Arteta: “Tak Nak Melabur Sebab Tak Ada UCL? Boleh! Tapi Jurang Akan Semakin Besar.”

Mikel Arteta menegaskan dia memiliki “kepercayaan penuh” di lembaga pengarah Arsenal walaupun baru-baru ini mengakui dia bimbang dengan kekuatan kuasa kewangan kelab.

Beberapa laporan sebelum ini menyatakan Arsenal mungkin tak akan memberikan dana perpindahan besar kepada Arteta terutama sekali jika beliau gagal untuk membantu Arsenal mara ke UCL.

Pada kedudukan semasa memang Arsenal sudah tak layak ke UCL. Yang ada adalah aspirasi untuk ke UEL.

Menurut Arteta, tiada UCL bukan alasan untuk Arsenal tidak berbelanja. Ini kerana jika itu dijadikan alasan, ia semata mata akan membuatkan jurang kelab dengan pasukan seperti Man City dan Liverpool menjadi lebih besar.

“Jika kamu tak bermain di Liga Juara Juara Eropah dan kerana itu kamu berkata, kami tak bermain di Liga Juara Juara Eropah, ok saya tak perlu melabur kerana saya tak mampu dari segi kewangan.”

“Namun pasukan lain tetap melabur dan jurang antara kita akan menjadi lebih besar.”

Bos Gunners menunjukkan respon kurang setuju dengan kenyataan wartawan ketika menyatakan Arsenal mungkin tak akan berbelanja.

Situasi kewangan Arsenal

Pada bulan April, pengarah kelab, Josh Kroenke mengatakan bahawa kelab itu kini akan menilai gaji pemain berdasarkan situasi kelab dalam kelayakan di Liga Juara-Juara dan UEL.

Malah Arsenal antara kelab yang memotong gaji pada angka agak tinggi kerana koronavirus. Membuatkan perbincangan dengan pemain terpaksa dilakukan beberapa kali.

Hector Bellerin mengetuai rundingan bagi pihak pemain dan melibatkan campur tangan PFA.

Ini kerana Bellerin mahu kelab mengurangkan sedikit peratusan potongan kelab. Mesut Ozil tampil dengan kenyataan enggan dipotong selagi beliau tak dapat jaminan bahawa gaji mereka yang dipotong itu adalah untuk kebajikan kelab – seperti membayar gaji staf bukan pemain.

Baca juga: 

Mengejutkan! Ini Sebenarnya Sebab Ozil Undi Menentang Pemotongan Gaji

Ozil menerusi penguamnya menyatakan, kelab seharusnya transparen ke mana wang itu akan pergi dan pastikan ia bukan ke akaun lembaga pengarah.

Arsenal kemudian berjanji akan mengembalikan sebahagian kecil lagi wang yang dipotong jika mereka berjaya mara ke UCL. Namun Arsenal sudah mengesahkan tiada UCL buat musim keempat berturut turut.

Arteta juga dilaporkan terpaksa meminta kelab melanjutkan kontrak Luiz kerana tiada jaminan akan mendapat dana membeli bek tengah baharu.

Di sebalik semua itu, dan berita Kroenke tak akan memberikan dana, ketua bola sepak, Raul Sanllehi dan pengarah teknikal Edu menyatakan mereka akan tetap membantu Arteta. Dan membayangkan bahawa pengurus itu akan diberikan dana.

Arsenal kini dalam persiapan aksi Piala FA berdepan Man City di Wembley dalam peringkat separuh akhir.

Arteta mengulas isu itu:

“Saya mempunyai kepercayaan penuh kepada BOD. Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Raul, dengan Edu, dengan Vinai (Venkatesham, pengarah urusan) dan hubungan secara langsung dengan pemilik,” kata Arteta kepada wartawan pada hari Jumaat.

“Kami tahu apa yang ingin kami lakukan. Sudah tentu itu bukan masalahnya. Terdapat banyak aspek yang berbeza.”

“Jelas sekali kewangan, bergantung pada tempat kami tamatkan liga musim ini, itu adalah satu. Bergantung pada masa depan beberapa pemain dan jelas bergantung pada pasaran perpindahan.”

“Kami tidak tahu pattern bursa perpindahan yang akan kami hadapi. Ini adalah sesuatu yang unik, tidak pernah berlaku dan ada banyak tanda tanya di sekitarnya.”

Arteta juga mendedahkan dia selalu berhubungan dengan pemilik Arsenal yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Stan Kroenke.

Ketika ditanya tentang kenyataan beliau sebelum ini yang memberitahu, situasi kewangan Arsenal akan memberikan impak kepada perancangan masa hadapan beliau, Arteta berkata: “Itu disalahtafsirkan. Itu bukan niat saya.”

“Kami bekerja sangat erat dengan semua orang di kelab, dengan pemilik — untuk membuat rancangan yang kami perlukan untuk memajukan kelab ini.”

“Setiap orang mempunyai cita-cita yang sama, kami dalam semua ini bersama-sama.”

“Tetapi jika anda bertanya kepada saya jika saya tahu sekarang apa yang saya ada — dan bagaimana saya boleh melakukannya, saya minta maaf tetapi saya tidak tahu — kerana ada banyak soalan yang tidak dapat kita selesaikan sekarang dengan keadaan yang kita ada.”

“Ini bukan mengenai menghantar mesej tersembunyi, kita semua memiliki tujuan yang sama iaitu berusaha mengembalikan kelab secepat mungkin, bersaing dengan pasukan teratas di negara ini dan di Eropah.”

“Saya bercakap dengan mereka dan saya mempunyai hubungan yang sangat baik dan terbuka. Itulah sebabnya apabila anda menyebut bahawa saya terkejut kerana saya tidak perlu terkejut pun.”

Baca yang lain