Bagaimana Dalam 1 Perlawanan Ronaldo Dapat Bonus RM4.15J Ditambah RM553k Lagi Menerusi Gol ‘Free Kick’

Pemenang lima kali Ballon d’Or yang juga bintang Manchester United – Cristiano Ronaldo – menerima durian runtuh pada petang Sabtu. Ini selepas dia membantu pasukannya terus menyalakan api perjuangan dalam perlumbaan empat teratas Liga Perdana.

Ronaldo kembali ke Old Trafford pada musim panas lalu dan menandatangani kontrak dengan beberapa bonus tertulis. Di mana dia boleh mengklaim bonus untuk gol dua angka dalam semusim dan kemudian akan mendapat tambahan bonus untuk setiap gol selepas itu.

Gol Ronaldo menentang Norwich menjadikan angka golnya kini 21 gol untuk musim ini.

Bonus 20 gol semusim dicapai

Ini bermakna dia memperoleh £750,000 (RM4.15 juta) untuk bonus gol yang melepasi markah 20 gol.

Ronaldo kemudiannya akan memperoleh tambahan £100,000 (RM553k) untuk setiap gol tambahan dan sepakan percuma itu memastikan dia akan mendapat tambahan £850,000 dalam pakej gajinya minggu ini.

Dikatakan Ronaldo akan memperoleh tambahan £1 juta tambahan lagi jika dia menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak United musim ini yang nampaknya Man United sudah boleh menulis cek atas nama abang Do untuk bonus itu.

United telah beraksi tanpa Edinson Cavani untuk sebahagian besar musim ini kerana kecederaan dan Anthony Martial menyertai Sevilla secara pinjaman pada Januari. Mason Greenwood pula buat hal pegi bantai awek dia dan masih tidak dapat dipastikan bila dia akan kembali.

Rashford pula memiliki rekod gol yang agak buruk musim ini.

Tiada pemain United lain yang mencatat dua angka pada kempen ini dan yang paling hampir dengan angka Ronaldo ialah Bruno Fernandes, dengan sembilan gol. Itupun dia merupakan pemain tengah. Dan angka itu sangat jauh.

Ditambah dengan tugasan penalti sejak akhir akhir ini mulai menjadi tugasan Ronaldo.

Misi 30 gol

Jika Ronaldo menjaringkan 9 lagi gol selepas itu untuk mencapai 30 gol dan jumlah bonus keseluruhannya boleh menjadi £2.75 juta bagi angka tersebut.

United turun dalam aksi berdepan pasukan tercorot EPL dengan mengetahui bahawa empat pesaing teratas, Tottenham Hotspur telah ditewaskan oleh Brighton pada sepak mula lebih awal.

United memulakan perlawanan dengan permulaan impian apabila Anthony Elanga merampas bola dari Ben Gibson di dalam kotak penalti dan melorongkan Ronaldo, yang meledak gol pembukaan perlawanan.

Ronaldo kemudian menggandakan catatan beliau dan United hanya selepas setengah jam dengan tandukannya.

Kieran Dowell memberikan pasukan Dean Smith talian hayat penting sejurus sebelum separuh masa dengan gol pertamanya dalam Liga Perdana.

Teemu Pukki menyamakan kedudukan selepas rehat selepas menewaskan perangkap ofsaid.

Ronaldo melangkah untuk melepaskan sepakan percuma percuma menewaskan Tim Krul pada minit ke-76 untuk memberikan United kemenangan 3-2.

Rangnick puji Abang Do

Pengurus sementara United, Ralf Rangnick memberi penghormatan kepada Ronaldo, yang menjaringkan hatrik kelab ke-50 dalam kariernya untuk kelab dan negara. Dan hatrik ke-40 untuk karier di peringkat kelabnya.

Dia memberitahu Manchester Evening News: “Sekali lagi, dia menunjukkan ketika menentang Tottenham dan perlawanan hari ini, bahawa dia boleh menjadi pemain yang memberikan perbezaan, pada saat-saat seperti ini, dalam perlawanan seperti ini, dan bukan kebetulan dia mempunyai rekod jaringan terbaik daripada semua pemain. dalam sejarah.”

“Dia menunjukkannya sekali lagi hari ini.”

Aspirasi 4 teratas

Ronaldo menyertai Man United pada musim ini selepas meninggalkan kelab itu untuk menyertai Real Madrid pada satu masa dahulu.

Pada usianya 37 tahun,  Ronaldo terus menjadi pemain yang aktif merobek gawang lawannya tak kira di peringkat kelab atau negara.

Ronaldo dan Man United pastinya sedar bahawa mereka tidak boleh lagi keciciran mata jika mahu beraksi di UCL musim hadapan.

Baca yang lain