Arturo Vidal Suruh Alexis Sanchez Tinggalkan Inter Milan

Arturo Vidal meminta Alexis Sanchez untuk tinggalkan Inter Milan segera kerana sudah tak sanggup melihat pemain itu berterusan di bangku simpanan.

Vidal yang merupakan salah seorang daripada generasi emas Chila bersama Sanchez ketika membantu negara mereka menang Copa America, telah meluahkan pandangannya secara terbuka.

Mereka juga merupakan rakan sepasukan ketika Vidal bermain di Inter Milan sebelum ini.

Dia menegaskan, dia benar benar sakit hati dan menyampah setiap kali melihat pemain seperti Henrik Mkhitharyan bermain di atas padang, dan Sanchez pula tidak beraksi.

Lantas Vidal meminta Alexis Sanchez segera tinggalkan Inter Milan yang tidak menghargai pemain berbakat sepertinya.

Vidal berkata: “Alexis, jika kamu ada dengar saya cakap, sila berambus segera dari Inter Milan.

“Dia [Alexis Sanchez] sepatutnya pergi ke kelab di mana dia menikmati keseronokan bermain, disayangi semua orang. Tetapi dia ni degil tak dengar cakap.

“Apa ni, Mkhitaryan bermain dan Alexis tidak bermain. Saya rasa macam nak bunuh diri je la memikirkan perkara seperti ini boleh berlaku,” tegas Arturo Vidal yang terkenal dengan beberapa siri kontroversi terutama sekali dalam memberikan pendapatnya.

Alexis Sanchez tidak menikmati bola sepak yang indah sebaik sahaja dia meninggalkan Arsenal.

Dia berpindah ke Man United dengan cara agak kontroversi. Dan kariernya di sana jatuh.

Dia cuba menghidupkan semula kariernya bersama Inter ketika itu. Dan dia agak meningkat naik pada awalnya, membantu Inter menjadi juara Serie A sekali lagi. Namun ianya masih jauh daripada prestasi terbaiknya secara individu.

Sanchez kemudian berpindah secara tetap ke Inter Milan. Dan dia terus bergelut dengan prestasinya. Dia kemudian menyertai Marseille secara percuma.

Dan kembali semula ke Inter dua tahun kemudian juga sebagai ejen bebas.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah