Bagaimana Netizen Algeria Membuatkan Fans City Di Negara Lain Meluat Dengan Mahrez

Setiap kali nama kesebelasan utama keluar di page rasmi Man City, kelab itu akan dihujani oleh komen penyokong Algeria – sekiranya tiada nama Riyad Mahrez.

Misalnya baru baru ini, tiada nama Mahrez dalam senarai pasukan menentang Liverpool.

Mereka terus melancarkan serangan membabi buta kepada laman rasmi kelab dan sesiapa sahaja yang dilihat tidak setuju dengan mereka.

 

Malah ada sanggup ‘menyumpah’ pasukan City agar kalah 5-1 kerana tidak menurunkan Riyad Mahrez.

Malah atok ni meminta agar peminat Mahrez dari seluruh dunia dan FA Algeria untuk bersatu hati membeli kontrak Mahrez dari Man City atas alasan pengurus tidak berhati perut tidak menurunkan bintang mereka.

Perkara ini bukan pertama kali berlaku. Namun sejak hari pertama Mahrez di City lagi. Penyokong dari Algeria berterusan menunjukkan kedunguan mereka di page rasmi Man City.

Selain daripada menyerang page rasmi Man City, pemain City juga menjadi sasaran mereka jika melihat kononnya ada tak kena dengan Mahrez.

Di ruangan komen sentiasa penuh dengan komen daripada peminat Mahrez.

Walaupun di mata penyokong Algeria, Mahrez adalah pemain terbaik di City, namun pada pandangan penyokong dari negara lain, Mahrez adalah pemain yang sangat tak konsisten.

Mereka malah menganggap Mahrez anak emas Guardiola kerana berterusan mendapat tempat walaupun dia tak main bagus sekalipun.

Mahrez berdepan dengan persaingan yang hebat di City kerana kualiti pasukan tersebut.

Namun ramai peminat beliau tidak dapat menerima hakikat itu. Lalu berterusan mereka menyerang dan mengutuk setiap kali tiada nama Mahrez.

Seterusnya, pada tahun 2018, Mahrez terpaksa menebalkan mukanya tampil di hadapan media kerana penyokong City menyerang Fernandinho di media sosial termasuk ancaman bunuh.

Ianya gara mara mereka tak berpuas hati Fernandinho memarahi Mahrez di atas padang kerana terlalu kerap hilang bola.

Mahrez dengan terbuka meminta peminat Algeria menghentikan kecaman ke atas Fernandinho yang menurutnya hanya menyedarkannya di atas padang kerana kesilapan.

Mahrez menegaskan itu perkara biasa dalam bola sepak, apabila kawan terleka, rakan lain pergi menyedarkan mereka segera.

“Tak tak, itu tindak balas biasa dalam bola sepak. Masa tu Fernandinho berkata: “Ayuh, ayuh [come on] bangkit.”

“Tiada apa serius pun antara kami. Dia rakan sepasukan yang baik [sebab tu dia buat macam tu].”

Bagi penyokong Algeria yang merupakan fanboy kepada Mahrez, pemain itu adalah punca kenapa Manchester City semakin ramai peminat dan bertambah sekitar 30 juta orang sebaik sahaja Mahrez ke sana.

Mereka berkata, page media sosial City mendapat lebih banyak pengikut kerana Mahrez. Membuktikan pemain itu lebih besara daripada Manchester City.

Dan terbaru, peminat Mahrez melancarkan kempen menentang polisi Pep Guardiola di Man City.

“Setiap minggu kita harus bercakap tentang Mahrez dan masalahnya adalah pada Guardiola. Dia tidak adil, sama seperti dia lakukan sebelum ini dan dia silap pada Ronaldinho, Etoo dan Yaya Toure.

“Kita semua tahu polisi penggiliran pemain dalam perlawanan tidak rasmi ataupun perlawanan tak penting ataupun kejohanan dengan pusingan. Namun sekurang kurangnya letakkan Mahrez di bench, bukannya singkirkan dia terus.”

“Malang sekali, Mahrez terlalu baik dan dia tidak memberikan reaksi seperti Sterling dan Aguero.”

“Jika benar atas dasar rotation, seperti yang dikatakan Guardiola. Kenapa Mahrez digantikan dengan pemain seperti Nathan Ake, Bernardo Silva dan Foden. Kesebelasan utama hampir sama.”

“Kita boleh simpulkan kebodohan dan ketidakbertanggungjawaban Guardiola yang akhirnya akan memusnahkan karier Mahrez.”

“Malang sekali, selepas Mahrez cemerlang beraksi, pada perlawanan berikutnya beliau akan digantikan.”

“Guardiola adalah pengurus yang sentiasa berfalsafah dan falsafah dia tidak selalunya berjaya.”

“Semoga Tuhan melindunginya [Mahrez]. Kita harus campur tangan dan selamatkan pemain ini, dengan jumlah yang dibayar oleh mereka untuk membeli Mahrez bukannya kecil.”

Sebenarnya bukan Mahrez sahaja yang terkena polisi penggiliran teruk ini. Kalau tak percaya, tanya manager FPL. Ramai manager FPL kurang yakin memilih pemain City kerana polisi penggiliran yang gila oleh Pep Guardiola.

Kesannya sekarang, di Man City, sudah ada penyokong City sendiri mulai menyampah dengan nama Mahrez. Bukan sebab mereka tak suka pemain itu, tetapi kerana penyokong tegarnya.

Malah dalam kes terpencil ada penyokong City meraikan kegagalan Mahrez kerana mereka nak membalas balik ketaksuban fanboy Mahrez kepada pemain itu.

Harus diakui Mahrez pemain yang bagus dan beliau sudah berstatus legenda di negaranya. Lihat sendiri video ini:

Namun dalam bola sepak kita kena faham ianya adalah permainan berpasukan.

Ketika saya menulis artikel ini, saya berharap tidak ada artikel seperti ini sedang ditulis di Portugal.

Baca yang lain