahun.”

“Mereka [Arsenal] akan berada di bawah lebih tekanan selepas tahun lepas, tetapi mereka telah belajar banyak dan mereka boleh menunjukkan bahawa mereka boleh menangani tekanan itu sekarang.”

 

Baca yang lain