Bagaimana Kad Merah Pope Ini Membuatkan Karius Bakal Tampil Di Final Piala Carabao vs Man United

Newcastle United nampaknya akan kehilangan khidmat 2 penjaga gol utama mereka pada aksi final Piala Carabao.

Ini selepas Nick Pope mengutip kad merah dalam aksi berdepan Liverpool.

Penjaga gol kedua mereka pula, Martin Dubravksa, sudah dikira cup-tied, kerana pernah turun bersama pasukan lain sebelum ini.

Seorang lagi penjaga gol mereka, Karl Darlow pergi secara pinjaman bersama dengan Hull, dan tidak boleh dipanggil untuk kecemasan.

Pope mengutip kad merah ketika aksi berdepan Liverpool. Insiden itu berlaku pada separuh masa pertama ketika Pope keluar cuba memenangi perebutan bola dengan Mohamed Salah.

Penjaga gol itu telah menangkap bola di luar kawasan kotak penalti dan dikira menafikan peluang gol nyata oleh lawan.

Kesannya, Pope yang merupakan penjaga gol antarabangsa England dan salah seorang pemain penting dalam kempen cemerlang Newcastle musim ini, akan berada di tempat duduk penyokong pada final pertama pasukannya itu sejak 1999.

Kini, Newcastle memiliki pilihan penjaga gol ketiha, Lloris Karius dan penjaga gol keempat Mark Gillepsie.

Karius pernah tampil dalam aksi final UCL. Di mana dia melakukan 2 kesilapan maut yang membolehkan Real Madrid menang final tersebut 3-1 ke atas Liverpool.

Sejak itu Karius terus kehilangan tempat dalam pasukan Liverpool yang kemudian mendapatkan Alisson. Karius pergi ke beberapa kelab untuk pinjaman sebelum dilepaskan.

Jurgen Klopp percaya Newcastle memiliki penjaga gol yang boleh harap iaitu Karius. Sambil menyatakan simpatinya kepada Newcastle yang kehilangan penjaga gol utama sebelum aksi final.

Klopp berkata: “Semestinya kamu boleh berharap kepadanya, tiada ragu tentang penjaga gol yang hebat itu, itulah sebabnya Newcastle menandatanganinya.”

“Tetapi sudah tentu, agak malang buat Nick Pope masa ini, sangat malang.”

Artikel seterusnya: Newcastle 0 Liverpool 2: Nunez Dan Gakpo Berikan Kemenangan Buat The Reds

Liverpool berjaya membawa pulang mata penuh dalam lawatan ke mereka ke markas Newcastle United yang dalam prestasi sangat baik musim ini.

The Reds sebelum ini mencatatkan kemenangan dalam Derbi Merseyside. Dan mencatatkan satu lagi kemenangan dengan skor 2-0 dalam aksi berdepan Newcastle.

Di mana tuan rumah dikurangkan kepada 10 pemain selepas Nick Pope menampan bola dengan tangannya di tengah padang.

Bertempat di stadium keramat, St James’ Park, pasukan pelawat tirai jaringan pada minit kesepuluh menerusi Darwin Nunez.

Ianya berpunca daripada hantaran cantik Trent Alexander Arnold yang dikawal kemas oleh Nunez. pemain antarabangsa Uruguay itu kemudian melakukan rembatan deras menewaskan Pope dalam situasi 1 v 1.

Newcastle sebenarnya memiliki peluang terbaik sebelum itu menerusi Almiron yang berjaya mengatasi perangkat ofsaid. Tetap percubaannya dinafikan Alisson.

Liverpool kemudian menggandakan kelebihan lapan minit kemudian selepas jaringan Nunez itu, kali ini hasil jaringan Cody Gakpo.

Gakpo terpaksa menunggu VAR untuk mengesahkan golnya. Dan ianya kekal.

Newcastle bermain dengan sepuluh pemain selepas Nick Pope menerima kad merah pada minit ke-22. Ini selepas dia menangkap bola di luar kawasan kotak penalti.

Ketika berdepan dengan 10 pemain, Liverpool gagal menambah gol lagi.

Newcastle berpeluang merapatkan jurang pada minit ke-31, tetapi percubaan Joelinton ditepis Alisson.

Penjaga gol gantian Newcastle, Martin Dubravska tampil cemerlang. Antaranya dia melakukan penyelamatan menafikan percubaan Nunez pada minit ke-57.

Newcastle mendapat satu peluang keemasan pada minit ke-82. Percubaan jarak dekat Callum Wilson berjaya diselamatkan oleh Alisson.

Kedudukan 2-0 untuk Liverpool tidak berubah sehingga wisel pemamat dibunyikan.

Liverpool berjaya membawa pulang 3 mata berharga.

Baca yang lain