Bagaimana MLS & Inter Miami Meyakinkan Messi Menolak Tawaran €600 Juta Dari Arab Saudi

Lionel Messi menolak kontrak terkaya dalam sejarah sukan untuk datang ke Miami. Keputusan Messi itu telah mengejutkan ramai pihak.

Kerana dia menerima tawaran sekitar €300 juta semusim dari Arab Saudi dengan tawaran kontrak selama 2 tahun. Jauh lebih besar daripada Karim Benzema dan Ronaldo.

Kenapa dia datang ke Inter Miami, kelab itu hanya berpendapatan sekitar €16.5 juta semusim sahaja?

Dan bagaimana Inter Miami membayar Messi?

Buat masa ini, tiada jumlah tepat disebut untuk gaji Messi semusim di Inter Miami. Sebagai perbandingan pemain berpendapatan tertinggi MLS sebelum kedatangan Messi ialah Xherdan Shaqiri dari Chicago sekitar €8 juta semusim.

Dan MLS, untuk menjadi jelas, akan memberikan kelonggaran dalam peraturannya untuk membenarkan Inter Miami mendapatkan Messi yang gajinya pasti sangat tinggi.

Peraturan gaji di MLS dan peraturan Beckham

MLS ada siling gaji untuk pemain mereka. Dan pada masa yang sama, satu perkara yang menarik di MLS, ada satu peraturan yang dikenali Peraturan Beckham. Ya pemilik Inter Miami sendiri.

Ketika Beckham menyertai LA Galaxy satu ketika dahulu, MLS menetapkan satu peraturan, setiap pasukan boleh membayar gaji pemain melebihi had untuk 3 orang pemain yang dianggap marquee player atau designated player / DP.

Had gaji semasa di MLS adalah $5.2 juta / EUR4.76 juta pada 2023, tetapi pelbagai mekanisme, termasuk peraturan DP, memberikan fleksibiliti kepada kelab.

Gaji pasukan di MLS secara purata kini berkisar antara $10.5 juta hingga $25.7 juta, dengan Inter Miami meraih $18.1 juta, menurut data komprehensif yang dikeluarkan oleh Persatuan Pemain MLS pada bulan Mei.

Messi akan memperoleh berjuta-juta lebih daripada pemain yang ketika ini berpendapatan tertinggi di Inter Miami, Josef Martinez ($4.4 juta).

Messi adalah wajah baru MLS dan kuasa komersial

Menurut pelbagai laporan, perjanjian itu akan merangkumi ekuiti dalam kelab itu, yang dinilai oleh Forbes pada Februari boleh mencecah sehingga $600 juta —  dan boleh mencecah $1 billion.

Tidak jelas berapa besar peratusan Messi akan terima daripada jumlah itu, tetapi Messi boleh meraih pendapatan keseluruhan sehingga antara $125 juta dan $150 juta dalam tempoh dua setengah tahun, menurut Miami Herald.

Perjanjian itu dilaporkan termasuk pilihan untuk tahun tambahan lanjutan kontrak pada 2026, apabila Piala Dunia lelaki dimainkan di Amerika Utara.

Selain itu, beberapa jenama besar berganding bahu dengan MLS. Misalnya Adidas dan Apple telah membincangkan pengaturan komersial dengan Messi.

The Athletic melaporkan pada hari Selasa bahawa Adidas – yang telah menyediakan pakej khas untuk Messi.

Adidas menaja MLS sejak penubuhannya, dan menaja Messi sejak dia remaja – telah menawarkan Messi sebahagian besar daripada keuntungan yang berkaitan dengan penglibatan dia di MLS, maka bonus yang besar dan fleksibel akan diterima Messi.

Kedua-dua syarikat besar dunia itu telah menandatangani kontrak jangka panjang dengan MLS. Appel sehingga 2032 dan Adidas sehingga 2030.

Kontrak tersebut mungkin mengehadkan keupayaan liga untuk memanfaatkan Messi secara komersial kerana hak eksklusif Messi akan dibahagikan antara liga MLS dengan 2 syarikat itu.

Tetapi mereka memberi insentif kepada MLS untuk membantu memikat Messi datang ke Amerika Syarikat.

Apple, sebagai contoh, mereka sudah melihat peningkatan dramatik dalam langganan perkhidmatan Pas Musim MLS, platform tontonan utama untuk peminat di A.S. dan luar negara.

Kelab kelab lain dan pemain pemain di MLS turut akan merasai tempias nilai komersial ini selepas ini. Jadi, sebab itu rata rata kelab di MLS menyokong idea Messi datang ke Inter Miami walaupun ianya dianggap perjanjian yang menjadikan Messi lebih besar daripada MLS itu sendiri.

Jika Messi menerima sebahagian pendapatan itu, pakej bonus Messi akan menjadi lebih lumayan.

Ianya bukan sekadar dari Inter Miami, namun daripada liga itu sendiri, hasil sokongan penaja eksklusif.

Sudah tentu, ia masih tidak akan mampu menandingi wang Saudi. Ia mungkin jauh berbanding jumlah di Saudi tawarkan.

Messi sang family man dan pendapatan jangka panjang

Tetapi A.S. menawarkan dua faedah lain yang mungkin menarik minat Messi: potensi ekonomi jangka panjang dan gaya hidup yang agak tenang, selesa dan mewah yang tidak dapat dia temui di tempat lain.

Messi sendiri menyatakan dia dan isterinya meyukai kehidupan di Amerika Syarikat.

Walaupun MLS tidak boleh menandingi wang Saudi, tetapi perpindahan ke Amerika memberi peluang kepada Messi untuk meninggalkan legasi yang besar, yang boleh diubahnya menjadi potensi pendapatan untuk beberapa dekad akan datang.

Banyak jenama ingin bekerjasama dengannya. Pengaruh dan hubungan yang dia akan wujudkan di A.S. akan berkekalan lama.

Sama seperti yang dilakukan Beckham sebelum ini. AS adalah pusat ekonomi dunia dan Messi akan mendapat manfaat jangka panjang.

Jadi, ada sebab dia meninggalkan ratusan juta Euro ditawarkan kelab Arab Saudi dengan memikirkan faedah kewangan jangka panjang yang lebih banyak selepas dia bersara.

Tetapi semua itu tidak menjadi alasan utama Messi untuk datang ke Miami.

Messi sebelum ini berkata, ianya adalah mengenai isteri dan anak-anaknya, dan mengenai kualiti hidup.

Dia “penat” dengan media Sepanyol yang tidak henti-henti, dan “tidak gembira” selama dua tahun di Paris.

“Saya berada pada satu titik di mana saya mahu keluar sedikit daripada tumpuan, fikir lebih lanjut tentang keluarga saya,” katanya kepada Mundo Deportivo dan Sport.

Dia akan menjadi seorang selebriti di Miami, yang mempunyai komuniti Argentina yang berkembang maju, tetapi berbanding kehidupan di Barcelona atau Argentina, atau mungkin di Riyadh, Miami akan lebih tenang.

Dan kebiasaannya Messi dan keluarganya kerap bercuti di Florida Selatan. Dia telah memiliki kondominium di bangunan tepi pantai yang megah. Dia mungkin akan menikmati kehidupan lebih tenang di situ.

“Saya mahu mencari semula kegembiraan, menikmati keluarga saya, anak-anak saya, hari ke hari,” kata Messi.

“Jika ia adalah soal wang, saya akan pergi ke Arab atau tempat lain,” tambahnya, sebagai menjawab soalan mengenai Barcelona.

“Ia kelihatan seperti banyak wang kepada saya.” Tetapi  hakikatnya adalah keputusan saya … bukan kerana wang.”

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu