Atlet Nike, Tetapi Kenapa Pula Sterling Pakai Adidas Ketika Latihan?

Profil Twitter Raheem Sterling telah menyatakan beliau sebagai “atlet Nike” tetapi mengapa pemain sayap Manchester City itu telah memakai kasut Adidas dalam sesi latihan?

Menurut Jack Gaughan dari Daily Mail, pemain antarabangsa England itu telah menggunakan jenama tiga jalur itu dalam tiga sesi latihan terakhirnya – dengan kontraknya dengan Nike hampir berakhir.

Ianya dianggap sebagai perkara yang pelik. Sama ada Sterling sengaja menghantar mesej kepada Nike bahawa beliau mungkin sudah mendapat perhatian daripada Adidas?

Sterling telah menjadi salah seorang bintang yang sangat laris sejak kebelakangan ini. Ianya kerana prestasinya yang luar biasa di atas padang serta suaranya yang lantang dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu penting seperti rasisme.

Namun begitu, dilaporkan berlaku sedikit konflik dalam rundingan kontrak Nike dengan Sterling.

Nike masih mahukan pemain sayap Man City itu yang juga bekas pemain Liverpool – terikat dengan mereka.

Namun mereka masih ada tempoh enam bulan lagi untuk menyamai ataupun mengatasi apa yang ditawarkan kepada Sterling daripada syarikat lain seperti Puma dan New Balance.

Dua jenama tersebut antara yang dikaitkan dengan beliau. Sterling kini mendapat £10 juta setiap musim di atas paket gaji beliau di Man City – dengan tambahan dan bonus yang berkaitan dengan prestasi.

Puma ingin menjadikannya wajah utama jenama mereka, setelah mendaftar David Silva dan pengurus Pep Guardiola sebaik sahaja mereka memulakan perjanjian kit £650 juta dengan pemenang empat kali Liga Perdana Inggeris – Manchester City.

Namun, dilaporkan pada bulan Ogos, bahawa Sterling “mempertimbangkan” tawaran bernilai £100 juta untuk menjadi pemain pertama yang memakai kasut jenama Jordan.

Jenama Jordan adalah jenama anak syarikat Nike dan setelah bergabung dengan jenama bola keranjang, berjaya memasuki bola sepak tahun lalu dengan kerjasama dengan syarikat gergasi Perancis, Paris Saint-Germain.

Raheem Sterling terus menjadi pemain penting Man City pada musim ini. Namun prestasi terumbang ambing beliau di awal musim mempengaruhi prestasi City.

Selepas liga disambung semula, Sterling menunjukkan pretasi terbaik beliau sekali lagi. Sterling juga menjadi pemain penting untuk negaranya England.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid